CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 25-10-2014 10:55 AM | Show all posts

Bab 8... part 4



Lambat-lambat Safa Hawani menghenyak semula tubuh ke kerusi yang diduduki tadi. Walau di dalam hati penuh dengan rasa ragu-ragu, tidak salah kalau dia mencuba nasib. Kalau lelaki itu mahu mempermainkan dirinya, siaplah.

“Awak berminat ke nak kerja kat sini?”

“Kalau ada rezeki saya di sini, saya tak akan menolak.”

“Tapi jawatan Admin Executive yang awak pohon tu dah ada calonnya. Tinggal satu jawatan lagi yang masih kosong. Saya nak ingatkan, jawatan yang ada tu bukan dalam bidang yang awak belajar.”

“Jawatan apa?”

“Pembantu saya merangkap pembancuh air untuk saya,” jawab lelaki itu dengan menayang muka selamba.

Hah?” Terbeliak sedikit mataSafa Hawani. ‘Belajar teruk-teruk, dapat pointer bagus... suruh aku bancuh air. Biul ke apa dia ni?’ gerutunya.

“Macam mana? Setuju tak dengan tawaran saya tu?” Senyum yang terkandung maksud nakal, disembunyi kemas. Melihat riak muka gadis itu, pasti dia sedang disumpah seranah.

“Awak setuju tak?” soalnya lagi setelah kebisuan gadis itu menjadi hidangan.

“Kalau itu tawaran terbaik yang encik ada, saya terima,” tanpa mahu memikirkan dengan lebih mendalam Safa Hawani menerima tawaran itu.

‘Tak apa, kita tengok macam mana nanti,’ gumamnya. Berkobar-kobar semangat Safa Hawani. Dia akan buktikan siapa dirinya. Dia yakin, mampu menyahut cabaran lelaki itu.

“Bagus,” kata lelaki itu sambil mengusap dagu. Lantas tangannya mencapai ganggang telefon, “Nazira, masuk sekejap,” arahnya.

Last edited by wipers81 on 25-10-2014 10:56 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2014 10:57 AM | Show all posts

Bab 8... part 5



Sesusuk tubuh ramping berpakaian ala-ala korporat berserta kasut tumit tiga inci ukuran tumitnya kini sudah berdiri di hadapan lelaki itu. Lagak seorang setiausaha memang sudah ada. Safa Hawani hanya memandang sekilas empunya tubuh itu dan kemudian menumpukan pandangan ke depan.

“Nazira, saya akan ambil Safa Hawani sebagai pembantu kedua saya. Minta Kak Zaharah buat surat tawaran untuk dia. Nyatakan dalam surat tu, tarikh lapor diri pada hari esok.”

“Baik Encik Wafiq.”

“Safa Hawani, Nazira akan bimbing awak nanti. Saya harap, awak akan cepat belajar. Nampaknya, urusan kita dah selesai. Sekarang, awak boleh ikut Nazira. Dia akan terangkan semuanya. Selamat berkhidmat dan selamat datang saya ucapkan.”

“Terima kasih encik...”

“Wafiq Zainal,” dia memperkenalkan diri akhirnya.

“Terima kasih Encik Wafiq Zainal.” Ucap Safa Hawani.

Sebaik Safa Hawani berdiri, sedikit bulat matanya ketika memandang wanita bernama Nazira itu. Siapa lagi kalau bukan wanita sombong yang dia terlanggar semasa di lobi tadi. Terdetik sesuatu di dalam hati, rasa kurang senang apabila melihat pandangan sinis wanita itu. Serta-merta dia terbayang akan seseorang dengan lagak yang sama. Lagak diva. Ya, sama seperti situasi dia dengan Hana waktu kali pertama berjumpa dahulu. Namun, Safa Hawani tidak mahu menilai Nazira dengan cepat, manalah tahu wanita itu baik orangnya.


Last edited by wipers81 on 25-10-2014 11:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 11:02 AM | Show all posts
@Zamzam2013

Akak guna juga nama Wafiq Zainal tu, macam best aje.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam maal hijrah untuk semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 01:06 PM | Show all posts
cegitu posted on 25-10-2014 12:28 PM
Salam maal hijrah untuk semua...

Salam Maal Hijrah juga untuk cegitu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 09:34 AM | Show all posts
wipers81 posted on 25-10-2014 11:02 AM
@Zamzam2013

Akak guna juga nama Wafiq Zainal tu, macam best aje.

wah! thanks sis... bangganya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2014 09:45 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-10-2014 09:34 AM
wah! thanks sis... bangganya...

Terima kasih sebab bagi cadangan nama tu.

Setakat ni Zam, macam mana perjalanan berita sis yang baru ni.
Kalau ada yang tak best, beritahu ya. Sis boleh perbaiki lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:56 AM | Show all posts

Bab 9... part 1




Safa Hawani sedang duduk bersantai di halaman rumah sewanya. Petang-petang begini, duduk mengambil angin adalah satu nikmat yang tidak dapat diungkap. Sekejap-sekejap tangannya menopang pipi, adakala beralih ke dagu. Hari cuti begini, memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Safa Hawani untuk berehat. Dia kian hanyut dalam angan-angan kosong. Angan-angan kosong? Jangan harap, dia akan pastikan bahawa satu hari nanti impiannya yang mahu hidup senang akan menjadi kenyataan. Bukanlah dia tidak berharta langsung, memang ada tapi dia tidak mahu menggunanya lagi. Biarlah dia sendiri mahu merasa bagimana peritnya mencari rezeki dengan tangannya sendiri.

‘Kalaulah aku dah kaya nanti, aku nak buat rumah banglo sebiji. Siap ada kolam renang lagi. Pembantu rumah, tukang kebun semua tu wajib ada. Hmm, alangkah indahnya hidup aku masa tu,’ dia menarik nafas dan menghela sambil senyuman terhias di bibirnya yang mugil. Tangannya disilang dan tubuh sudah disandar ke kerusi.

“Kau ni kenapa Safa?”

Oh makcik!” Tersentak tubuhnya. Silangan tangan kini terlerai lantas mengurut dada.

Hai, dah pandai melatah pula kau ni Safa?”

“Kak Sal ni... bukan reti nak bagi salam dulu,” dia merengus.

“Alah, kalau akak bagi salam pun gerenti kau terkejut juga. Jauh sangat kau berangan, dah sampai ke mana angan-angan kau tu? Akak ada sekali tak dalam angan-angan kau?” Salbiah menyulam sengih. Telatah riang Safa Hawani kebelakangan ini sedikit melegakan hatinya.

“Sejak bila pula berangan jadi salah? Akak ni... tak boleh tengok orang senang,” dia mencebik. Tangan disilang kembali sedang tubuh dihenyak perlahan ke kerusi, mahu bersandar semula.

Ei, mulut tu kalau boleh menjawab... Dahlah, malas nak panjang cerita. Tak nak keluar ke hari ni?” Salbiah mengubah topik perbualan. Bertekak dengan Safa Hawani tidak mendatangkan sebarang faedah. Pasti adik sepupunya akan menjuarai acara bertekak itu.

“Nak pergi mana? Macam malaslah.”

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 09:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 09:58 AM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 09:45 AM
Terima kasih sebab bagi cadangan nama tu.

Setakat ni Zam, macam mana perjalanan berita sis yang ...

setakat ni semua tip top... i love it...... can't wait to know what will happen next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:59 AM | Show all posts

Bab 9... part 2



“Alah, jomlah kita keluar sekejap. TemankanKak Sal pergi kedai buku. Dah lama akak tak beli novel.”

Safa Hawani menyengetkan mulut, “akak ni tak ada kerja lain ke? Asyik beli novel aje. Dahlah tu, tak habis-habis dengan kisah cintan-cintun.Tak jemu ke? Macam gelilah nak baca novel jiwang karat tu semua. Semua jalan cerita lebih kurang sama aje,”

Salbiah menjongket kening kirinya, “hai tadi kata geli nak baca. Ni macam mana tahu jalan cerita novel-novel tu lebih kurang sama?” ‘Tembakan’ itu memang di tuju kepaada Safa Hawani. Salbiah melihat gadis itu terkedu.

Hehehe,” Safa Hawani menyengih. Terkantoi pula dia.

“Macam-macam kau ni Safa. Tapi akak tak pernah nampak kau membaca. Bila masa kau buat ‘perangai’ tu?” Salbiah mengerutkan kening.

“Adalah,” selamba Safa Hawani mejawab. Teringat pula ketika dia membaca sebuah novel kepunyaan kakak sepupunya yang setebal seribu lebih muka surat. Dari selepas solat Isyak dia membaca hinggalah ke pukul 3.00 pagi. Benar-benar dia ‘merempit’ mahu menyudahkan bacaan kerana jalan cerita buku itu benar-benar meruntun kalbunya. Sampai teresak-esak dia menangis, begitu terkesan di jiwa dengan cerita sedih itu.

“Nak pergi tak?” Salbiah bertanya lagi manakala Safa Hawani pula tersentak.

Lambat-lambat Safa Hawani menjawab, “yalah, yalah. Pukul berapa nak pergi?”

"Sekarang,”

“Sekarang!” Mata Safa Hawani meluas.

“Ya, sekarang.”

“Tak awal sangat ke Kak Sal?” Matanya melirik ke arah jam dinding di ruang tamu. Pukul 11.00 pagi.

“Lekaslah siap. Keluar awal, balik pun awal juga.” Gesa Salbiah.

Ha ahlah, orang pergi siap.”

Safa Hawani mendecit. Dia bangun dengan rentak perlahan. Kacau betullah kakak sepupunya yang seorang itu. Sudahlah dia merancang mahu berehat di rumah saja hari ini. Mahu atau tidak, kena menurut jugalah arahan big boss rumah itu.


Last edited by wipers81 on 27-10-2014 10:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:05 AM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 09:59 AM
“Alah, jomlah kita keluar sekejap. TemankanKak Sal pergi kedai buku. Dah lama akak tak beli nov ...

scene ini still flashback ke sis? just curious...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 11:26 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-10-2014 11:05 AM
scene ini still flashback ke sis? just curious...

Ok, sambungan episod 8 yang enam tahun kemudian.

Kalau flashback, sis akan nyatakan tahunnya. Ini perjalanan hidup Safa yang sekarang.
Tunggu yang seterusnya...

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:40 AM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 11:26 AM
Ok, sambungan episod 8 yang enam tahun kemudian.

Kalau flashback, sis akan nyatakan tahunnya. I ...

ok... faham... nice one sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 01:40 PM | Show all posts

Bab 9... part 3



Di pusat membeli-belah,


Jom, kita masuk kedai buku tu,” ajak Salbiah.

“Akak masuk dululah. Safa nak pergi kedai baju tu kejap.”

“Yalah. Cari akak kat dalam... kat tempat biasa ya.”

Safa Hawani mengangguk. ‘Tempat biasa’, di mana lagi kalau tidak di ruangan novel. Dia melajukan langkah sebaik melihat kakak sepupunya hilang dari pandangan. Sebenarnya, bukan dia nak kedai baju sangat. Sengaja mencipta alasan tidak mahu masuk ke kedai buku itu awal-awal. Kak Salbiah, kalau berada di dalam kedai buku, sehari suntuk pun boleh. Dia mengambil keputusan mahu berlegar-legar sebentar di kawasan sekitar.

Sementara itu di dalam kedai buku,

Salbiah sedang menyelak sebuah novel yang menarik minatnya. Leka dia membaca sinopsis novel tersebut hinggalah seseorang merempuh bahunya. Buku di dalam pegangan terlepas ke lantai. Dia yang sedikit tekedu hanya berdiri kaku, melihat orang yang melanggarnya itu sedang membongkok tubuh.

“Sal,” kata lelaki itu sambil menghulur buku yang terjatuh tadi.

“Awak,” Salbiah mengulum kata-kata sebaik empunya tubuh yang melanggarnya dikenali. Kelu pula lidahnya apabila berhadapan dengan lelaki yang sudah hampir lapan tahun tidak bertemu. Masih segak lelaki itu, seperti dulu.

“Sal.”

Panggillan lelaki itu hingga membuatkan Salbiah tersentak hingga kedua bahu terangkat sikit. Malu-malu dia mahu menatap wajah yang semakin tampan disulami dengan sedikit kematangan di raut wajah itu. Dia hanya berani menyulam senyum seciput.

“Tak sangka jumpa awak kat sini. Apa khabar Sal?” Mata lelaki itu tidak lepas merenung wajah yang sedang menunduk.

“Alhamdulillah, sihat. Awak pula macam mana?” Salbiah cuba menutupi kegugupannya. Berdepan dengan lelaki itusering sahaja dia diselubungi, GUGUP.

“Saya,”

“Akak, tak habis lagi ke?” Lelaki yang membelakangkan Safa Hawani tiba-tiba berpaling dan... “Encik Wafiq?” Dia menyoal sambil mata membeliak.

“Safa...” kata lelaki itu. Pandangannya, sudah silih berganti antara Safa Hawani dan Salbiah.

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 02:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 02:02 PM | Show all posts
En Wafiq ni ex sapa sebenarnya sis? kak Sal ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 02:15 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-10-2014 02:02 PM
En Wafiq ni ex sapa sebenarnya sis? kak Sal ke?

Jeng, jeng... jeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 02:18 PM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 02:15 PM
Jeng, jeng... jeng


ala... sis ni sama je dgn Ipo... suka bagi kezzutan... tp saya suka... trhill sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 04:02 PM | Show all posts

Bab 9... part 4



“Macam mana awak kenal adik sepupu saya?” Hati Salbiah sudah berdetak kurang senang.

“Dia, staff saya.” Jawab Wafiq Zainal.

Keadaan dicengkam sepi seketika. Masing-masing terdiam. Lidah yang selama ini lembut, seolah-olah dipasang tulang tiruan. Seperti keras untuk digerakan.

“Kalau tak keberatan, saya nak belanja makan.” Pelawa Wafiq Zainal.         

“Sal,” tanya Wafiq Zainal setelah melihat kesenyapan gadis itu.

Er Safa, macam mana?” Salbiah menyiku Safa Hawani yang kini sudah berdiri di sebelah kanannya.

“Orang ikut aje,” Safa Hawani menjawab sambil menggosok rusuk kiri yang menjadi mangsa. ‘Apa kena dengan Kak Sal ni? Semacam aje aku tengok,’ monolognya sambil menjeling kakak sepupunya itu.

“Marilah. Kita ke restoran kat depan sana,” katanya sambil tangan menunjuk ke arah tempat yang dimaksudkan. Sambil jeling-menjeling, dua gadis itu menurut.

“Tak sangka Sal, dah dekat lapan tahun. Kita bertemu juga akhirnya,” Wafiq Zainal masih berlagak tenang namun jauh di sudut hati, sesuatu yang ingin diketahui, sedang bergelora. Membuak-buak pertanyaan itu, cuba disurutkan dengan kesabaran.

Hah, Encik Wafiq dengan Kak Sal ni dah kenal lama ke?” Bagai peluru dia menanyakan ayat itu.

Safa Hawani semakin tidak sabar mahu mengetahui sejarah silam mereka berdua. Dari tadi dia sudah menghidu kelainan sifat Salbiah. Ada sesuatu... sedang berlaku. Cinta antara mereka berdua itu sedang berputik kembalikah? Pandai betul Salbiah menyimpan rahsia darinya. Safa Hawani menongkat dagu sambil jari telunjuk mengetuk pipi. Dengan mulut menyenget dan mata dikecilkan, sekejap dia merenung Encik Wafiq Zainal, sekejap ekor matanya melirik ke arah Salbiah yang duduk di sebelah kanannya. Sudahlah tu, kedua-duanya sedang menunduk.

“Tak nak makan ke?” Soalan Safa Hawani bagi memecah lamunan mereka berdua. Jelas dia melihat dua makhluk bersamanya tersentak.

“Kau ni Safa,” nada perlahan digumam Salbiah sambil mengetap gigi.

“Salah ke Safa tanya?” Dia buat muka selamba.

“Nak makan apa?” Terus sahaja tangan Wafiq Zainal menggamit ke arah seorang pelayan.

“Saya nak set yang ni. Sal...” mata Wafiq Zainal melirik ke arah gadis itu.

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 04:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 04:56 PM | Show all posts
wipers81 posted on 27-10-2014 04:02 PM
“Macam mana awak kenal adik sepupu saya?” Hati Salbiah sudah berdetak kurang senang.
“Dia, s ...

alkisahnya... makin menarik sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 06:04 PM | Show all posts

Bab 9... part 5



“Nak makan apa?” Terus sahaja tangan Wafiq Zainal menggamit ke arah seorang pelayan.

“Saya nak set yang ni. Sal...” mata Wafiq Zainal melirik ke arah gadis itu.

“Saya nak fresh orange satu. Safa, orderlah,” lembut sikunya dituju ke lengan Safa Hawani.

“Kentang goreng dengan fresh orange jugalah.” Safa Hawani memesan.

Ikutkan hati, Safa Hawani mahu memesan makanan yang mahal-mahal tetapi dihalang oleh Salbiah. Di bawah meja, kakinya sudah dipijak oleh Salbiah belum lagi ditambah dengan jelingan tajam yang seperti terkandung sebatang jarum di dalamnya tepat menyucuk Safa Hawani. Mahu menyengetkan mulut tanda protes pun dia tidak berani apabila direnung tajam seperti itu.

“Takkan tak makan Sal,” tanya Wafiq Zainal. Salbiah, masih menaruh dendamkah padanya?

“Cukuplah sekadar minum. Lagipun, kami tak boleh lama kat sini,”

Eh tadi akak kata nak... Aduh!”

“Kenapa Safa?” Wafiq Zainal pantas melirik ke arah Safa Hawani yang kelihatan menyeringai mukanya.

“Tak ada apa, terlanggar kayu kat bawah meja ni,” dalihnya. ‘Bertuah punya Kak Sal. Dahlah kuat dia pijak kaki aku ni,’ sungutnya.

Last edited by wipers81 on 27-10-2014 06:05 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.406591 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list