CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3498|Reply: 7

bola api & bunian

[Copy link]
Post time 15-10-2014 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam.. Dlm 2minggu lps sy mimpi lalu kt satu kg dkt umh sorg bomoh. Sy bsama abang n kwn abg. Ms tu nmpk la ramai org dtg umh bomoh tu utk berubat tp kitorg tau yg bomoh tu guna ilmu itam. Esknya kitorg g tinjau lg. Kwn abg jenguk2 ape yg bomoh tu buat. Mmg berubat cara x btul la. Skali tiba2 ade satu bola api bsr tuju pd sy. Sy jerit "Allahu Akbar" byk kali. Pastu melekat kt bahu kanan tp skit pun xrs panas api wpun api tgh membara. Sy amik bola api tu then campak kt tanah. Xlama tu api tu padam.
Mimpi kedua.. Sy msk utan pastu nmpk sbaris org bunian dgn pakai mcm telekung serba putih.. Ramai muka bseri je. Bile tunjuk kt member diorg xnmpk.
Mlm td pun sy mimpi g surau. Lps blk amik wuduk sy tgk ramai org kt surau tu dh siap bdiri nk solat. Semua dgn telekung putih.

Semua ni mimpi tau!!!
Ade sape2 bleh tafsirkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2014 12:54 PM | Show all posts
ni gara2 tido tak basuh kaki atay tido tak baca doa atau tido di waktu petang. itu tafsirannya, wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:17 AM | Show all posts
Cuba pergi tanya ustaz2 ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:17 AM | Show all posts
Macam ada sesuatu yang nak berkawan dengan tt kot.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 11:05 AM | Show all posts
Mimpi bola api tu sebab baca Dragon Ball kut...

Kalau mimpi nak solat tu atau bersolat tu, kalau terjaga baik terus buat tahajud... saya selalu juga mimpi berjemaah atau solat... sebab tubuh badan kita mungkin mengajak kita bangun tahajud tapi kita tertidur.. itu je

Kwan saya dulu ada juga mimpi masjid,dia kata mimpi lihat masjid besar tenggelam sebelah, senget... sebabnya dia ketika itu dlm proses nak bercerai... jadi dlm fikiran dia kut.. kan ke suatu perkahwinan itu ibarat masjid...

Jgn difikir sangat mimpi... Jika telah ditakdirkan, maka pasti jadi... berdoalah & rajin solat

wallahualam...
Last edited by k_a_a on 22-10-2014 11:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 12:22 PM | Show all posts
mimpi mcm ni jangan buat main tt. better tanya ustaz terus. aku ada sepupu kerja nurse. dia kerja wad orang2 tua laaa yg kebanyakannya sebab sakit tua. then ada one day tu, ada sorg pesakit tu berkenan kat sepupu aku. sepupu aku mimpi ada seorang manusia (entah tua atau muda) nak bagi seorg baby kat dia. baby yg baru lahir. nasib baik dlm mimpi tu sepupu aku tak terima baby tu sbb act, pesakit yg berkenan kat dia tu nak bagi saka dia atau bende2 mcm tu laaa. biasalaa kan org2 zaman dulu. mesti ada saka atau jin. wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 01:44 PM | Show all posts
Orang tua-tua kata kalau mimpi tu berulang-ulang kali mungkin mimpi tu betul..
Dah alang-alang cerita pasal mimpi aku pun nak cerita jugak la pasal mimpi aku.beberapa bulan lepas kot...2 kali aku mimpi yang lebih kurang sama cuma tempat dan orang je yang lain..

Mimpi 1
aku secara tiba-tiba terserempak dengan kaki samseng, lelaki, badan atlet...Lokasi plak macam kat kawasan rumah kedai orang-orang lama tu..Aku tak tau la manusia ke bukan, fizikal macam manusia..Masa tu dia macam nak potong leher orang, tapi aku tak pulak nampak senjata yang dia pegang...Bila tengok dia menyamseng tu aku 'baling' je la benda yang ada kat tangan aku..Benda tu tak melukakan dia pun, tapi dia macam sakit sikit la..Sakit macam kena gigit semut gitu...Kemudian dia sound aku balik "apa baling-baling"...Terus aku tersedar..

Mimpi 2
Yang ni keras sikit..Lepas terjaga aku siap baca ayat kursi lagi huhu..Orangnye perempuan, gelap-gelap sikit, slim...Lokasi kat bilik asrama masa zaman sekolah dulu..Tetapi yang tidur dalam bilik tu cuma aku berdua je..Yang aku ingat tiba-tiba aku kejar dia kat bilik ampaian sambil "baling" benda kat tangan aku..Refleks dia sama je, macam kena gigit semut tula..Tapi dia lari jugak sambil tesenyum dan hilang..Dalam mimpi tu aku sambung tidur sampai la terjaga bila tau perempuan tu ikut tidur siap tukar muka sama dengan partner aku..So, ade dua orang muka sama dalam mimpi aku tu..Terus aku tangkap dan pegang dua-dua kaki dia macam nak tangkap orang tu (pandai pulak aku pilih mana yang betul mana yang pelsu haha)..Orang ni tadi meronta-ronta la..Kecik betul kaki dia...Aku pun dah tak ingat apa yang aku baca dalam mimpi tu...Tiba-tiba je terbangun dari tidur mulut aku tengah baca ayat kursi lalu aku sambung sampai abis...

Banyak lagi mimpi-mimpi pelik...2-3 kali mimpi yang lebih kurang sama tapi bila aku cerita kat orang terus tak dapat mimpi macam tu lagi.. Antara yang aku masih ingat, berjalan kat padang rumput yang berbukit dan berlembah dengan beberapa gerombolan manusia yang aku tak kenal...Kena melepasi pagar kawat berduri yang mana tiang pagarnya berbentuk macam tiang nisan kat kubur tu...Belum sampai penghujung padang dah terjaga..Ade penghujung ke? Ntahla tapi macam ade bangunan...

Hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:39 AM | Show all posts
bila tido dalam kekenyangan mmg la mimpi pelik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.229624 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list