CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
Post time 15-10-2014 01:41 PM | Show all posts
alahai aiman ni... dh org taknak jgnlah paksa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 07:50 AM | Show all posts
assalamualaikum & selamat pagi sis... takde entry lg ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 10:26 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-10-2014 07:50 AM
assalamualaikum & selamat pagi sis... takde entry lg ke?

Waalaikumussalam. Ada. Insya Allah hari ni nak masukan lagi


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:29 AM | Show all posts
hoooyeeeahhh... thank u sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 11:35 AM | Show all posts

Bab 4... part 1



Safa Hawani merenung bekas makanan di hadapan. Seharian dia begitu, bermenung saja kerjanya. Tumpuan di dalam kelas sedikit hilang hari ini. Pertanyaan demi pertanyaan dari Ahmad Iqbal tidak diendah hinggakan rungutan sahabat baiknya itu langsung tidak dihirau. Sesekali, kelihatan dia menarik dan menghembus nafas. Seperti ada satu beban yang berat sedang dipikul.

“Kau ni kenapa?”

Sergahan itu menyentakan Safa Hawani, lekas-lekas dia berpaling. Matanya dijulingkan ke atas sebaik melihat Ahmad Iqbal yang sedang mempamer senyum simpul.

“Kenapa apa?” Safa Hawani menayang muka bersahaja.

Ei, kau boleh tanya aku balik. Jawablah soalan aku dulu,”

“Soalan apa?”

“Kau nikan... nak kata laki mati, kau tak kahwin lagi. Kenapa, monyok macam dah telan cuka sebotol? Apa masalah kau ni?”

“Amboi mulut kau Iqbal,” Safa Hawani mencebik.

“Kenapa!” Ahmad Iqbal sudah menjerit. Geram kerana soalannya tidak berjawab. Beberapa pasang mata yang ada di sekitar, menjeling ke arah
mereka berdua.

“Sakitlah telinga aku ni. Nak bagi aku pekak ke? Kalau nak jerit, pergilah tengah padang sana,” turun naik nafas Safa Hawani memandang Ahmad Iqbal sambil tangan menggosok telinga kanan yang berlapikan tudung putih.

“Puas hati aku. Cepatlah Safa...” dia menggesa lagi. Payah benar mahu mendapat jawapan dari Safa Hawani. Ada juga yang kena sekeh nanti.

“Tak ada apalah Iqbal. Aku tengah fikir macam mana nak cari duit sampingan...”

“Kau tak cukup duit ke? Berapa kau nak?” Celah Ahmad Iqbal

“Bagi aku habis cakap dulu, boleh tak?” Safa Hawani menjegil mata ke arah Ahmad Iqbal yang sedang tersengih. Hari ini, itu saja kebolehan Mat Patah, sengih... sengih dan sengih.

“Makcik Melah dah pecat aku,”

“Hahaha,” Ahmad Iqbal sudah ketawa besar.

Last edited by wipers81 on 20-10-2014 11:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:40 AM | Show all posts
Assalamualaikum & selamat pagi sis... nice entry...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2014 11:46 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 11:40 AM
Assalamualaikum & selamat pagi sis... nice entry...

Waalaikumussalam.
Terima kasih Zamzam2013.

Maaf, sebab Jumaat kata nak masukan yang baru. Agak sibuk sikit hari tu.

Insya Allah, hari ni punyai kelapangan. Adalah entri baru.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:54 AM | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 11:46 AM
Waalaikumussalam.
Terima kasih Zamzam2013.

no hal sis... setia menanti entry... ada masa free baru update... ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2014 12:18 PM | Show all posts

Bab 4... part 2



“Apa yang lawak sangat?” Mencerlung mata Safa Hawani.

“Patutnya dah lama kau pecatkan diri kau tu,”

Eh, kenapa pula aku kena berhenti?”

“Kau nikan, akal letak kat lutut ke? Dah berapa lama kau tolong Makcik Melah tu?”

“Dekat tiga tahun. Kenapa?”

“Safa aku nak tanya, berapa upah yang dia bagi kat kau?”

“Lima ringgit,”

“Tengok. Sepatutnya upah kau bukan banyak tu. Kau patut dapat upah lima belas ringgit sekarang. Takkan kau tak perasan, kuih jualan dia dah makin laku sekarang. Itulah, entah apa yang Makcik Melah bagi kau makan sampai tak boleh fikir.”

“Kau ni Iqbal, tak baik kata kat Makcik Melah macam tu. Dia baik apa,”

“Baik, baiklah sangat. Kedekut taik hidung masin lagi adalah,”

PAP!

“Sakitlah Safa. Luruh jantung aku, kau kutip,” Ahmad Iqbal menyilang tangan kanan ke bahu kiri, menggosok belakang tubuh yang ditampar oleh Safa Hawani.

“Tak kuasa aku,” Safa Hawani mencebik.

“Dahlah tu Safa. Lagipun kau bukan orang susah. Bukannya dari keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yang nak susahkan diri cari duit sampingan tu kenapa? Kau nak beli apa sampai sanggup bersusah-payah macam ni? Dah lama aku nak cakap perkara ni kat kau, malas aje. SPM dah makin dekat. Apa kata, guna peluang ni belajar. Anggap apa yang jadi ada hikmah. Yang tu pun nak kena aku cakap,” panjang benar leteran Ahmad Iqbal.

Safa Hawani menundukan muka. Kata-kata Ahmad Iqbal memang banyak benarnya. Yalah, dia bukanlah sesusah mana pun. Sebelum mendapat keizinan ayah, puas dia mencipta bermacam-macam alasan. Dia pun tak tahu mengapa dulu beria-ia mahu menolong Makcik Melah. Bagi Safa Hawani, dia seronok dengan tugas yang diserah kepadanya. Bolehlah juga mengisi masa lapang, lebih baik dari dia melepak-lepak sahaja. Ada juga sedikit ilmu masakan yang dapat dia cedok dari makcik itu.

“Termenung pula. Fikir apa lagi ni?”

“Terkejut aku. Kau ni Iqbal... malas nak kata apa dah. Yalah, yalah. Aku ikutlah nasihat kau tu.”

Last edited by wipers81 on 20-10-2014 12:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:27 PM | Show all posts
thanks 4 the entry sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 01:13 PM | Show all posts

Bab 4... part 3


“Bagus. Macam tulah anak murid yang baik. Tak sia-sia aku ambil kau jadi anak murid aku Safa.”

Safa Hawani menjuihkan bibir sedang sahabatnya itu sudah tergelak.





Seminggu kemudian...

Safa Hawani merengus kasar. Hatinya sedang kepanasan sekarang walaupun hujan sedang turun, mencurah-curah airnya ke tanah. Tak faham bahasa kebangsaan betul lelaki yang sedang berdiri depannya. Sudahlah tu, berani pula menghalang jalannya. Mata, sudah dikecilkan, atas bawah pemuda itu direnung dengan tajam.
           
“Safa, janganlah macam ni,” dia cuba menyambar lengan Safa Hawani.

Safa Hawani dengan pantas menepis. “Apa ni Aiman! Semua orang tengah tengok kita. Awak tak malu ke? Apa masalah awak ni?” Muka Safa Hawani sudah semakin kemerahan, menahan marah.

“Nak malu apa. Saya bukan buat apa pun kat awak. Tolonglah Safa,” dia merayu. Ada dia kisah dengan mata-mata yang sedang memandang.

Ei, awak nikan Aiman. Saya tak tahu nak cakap bahasa apa lagi kat awak. Saya kata tak nak, tak naklah!” Tinggi rendah oktaf suaranya ketika itu.

“Tapi saya nakkan awak,”

“Ya Allah. Kenapalah awak jadi macam ni Aiman? Tepilah Aiman, saya nak lalu!”

“Tak nak.” Aiman berdegil.

Safa Hawani semakin hilang sabar namun cuba untuk bertahan. Dia was-was mahu membolosi ruang yang ada di sebelah Aiman. Bimbang jika pemuda itu bertindak di luar batasan. Sudahlah lorong laluan berbumbung di sekolahnya agak sempit. Hujan pula sedang lebat, dia tidak dapat mengelak ke sebelah sana. Basah bajunya nanti. Dia merengus lagi. Pemuda di depan, seperti ‘makhluk asing’ pula hingga dia hampir tidak mengenali Aiman. Berbeza benar tingkah pemuda itu hari ini.

“Jangan sampai penampar saya hinggap kat muka awak,” Safa Hawani semakin geram.

Last edited by wipers81 on 20-10-2014 01:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:43 PM | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 01:13 PM
“Bagus. Macam tulah anak murid yang baik. Tak sia-sia aku ambil kau jadi anak murid aku Safa.”
...

Apa masalah si aiman ni sis... dh gila talak ke apa... dh orang tak nak tu lepaskanlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 01:45 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 01:43 PM
Apa masalah si aiman ni sis... dh gila talak ke apa... dh orang tak nak tu lepaskanlah...

Nanti kita kaji kenapa Aiman macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:49 PM | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 01:45 PM
Nanti kita kaji kenapa Aiman macam tu.

susah dengan manusia yg tak berapa faham bahasa melayu ni ya sis... sedih betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 02:16 PM | Show all posts

Bab 4, part 4



“Awak ingat saya tunggul kayu nak biar awak tampar. Safa, payah sangat ke nak kata ‘ya’,” dia semakin mendesak walaupun nampak ketara Safa Hawani sedang marah.

“Susah betul cakap dengan awak. Ni kali terakhir saya cakap kat awak. Tepi, saya nak lalu,” Safa Hawani bersiaga. Jika Aiman masih berdegil, sesuatu perlu dilakukan.

“Jangan harap," Aiman semakin mendekati Safa Hawani namun... " aduh, apa ni Safa!” Aiman sudah menyeringai kesakitan, dia sudah menunduk dan sekarang melutut ke lantai.

Safa Hawani mengambil peluang itu pantas melarikan diri. “Rasakan! Padan muka. Degil sangat. Aku suruh ke tepi tak nak. Memang kau sengaja cari penyakit Aiman. Kan dah kena penendang aku ni,” gumam Safa Hawani yang kini sudah berjalan. Langsung tidak menoleh, melihat Aiman yang sedang menahan senak kerana ditendang di... faham-faham sendirilah.

“Safa...” panggil suara itu.

Safa Hawani berhenti melangkah. Mengapa dia berhenti? Kerana suara yang memanggilnya itu sangat dikenali. Tercungap-cungap sedikit nafasnya seperti larian satu padang baru selesai dilakukan. Dia cuba mengatur pernafasan yang agak lintang-pukang. Kembang kempis hidung jadinya. Dia melihat, pemuda yang memanggil semakin mendekat. Safa Hawani menyulam sengih.

“Kesian kat Aiman kau buat macam tu.”

Serta-merta sengihannya ditarik kembali. Safa Hawani menjeling tajam lalu menjuihkan bibir. ‘Tak padan dengan ‘lembut’. Kalau dah sama spesis tetap juga nak pertahan,’ gerutu Safa Hawani. Dia menggigit bibir bawahnya.

“Safa...”

Wei Iqbal. Yang kau nak bela Aiman tu kenapa? Padan dengan muka dia yang tak reti bahasa tu. Macam orang gila, merepek meraban yang bukan-bukan. Entah tersampuk apa agaknya dia tu?”

“Safa, cuba jangan keraskan sangat hati kau tu. Nampak macam dia ikhlas. Cubalah guna otak kau tu.”

“Iqbal, keras hati ke, apa ke dah aku tak nak kat dia. Susah sangat kau ajelah yang terima dia.”

Eh, eh. Kau pun dah tersampuk sama ke? Merepek meraban. Kau nak aku ni jadi orang yang nabi tak mengaku umat ke?”

“Dah tu?” Safa Hawani merenung muka Ahmad Iqbal yang licin, tidak berjerawat itu.

Last edited by wipers81 on 20-10-2014 02:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:26 PM | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 02:16 PM
“Awak ingat saya tunggul kayu nak biar awak tampar. Safa, payah sangat ke nak kata ‘ya’,” di ...

itulah penangan orang yang tak faham bahasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 09:12 AM
Hai Iqbal, marah betul kawan kau tu dengan aku? Semakin galak dia mengusik. Jarang sekali meli ...

sedak bahasa akok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 03:31 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 02:26 PM
itulah penangan orang yang tak faham bahasa...

dapat tangkap Zam, di mana dia kena tendang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 03:32 PM | Show all posts
Esmiria posted on 20-10-2014 03:12 PM
sedak bahasa akok

tak adalah sesedap mana. Biasa-biasa aje Esmiria. Cerita adik, lagi ramai yang baca berbanding cerita akak yang entah apa-apa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:37 PM | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 03:31 PM
dapat tangkap Zam, di mana dia kena tendang?

hahahaha... biarlah rahsia... ... ala paham2 sendirlah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069625 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list