CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12522|Reply: 64

Nina Iskandar Sangkal Pertunangan Bermasalah

[Copy link]
Post time 14-10-2014 10:46 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Nina Iskandar nafi sedang bermasalah dengan tunang, Ahmed Haiqal.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar menyangkal dakwaan hubungannya dengan tunang iaitu Ahmed Haiqal, 30, bermasalah ekoran dia tidak lagi memuat naik gambar pemuda itu di laman Instagram miliknya.

Nina, 23, berkata, tindakannya itu bukan kerana hubungan mereka dilanda masalah tetapi dia memilih untuk bersikap low profile selepas bertunang sejak Ogos lalu.

"Alhamdulillah hubungan kami berjalan seperti biasa cuma rasanya tidak manis jika terlalu kerap meletakkan gambar bersama dan kami lebih selesa bersikap low profile.

"Orang mungkin rasa pelik sebab sebelum ini saya banyak memuat naik gambar bersamanya dan apa yang boleh saya katakan ketika itu sedang 'seronok' dilamun cinta sehingga tidak peduli pandangan sekeliling," jelasnya kepada mStar Online.

Nina ditemui pada sidang media Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban yang diadakan di pejabat MIG di sini pada Isnin.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Ekskutif Kumpulan Andaman, Datuk Seri Vincent Tiew dan Ketua Pegawai Ekskutif MIG, David Teo.




[size=0.75em]Nina bakal muncul menerusi drama Noktah Kasih.


Karnival tersebut bakal diadakan pada 18 Oktober ini di Taman Puncak Rasah, Seremban dengan kehadiran artis terkenal seperti Diana Amir, Adeline Tsen, Shima Anuar, Fadlan Hazim, Ryzal Jaafar dan Zalif Sidek.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Nina dan Ahmed Haiqal masih belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan dan hanya akan berkahwin selepas mereka bersedia.

Jelas Nina lagi, buat masa ini mereka sibuk dengan tugas masing-masing dan akan mengumumkan kepada semua sekiranya sudah mempunyai tarikh perkahwinan.

"Kami belum merancang apa-apa dan Insya-Allah kami akanberitahu sekiranya sudah ada tarikh tetapi bukan dalam masa terdekat," ujarnya.

Tambah Nina, pada tahap ini dia dan Ahmed Haiqal banyak mengenali hati budi masing-masing dan tidak menafikan berhadapan dugaan sejak bertunang.

"Dugaan itu bukanlah yang besar tetapi lebih kepada proses kami untuk memahami diri masing-masing namun semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Nina berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Noktah Kasih bersama Iqram Dinzly untuk siaran TV3.

Drama itu adalah projek pertamanya sejak bertudung pada April lalu.

"Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya biarpun sudah hampir enam bulan tiada projek terbaharu.Noktah Kasih bakal menjadi drama pertama saya dengan imej bertudung," katanya.

Selain lakonan, Nina juga berjinak-jinak sebagai penyanyi dan bakal merakamkan dua buah lagu runut bunyi untuk filem terbitan MIG.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendu.. Tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 10:54 AM | Show all posts
sapo ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 10:54 AM | Show all posts
sendu manakah ini..tengok nama tak kenal..tengok rupa lagilah tak kenal..

silakan duduk dalam petiais bahagian freezer -40 degree celcius
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:10 AM | Show all posts
hmmm... relevan ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:21 AM | Show all posts
x kenal... klu bermasaalah... settle dgn aman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2014 11:21 AM | Show all posts
takde angina takde rebut tetiba cerita psl tuning...ape kah???
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:23 AM | Show all posts
tak kenal.. spa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 11:28 AM | Show all posts
siapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:33 AM | Show all posts
dia ade berlakon dalam raya ni mesti kahwin-tv3..tu je la sekali aku tgk die berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:37 AM | Show all posts
Tobat tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:50 AM | Show all posts
cemolot posted on 14-10-2014 10:54 AM
sendu manakah ini..tengok nama tak kenal..tengok rupa lagilah tak kenal..

silakan duduk dalam pet ...

tersedak iols baca komen hakak wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:38 PM | Show all posts
Nina Iskandar, who..??
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:40 PM | Show all posts
KESIAN KAU dik..tak de org kenai..aku pun tak kenai...hahahaha..klu putus tunang pun sapa x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:56 PM | Show all posts
xknal.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 01:33 PM | Show all posts
x kenal langsung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 01:35 PM | Show all posts
siapa dia ni? kalau compare dgn normah damanhuri, aku lbh kenal normah damanhuri kut...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 01:51 PM | Show all posts
tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 01:55 PM | Show all posts
ape produk lakonan die ni? pelisss bagi intro sket...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.077980 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list