CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5539|Reply: 26

Jururawat Disyaki Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati

[Copy link]
Post time 15-10-2014 03:19 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Daniella Poggiali kini ditahan untuk siasatan lanjut.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

ROME: Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.
[size=0.98em]
Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2014 04:21 PM | Show all posts
Macam penyakit metal sekarang ni jururawat pun tak terkecuali
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 04:49 PM | Show all posts
Umah Syiah nurse tu...mengalahkan Yazidi gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 05:03 PM | Show all posts
Jenis pendendam ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 10:48 PM | Show all posts
sbb tu org kata susah nk jd nurse nih....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 11:05 PM | Show all posts
susah oo jadi nurse. Kena ada kesabaran yang tinggi. Aku suspect nurse ni mental breakdown
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2014 09:55 AM | Show all posts
adoi....sakit hati stop...p keje lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:36 AM | Show all posts
rupa die dalam gamba tu pun cam x betol jah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 10:47 AM | Show all posts
masalah psikologi nih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 11:06 AM | Show all posts
sicko

mcm mana boleh terlepas jadi nurse?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:26 PM | Show all posts
penat jadi nurse ni..kena melayan kerenah pesakit lagi, famili pesakit lagi, ngan rakan setugas/bosses..blk rumah ngan masalah keluarga lg...
tp jgn la smp nak bunuh org...ni gila namanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:18 PM | Show all posts
dah 38 org mati baru dikesan ker
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 07:52 PM | Show all posts
Dah kenapa perangai cenggitu. Psiko
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 07:59 PM | Show all posts
mmg jenis busuk hati
ngn pesakit pon xsuke
ngn kwn sekerja pon xsuke
abes sume dia nk aniaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 09:24 PM | Show all posts
sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh gedebuk ke tanah jua..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 12:03 PM | Show all posts
bleh la buat dokumentari lepas ni.. masuk channel CI..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 02:24 PM | Show all posts
muke dia sebijik mcm pembunuh yg nyamar jadi nurse dlm filem the transporter 2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 04:07 PM | Show all posts
Mentally sick
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 08:05 PM | Show all posts
Kejam nak mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:17 PM | Show all posts
siap ambik gambar pulak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.079033 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list