CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 20-10-2014 11:44 PM | Show all posts

Bab 5... part 2



“Tak kiralah pegang ke tak? Satu lagi, kau dah tak ada kerja lain nak buat ke, asyik memancing, memancing, memancing? Tak reti bosan ke? Aku, yang mengadap muka kau hari-hari pun naik jemu, inikan pula ikan-ikan kat dalam sungai tu. Ikan-ikan tu, dengar aje suara kepit kau yang tak berapa nak menjadi tu, terus lari.”

“Amboi kau Safa, menghina nampak. Bila pula ikan-ikan tu ada kaki nak lari bagai... Adui, sakitlah Safa,” kepalanya sudah digosok.

“Ambil kau. Loyar buruk dengan aku lagi. Kan dah kena hempuk dengan bakul ni,” sambil menunjuk bakulnya yang sudah kosong. Sambil melayan Ahmad Iqbal bersembang sempat lagi tangannya menyidai baju di ampaian.

“Aku nak report kat mak aku.” Nada merajuk terkandung di dalam tuturannya.

“Geli aku dengan perangai budak-budak kau tu. Pergilah report. Ada aku kisah?” Namun kepalanya, sekejap-sekejap ditoleh melihat pemuda itu yang masih belum berhenti menggosok kepala.

‘Kuat ke aku ketuk kepala dia?’ gumam Safa Hawani pula. Rasa bersalah semakin menguasai diri.

“Sampai hati kau Safa, buat aku macam ni,” berbaur kesedihan ayat Ahmad Iqbal itu.

Safa Hawani menelan air liur, ‘habislah aku,’ monolognya.

“Sakit sangat ke Iqbal?” tanyanya.

Dia merapati Ahmad Iqbal yang sudah duduk di kerusi di tepi dinding dapur rumahnya. Lebih membuatkan rasa bersalah semakin menjerut apabila melihat muka Ahmad Iqbal yang seperti mahu menangis. Safa Hawani mendecit, dia menghembus nafas dan kemudian bibir bawahnya digigit.

‘Macam mana nak pujuk dia ni,’ katanya dalam hati dan kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan pemuda itu.

“Iqbal, aku minta maaf. Aku tak sengaja tadi. Siapa yang suruh kau buat lawak spastik? Iqbal.” Nada memujuk semakin jelas.

Safa Hawani buntu apabila melihat Ahmad Iqbal seolah-olah tidak mengendahkannya. Melihat muka Ahmad Iqbal begitu kelat, sekelat-kelatnya. Tidak pernah lagi dia bertindak kasar sebegitu rupa dengan Ahmad Iqbal selama ini. Kata-kata hempuk, lesing, sekeh... tidak pernah digayakan hanya mainan di mulut saja.

“Iqbal, maafkan aku,” Safa Hawani pula seperti mahu menangis. Melihat Ahmad Iqbal begitu, hatinya sakit. Mahu saja bahu temannya itu disentuh namun batasan antara mereka masih perlu dijaga. Dia selalu menyematkan di dalam kepala, Ahmad Iqbal itu tetap seorang lelaki.

“Iqbal,” kali ketiga dia memanggil dan

Last edited by wipers81 on 20-10-2014 11:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 03:44 PM
“Tak kiralah pegang ke tak? Satu lagi, kau dah tak ada kerja lain nak buat ke, asyik memancing, ...

Wait, Ahmad Iqbl ni lelaki lembut? menarik pulak..jarang cik es nak tertarik novel cintan cintun ni  Yang @Ipo pun, Cik Es tertarik baca sal misteri.

Harap ada plot twist.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:52 AM | Show all posts
haaa... safa... tau takut... buat lg benda2 mcm tu... kesian iqbal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 02:42 PM | Show all posts

Bab 5... part 3



Cak! Tahu pun kau takut Safa, hahaha!” Ahmad Iqbal sudah meledakan ketawa besar. Semahu-mahunya dia ketawa kerana hatinya puas dapat mempermainkan Safa Hawani. Cair juga hati Safa Hawani yang tak berapa nak ‘perempuan’ sebelum ini dengan lakonannya.

“Kau nak kena ketuk lagi ke Iqbal?” Bulat mata Safa Hawani yang sedang terjegil.

“Kau ingat aku nak tunggu kau ketuk aku lagi?” Dijongket keningnya berkali-kali lagi sambil bibir melebarkan sengih.

Mata Safa Hawani kelihatan mengecil. Berombak dadanya menahan marah. Bibir bawahnya digigit kuat. Geram betul dia dengan perangai keanak-anakan Ahmad Iqbal. Dia ingatkan betul-betullah pemuda itu merajuk. Ces, hampeh betul. Setengah mati dia percaya dengan lakonan sedih Ahmad Iqbal. Mukanya bertukar monyok, jelingan tajam sudah diberi.

Blahlah kau Iqbal. Baik aku masuk, lagi bagus dari layan kau. Pergilah mancing sorang-sorang!” Kasar kata-katanya dan Ahmad Iqbal kelihatan terkebil-kebil.

“Safa, kau merajuk ke?” Soalan itu pula yang ditanya.

“Ada kau kisah? Pergilah balik, buat semak aje kat sini?” Marah Safa Hawani.

“Safa,” panggilnya namun gadis itu enggan menoleh hanya melajukan langkah menuju ke pintu dapur.

“Safa... sejak bila dah pandai merajuk ni?” Ahmad Iqbal melihat langkah gadis itu terhenti di muka pintu tersebut.

“Safa,” terhenti di situ tuturnya.

“Aku ada merajuk ke?” soal Safa Hawani sebaik berpaling. MALU, tiba-tiba menyapa diri. Mukanya bagai disirami air yang suam suhunya, rona-rona merah mula muncul di pipi. Namun dia masih berlagak tenang.

Hahaha, Safa Hawani dah pandai merajuk,” ejek Ahmad Iqbal lalu menyambung ketawanya. Terbahak-bahak dia ketawa hingga terduduk semula di atas kerusi.

“Suka hati akulah nak merajuk,” masih terkandung nada marah dalam ayatnya itu.

‘Betul juga kata Iqbal. Mana pernah aku merajuk sebelum ni. Bertuah betullah Mat Patah ni. Boleh pula aku terkena hari ni.’ Gerutunya.

“Aduh, senak perut aku gelakan kau Safa. Hairan aku dengan kau hari ni, terlebih hormon perempuan pula. Bagus juga kalau macam ni Safa. Tak lama lagi, kau akan jadi perempuan sejatilah. Tak adalah keras macam selalu. Bukannya kau tak cantik,”

Last edited by wipers81 on 21-10-2014 02:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:35 PM | Show all posts
TQ FOR THE N3 TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 03:37 PM | Show all posts
fatimz posted on 21-10-2014 03:35 PM
TQ FOR THE N3 TT

Sama-sama dik.

Terima kasih sebab sudi membaca cerita akak yang merepek meraban ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2014 03:51 PM | Show all posts

Bab 5... part 4



“Iqbal,” dia menarik nafas dan menghembus kemudian menyambung, “nampak tak pokok cili padi kat sana?” Tepat kari telunjuk di hala ke sana dan mata Ahmad Iqbal juga turut terarah ke sana.

“Ada apa kat pokok cili tu Safa?” Keningnya kelihatan bertaut rapat.

“Tak ada apa. Aku takut ada sebiji cili yang pedas tu terlompat masuk kat dalam mulut kau dengan sengaja,” kata Safa Hawani lalu menyengih.

Perlahan-lahan anak mata Ahmad Iqbal membesar kemudian dia tersenyum. Barulah faham akan maksud gadis itu dan dia pun berkata, “ada aku kisah? Bukan kau tak tahu yang aku ni memang makan pedas. Setakat cili padi pokok kau tu, aku kunyah macam kacang aje,” selamba saja dia membalas.

Ei, malas aku nak cakap dengan kau. Dah, pergilah balik.”

“Tak nak selagi kau tak kata nak ikut aku pergi mancing petang ni.” Berdegil pula dia.

“Suka hati kaulah!”

“Safa, kenapa terjerit, terlalak pagi-pagi buta ni? Tak malu ke kat jiran buat perangai macam tu?” Mata Puan Rohaya sedikit membulat, wajah Safa Hawani ditatapnya.

“Iqbal tu mak, mengada-ngada.”

“Dah jangan nak salahkan orang lain pula. Iqbal, kenapa tak masuk?” Sekelip mata air muka Puan Rohaya berubah. Dari riak marah sekarang senyum simpul menghiasi bibirnya.

Safa Hawani mencebik. ‘Mak memang, selalu menangkan Iqbal. Mentang-mentanglah dia tu ‘lemah-lembut’. Benci!’ bentaknya. Sambil berjalan masuk ke rumah, kakinya dihentak-hentak. Betul-betul dijangkiti perangai kebudak-budakan Ahmad Iqbal pula.

“Jangan ambil hati dengan Safa tu Iqbal,” kepalanya sudah digeleng berkali-kali sementara Ahmad Iqbal pula hanya meleretkan senyum.

Last edited by wipers81 on 21-10-2014 03:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 04:12 PM | Show all posts

Bab 5... part 5



Petang itu...

“Masalah betullah. Tak pasal-pasal aku kena ikut juga Mat Patah tu pergi mancing. Ni mak punya pasallah, suruh aku pergi juga. Nasib baiklah aku ni anak yang baik, dengar cakap mak ayah,” membebel-bebel Safa Hawani sambil mengayuh basikal adiknya.

Kalau nak diikutkan, Ahmad Iqbal mengajak pergi bersama. Kerana mahu protes punya pasal, awal-awal dia sudah keluar. Biar Ahmad Iqbal rasa macam mana sakit di hati. Sambil mengayuh, Safa Hawani terfikir akan sesuatu. Dia merasakan dirinya sedang mengalami proses perubahan. Yang paling ketara sekarang, moodnya. Sering berubah-ubah. Makin pandai merajuk pula sekarang sedangkan dulu, perkataan RAJUK tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Selalu, dia tenang saja.

Sedang dia mengayuh basikalnya, tiba-tiba...

PIN..PIN!

Hampir terjatuh Safa Hawani menekan brek basikalnya sehabis daya kerana mahu mengelak sebuah motor yang berhenti di hadapannya secara mengejut. Mujurlah dia tidak jatuh tersembam tadi. Tajam matanya melihat ke arah pemuda yang bertindak begitu. Dia melihat pemuda itu sedang menanggalkan topi keledar. Pakai saja topi keledar, ikut undang-undang konon tapi gaya macam nak rempuh dia tadi sudah dikira melanggar undang-undang. Safa Hawani merengus sebaik mengetahui gerangan pemuda yang berani menghalang perjalanannya.

“Kau?” Diketap kuat giginya.

“Ya, aku.” Pemuda itu menyulam senyum yang dia saja tahu maknanya.

“Kau nak apa?” Hati Safa Hawani kepanasan. Matanya meliar, melihat keadaan sekeliling yang sunyi. Hanya hutan belukar yang tebal yang dilihat. Salah dia juga kerana memilih jalan sunyi itu. Hatinya, disapa rasa kurang enak tiba-tiba dengan kemunculan mamat itu.


Last edited by wipers81 on 21-10-2014 04:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2014 05:54 PM | Show all posts

Bab 6... part 1


“Kau nak apa ni Aiman?” Oktaf suaranya semakin ditinggikan. Sekarang bila bercakap dengan pemuda itu hanya berkau, aku saja.

“Aku nak kau,” kemudian dia ketawa.

Safa Hawani mencebik, jengkel mendengar ketawa pemuda itu. “Gila,” kata Safa Hawani kemudiannya.

“Ya, aku memang dah gila. Cuma kau aje yang tak pernah perasan punca gila aku,”

“Kau jangan nak merepek Aiman. Kalau nak gila, sorang-sorang ya. Tak payah kau nak tunjuk depan aku,” tingkah Safa Hawani dengan anak mata bergerak-gerak, memerhati sekeliling. Gerun, semakin kuat menjerutnya. Jantungnya pula, bagai mahu terkeluar kerana menahan debaran yang semakin mengasak. Hampir menggigil tubuhnya menahan debar yang amat hebat itu.

“Kau sihat Safa?” tanyanya. Puas hatinya dapat melihat wajah yang sangat dirindui. Dia hanya mampu melihat dari jauh kebelakangan ini.

“Tepi sikit, aku nak lalu,” langsung tidak menjawab soalan Aiman. Kedua tangan sedang memegang handle basikal sedang kaki kanan di pedal manakala kaki kiri ditanah. Kalaulah dia sedang menaiki motosikal, pasti diranduk terus pemuda itu.

“Kalau aku tak nak, kau nak tendang aku macam hari tu?” Dia melebarkan senyum sinis sambil bertenggek di motornya. Tangan disilang, memeluk tubuh. Anak matanya, bagai lagak si mata keranjang. Memandang Safa Hawani bagai mahu ditelan.

“Kau nak rasa sekali lagi ke?” Safa Hawani cuba berlagak tenang sedang di dalam hati risau semakin membuak-buak.

“Terserah, aku tengah tunggu ni,” kata-kata cabaran itu sengaja dituturkan.

Hei Aiman! Aku tak ada masa nak layan kau bersembang. Tepilah. Aku ada kerja nak buat ni!” Dia menengking.

“Ada aku halang ke?” Senyum sumbing bercampur sinis ditayang belum ditambah lagi dengan jongketan di kening kanannya.  

Last edited by wipers81 on 21-10-2014 08:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 05:59 PM | Show all posts
Nanti kita sambung lagi.

Apa yang terjadi kepada Safa Hawani selepas ini... nantikan ya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:16 PM | Show all posts
wipers81 posted on 21-10-2014 07:51 AM
“Iqbal,” dia menarik nafas dan menghembus kemudian menyambung, “nampak tak pokok cili padi ka ...

typo# KARI-JARI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 09:18 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-10-2014 09:16 PM
typo# KARI-JARI

Apa tu Es?

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:24 PM | Show all posts
wipers81 posted on 21-10-2014 01:18 PM
Apa tu Es?

“Iqbal,” dia menarik nafas dan
menghembus kemudian menyambung,
“nampak tak pokok cili padi kat sana?”
Tepat KARI telunjuk di hala ke sana dan
mata Ahmad Iqbal juga turut terarah
ke sana.


TYPO!


AKAK TYPO. TAK KISAH KALAU AKAK TAK AMBIL KIRA CAKAP SAYA. JUST BAGITAW.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen ni...  nanti sambung yer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 12:25 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-10-2014 09:24 PM
“Iqbal,” dia menarik nafas dan
menghembus kemudian menyambung,
“nampak tak pokok cili padi ka ...

Tak typo sayang. Memang ada gaya begitu dalam novel. Sebab apa tau, mentor-mentor akak ada yang menulis macam tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 12:26 PM | Show all posts
cegitu posted on 21-10-2014 11:21 PM
Suspen ni...  nanti sambung yer?

jeng... jeng... jeng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 12:27 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-10-2014 04:25 AM
Tak typo sayang. Memang ada gaya begitu dalam novel. Sebab apa tau, mentor-mentor akak ada yang me ...

ok. sori. tak tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 12:41 PM | Show all posts
Esmiria posted on 22-10-2014 12:27 PM
ok. sori. tak tahu.

Eh, tak apa. Adik menegur tu dah kira baik.
Alah, kita sama-sama belajar dik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 12:47 PM | Show all posts
Jom sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 04:10 PM | Show all posts

Bab 6... part 2



Safa Hawani terdiam. Ya, memang laluan di situ agak lebar namun jauh di sudut hati Safa Hawani... satu perasaan kurang enak datang bertandang. Fikirannya mula memikirkan perkara yang... ah, dia sendiri tak dapat bayangkan. Semakin negatif apa yang menerjah di benaknya. Hatinya, berdebar-debar dengan amat hebat.

“Kenapa, kau takut ke Safa?” tuturnya itu jelas mengejek Safa Hawani yang masih terkaku di basikalnya.

Aiman menyunggingkan senyuman lagi. Kebetulan, semasa dia lalu berdekatan rumah gadis itu tadi, terlihat olehnya sesusuk tubuh sedang mengayuh basikal keluar dari halaman rumah tersebut. Apa lagi, terus sahaja dia mengikut dari belakang. Dia tidak merancang semua ini namun tuah, ternyata menyebelahinya hari ini. Bibir yang berkumis nipis di atasnya semakin melebarkan senyuman. Sesuatu sedang bermain di dalam kepalanya.

“Sudahlah Aiman, aku malas nak layan kau,” tingkah Safa Hawani lalu memulakan kayuhan. Dia semakin mendekati Aiman. Akan tetapi...

“Kita tak habis lagi buat perhitungan Safa,” ujarnya. Sekelip mata dia sudah berada di depan Safa Hawani dan terus sahaja tangan sasanya menahan handle basikal gadis itu. Matanya dengan galak menjelajah ke seluruh muka bujur sirih Safa Hawani yang putih dan licin itu.

“Aku takkan lepaskan kau macam tu aje hari ini. Kau, ada ‘hutang’ yang belum berbayar,” dan kini tangan gadis itu disambar kasar. Dia mula mengheret Safa Hawani hingga basikal yang ditunggang gadis itu jatuh menyembah tanah.

Ei, lepaslah,”Safa Hawani meronta-ronta lantas bertindak menampar lengan pemuda itu berkali-kali namun semakin kuat pula tangan pemuda itu mencengkamnya.

“Ikut aku kalau kau nak selamat!” ugut Aiman.

“Lepaslah Aiman. Kau nak bawa aku ke mana?” soal Safa Hawani dengan nada yang tersekat-selat, menahan sendu. Pemuda itu tidak mengendahkan rayuannya dan terus sahaja menarik dia ke dalam semak.

“Jangan melawan kalau kau tak nak sakit Safa. Ikut aku,” Aiman semakin bertindak keterlaluan.

Dengan segala kudrat yang ada, Safa Hawani bertindak merentap tangannya. Dengan pantas dia melarikan diri sebaik melihat Aiman sedikit terkaku. Namun tidak lama, kerana pemuda itu mula mengejarnya. Entah bagaimana, kakinya tersadung sesuatu. Safa Hawani jatuh tertiarap di atas tanah yang dipenuhi rumput. Dia menyeringai kesakitan apabila tudungnya ditarik kasar oleh Aiman yang kini sudah berdiri di sisi. Dalam keadaan terdesak, tangannya memegang tangan Aiman,

Last edited by wipers81 on 23-10-2014 04:19 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.090765 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list