CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12671|Reply: 39

GILA BABY [Official Trailer]

[Copy link]
Post time 16-10-2014 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Gila Baby (2014) - Official Trailer

Tayangan: 2014
Genre: Comedy
Pelakon: Beto Kusyairy, Nadiya Nisa,Sharnaaz Ahmad, Fimie Don, Lan Pet Pet



Sinopsis:
Bob merupakan seorang 'loser' yang tak pernah berjaya dalam hidup. Dia sentiasa kesempitan wang, dan keadaan bertambah kusut bertambah apabila Ayahnya jatuh sakit dan memerlukan pembedahan dengan segara. Namun, kerana kesempitan wang, Bob tidak mampu, dan harus mencari jalan untuk menyelamatkan nyawa ayahnya secepat mungkin.Ketika itulah, Bob terjumpa dengan bekas teman sekolahnya, Roy, yang kini seorang penyangak dan ahli kongsi gelap. Roy menawarkan Bob jalan keluar dari masalahnya, yakni dengan menolong Roy mencuri kereta. Biarpun Bob keberatan, namun kerana terdesak, dia memilih untuk menerima tawaran Roy. Tiba harinya, Bob telah mencuri keretanya yang pertama. Namun begitu, tanpa disangkanya, ada bayi di tempat duduk belakang kereta itu. Sebaik sahaja bayi itu ditemui, Bob yang masih tercengang mula dikejar oleh berbagai pihak, termasuklah sekumpulan penyangak dan seorang pembunuh professional yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi itu tidak tertangkap.






Aku rasa filem ni boleh tahan, sebab ramai pelakon yang top-top, Otai lawak pun ada, Lan Pet Pet, Jalil Hamid adik Fimie Don pun ada. Dah dewasa budak tu sekarang.

Sebab apa kau kata best? Tengok la production mana punya. Tak lain tak bukan Grand brilliance (GB)











Last edited by eddlisa_uyuk on 19-10-2014 02:09 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 12:47 PM | Show all posts
tgk trailer cm srabut .. hahaha ..

tp sbb plakon bes2 .. insyaAllah akan tgk ..  Nadiya nissa bes blakon
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu ingat Gila Baby dgn Dollah Superstar ni satu filem yg ditukar tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 08:56 PM | Show all posts
betullah trailer masih tak nmpk ape isi cerita ni sbnrnye..

hopefully tak ganggu jln citer
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 06:34 AM | Show all posts
Nadiya Nissa ni aku tengok macam Kajol, tak cantik sangat tapi sweet dan kita tak puas tengok muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 02:09 AM | Show all posts
ingatkan ada FK
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2014 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi akak,cerita2 mulayu yang ada selitkan dengan samseng taik babi...bagi akak tetap sampah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 01:08 PM | Show all posts
sapa ada pergi press preview semalam citer ni? best tak? my hubby tak terlibat dgn ini projek so takleh nak korek morek... heh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 06:52 PM | Show all posts
aijinmisaki posted on 19-10-2014 01:43 PM
bagi akak,cerita2 mulayu yang ada selitkan dengan samseng taik babi...bagi akak tetap sampah..

bagi saya satu2nya movie melayu pasal samseng yang tak sampah ialah SONGLAP

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:36 PM | Show all posts
poster yang boleh buatkan orang second thought sebelum nak beli tiket nanti. tapi insyaAllah nama2 besar tu termasuk khabir bathia boleh tarik orang. instinct aku 1 juta. semoga instict aku salah dan korang dapat lebih juta2 lagi Last edited by anwarnuwa on 21-11-2014 02:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:37 PM | Show all posts
queenteena posted on 21-11-2014 05:08 AM
sapa ada pergi press preview semalam citer ni? best tak? my hubby tak terlibat dgn ini projek so tak ...

sy ingatkan citer ni filmscope punye sebab ada khabir bathia direct
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:25 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 21-11-2014 10:37 PM
sy ingatkan citer ni filmscope punye sebab ada khabir bathia direct

Cik anwarnuwa... Diberitahu citer ni kolaborasi FIlmscape ngn GB....

Rabu ni katanya ada gala... So kalo ada sesapa yg pergi...update la yer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 01:49 PM | Show all posts
Aku minat Beto tetapi kurang gemar his roles in films except Istanbul Aku Datang
Jalan cerita, pengarahan mempengaruhi, termasuk his co-stars
Lebih suka versatiliti watak2 dia dalam drama; kebanyakannya sedih, romantik hinggalah ke watak suami lupa daratan sbb ajaran sesat, atau penyiasat yg poyo
Minat his acting yang subtle dan natural
So, ada masalah about his role in Gila Baby ni, no doubt I know he definitely performed well, sbb akan ada watak kelam kabut macam dalam filem CEO juga
Co- stars dia kurang minat
Anyway Beto is a skillfull and hardworking actor
Sayang kalau storyline serabut
But I will watch any of his products solely because of his performance

Semalam Malam Gala dihadiri ramai antaranya Lisa Surihani, Siti Saleha, Shiera Ayob dan Azhan Rani
No review yet


Beto Sakit Tapi Puas
MalaysianDigest.com
21 Nov

Pelakon berpengalaman, Beto Khusyairy, 34, sanggup menahan sakit dan berdegil mahu meneruskan penggambaran selepas mengalami kecederaan lutut akibat kemalangan ketika melakukan babak aksi lagak ngeri motosikal menerusi filem terbarunya, Gila Baby.

Katanya, dia tidak mempunyai masalah memberi sepenuh komitmen ketika membintangi filem aksi komedi arahan Khabir Bhatia itu apatah lagi perlu melakukan babak aksi ngeri membahaya sehingga mengalami kecederaan lutut dan dahi.

"Sewaktu babak aksi motosikal, seorang pelagak ngeri hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan termasuk saya terjatuh dan lutut terkoyak.

"Selepas luka saya dibalut dan berehat beberapa minit, saya nekad mahu kembali teruskan penggambaran sedangkan pengarah dan kru lain bimbang keadaan saya," katanya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem Gila Baby di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu penggambaran tertunda sehingga menyusahkan pelakon dan kru produksi.

"Walaupun menahan sakit ketika itu, saya masih boleh bertahan dan mampu menghabiskan penggambaran pada masa itu," katanya mengenai pengalaman yang dilalui dua tahun lalu.

Tambahnya, disebalik kecederaan yang dialami dia tetap puas apabila memberikan lakonan terbaik untuk menjiwai watak Bob dalam filem ini yang akan menemui penonton di pawagam pada 4 Disember ini.

"Saya puas dan berasa kepayahan serta kesakitan yang dialami adalah berbaloi. Saya berusaha memberikan yang terbaik jadi terpulang pada penonton untuk menilai lakonan saya dan filem ini.

"Ketika sambutan terhadap filem tempatan kini yang kurang memberangsangkan, kami sangat mengharapkan sokongan penonton", katanya.

Gila Baby mengisahkan Bob, seorang lelaki malang terdesak memerlukan sejumlah duit banyak untuk pembedahan bapanya. Dia akhirnya terjebak dengan aktiviti jenayah mencuri kereta selepas dipengaruhi rakan lamnya, Roy.

Namun, kisah malangnya bertambah apabila sebuah kereta yang dicuri mempunyai seorang bayi yang juga cucu seorang gangster paling digeruni. Filem ini turut dibintangi ramai pelakon popular seperti Nadiya Nisaa, Sharnaaz Ahmad dan Adlin Aman Ramli.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:12 PM | Show all posts
nadiya nissa ni poor man's angelina jolie
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:35 PM | Show all posts
mcm best je kn....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 10:29 AM | Show all posts
amyainsamad posted on 27-11-2014 07:35 AM
mcm best je kn....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 03:32 PM | Show all posts
betoooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:33 PM | Show all posts
Beto Kusyairy Kemalangan Dalam Filem Gila Baby

Oleh Ina Mohd.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda memerlukan wang sejumlah RM 30,000 dalam masa yang agak singkat? Apabila kita hilang pertimbangan atau tidak boleh berfikir, apa yang ada di depan mata, itu yang kita terima. Begitu juga Bob, lakonan Beto Kusyairy, yang memerlukan wang untuk pembedahan bapanya yang mengidap sakit jantung. Bagi mendapatkan wang tersebut, Bob sanggup lakukan apa sahaja. Disebabkan itu juga Bob terlibat dengan jenayah yang tidak disangka-sangkakan.

Jalan cerita ini sangat mudah dan garapan dari Kabir sendiri memang baik. Namun ada beberapa babak yang mencabar bagi Kabir. Boleh dikatakan keseluruhan filem ini sangat mencabar! Malah, ‘Gila Baby’ mungkin salah satu filem yang paling mencabar yang pernah saya arah.Setiap kali merancang sesuatu, tidak semestinya setiap perancangan itu akan mengikut apa yang kita rancangkan dan kadang-kadang rancangan tu akan tergantung begitu sahaja. Sebagai contoh apabila membuat penggambaran dengan melibatkan kanak-kanak yang berusia 6 bulan, kita perlukan dia ketawa dengan mood yang baik dan ekspresi yang berlainan tetapi tidak dapat dirakam apabila diarahkan. Disitu kita sudah mengambil masa yang banyak dan juga membazir tenaga.

Ada juga satu adegan dimana kami merakamkan lagak ngeri motosikal yang melanggar lalu lintas, apabila salah seorang pelagak ngeri kami hilang kawalan dan menyebabkan Beto terjatuh dan cedera. Kemalangan tersebut berlaku terlalu pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa dan terpaku kaku saja tentu saja kami panik. Kami amat terkejut kerana selepas 5 minit kemalangan tersebut, Beto ingin meneruskan adegan seterusnya. Walaupun kami menyediakan ambulan dan juga rawatan ringkas dilokasi. Kami juga meminta beliau untuk berehat seketika, namun dia menolak kerana katanya akan melambatkan lagi proses penggambaran”, tutur Kabir panjang lebar.

Apa yang menarik tentang Gila Baby ialah, dialog yang bersahaja dari pelakon-pelakonnya. Bukan itu sahaja, apabila anda menonton filem ini, anda akan ketawa, sedih dan juga rasa simpati. Selain dari itu anda akan merasai bagaimana suspen-nya perjalanan Bob untuk mendapatkan wang sebanyak RM 30,000 lebih-lebih lagi dengan kehadiran bayi comel yang tidak disengajakan itu.

Filem aksi komedi ini, turut dilakonkan oleh Nadiya Nissa, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Lan Pet Pet, Jalil Hamid, dan ramai lagi-lagi. Untuk mengetahui pengakhiran cerita ini, saksikan di pawagam pada 4 Disember 2014.


EraFm

                        


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:51 PM | Show all posts
Beto Kusyairy tercedera dalam "Gila Baby"
23 Nov- Pelakon popular Beto Kusyairy memberitahu dia tercedera ketika menjalani penggambaran filem terbarunya "Gila Baby", tetapi dia tetap meneruskan penggambaran walaupun dalam keadaan tercedera.
"Memang saya ada tercedera di lutut sebab jatuh motor dan di dahi semasa pengambaran. Lepas tu saya terus balut dan teruskan. Orang lain mengharapkan cuti. Saya fikir tentang masa lagi, selagi saya boleh bergerak, saya teruskan," kata Beto yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di GSC Pavilion, semalam.
Menurut Beto, jika dia ditawarkan untuk melakonkan watak aksi, dia akan menawarkan diri untuk melakukan aksi tersebut kerana dia akan rasa lebih puas dengan melakukannya sendiri.
"Saya pada asalnya seorang pelagak ngeri, saya tak boleh nak lari. Bila melibatkan aksi ni, saya akan jadi lebih bersemangat. Masa mula-mula ditawarkan untuk berlakon filem "Gila Baby" ini, Kabir sendiri cakap banyak melibatkan aksi,dan saya sendiri cakap saya nak buat semua sendiri dan saya dapat sokongan dari pengarah dan produksi sendiri."
Tambah pelakon "Istanbul Aku Datang" ini lagi, walaupun dia sering mengalami kecederaan dan membuatkan isterinya risau, tetapi isterinya sentiasa memahami kerjayanya sebagai pelagak ngeri.
"Kalau 'girlfriend' dah risau ini kan pulak isteri yang dah bertahun dengan saya. Dah tentu saya tak nafikan. Tapi dia tau perangai suami dia macam mana. Tahu apa yang saya nak sebab saya sukakan benda lasak. Dalam kerisauannya, dia tetap sokong apa yang saya buat."
Dalam perkembangan lain, dia kini sedang sibuk mempromosikan filem lakonannya "Gila Baby" sebagai peneraju utama dengan membawakan watak Bob arahan Kabir Bhatia yang akan ditayangkan pada 4 Disember ini.
Sementara itu, Beto juga terlibat dalam pementasan teater  "Takhta 3 Ratu", arahan Erma Fatima membawakan watak Hang Jebat, yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 sehingga 22 Disember depan.

Farizan Zainal | Tupai – Sun, Nov 23, 2014 1:42 AM MYT


        Tajuk 'Gila Baby' Dipilih Kerana Mampu Pikat Penonton       
Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 12:30 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my
PETALING JAYA: Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin, menjelaskan tajuk filem Gila Baby dipilih mengikut kesesuaian jalan cerita dan difikirkan mampu menarik penonton datang ke panggung.

Tengku Iesta berkata, ia juga merupakan tajuk awal yang dibuat pengarah filem Khabir Bhatia sejak filem itu belum memulakan penggambaran lagi.

"Ketika kami terima filem ini memang working title yang digunakan ialah Gila Baby dan saya rasa ia sangat sesuai dan menarik hingga terus menjadi tajuk sebenar.

"Mula-mula nampak macam agak pelik tetapi bila tengok filem ini secara keseluruhannya ia sangat kena dengan jalan cerita tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui pada malam gala Gila Baby yang diadakan di Cathay Curve, di sini, malam Rabu.

Sementara itu, Tengku Iesta berkata, filem ini merupakan kerjasama kelima pihaknya bersama Filmscape selepas Sembunyi, Cinta, Sepi dan Nur Kasih.

Dalam pada itu menurut pengarahnya, Khabir, konsep filem 'road movie' ini memberi suatu kelainan berbanding filem-filem sebelum ini.
Khabir menjelaskan, Gila Baby menggunakan plot yang tidak khusus dan mudah difahami penonton.

"Cerita ini memberi pengajaran kepada semua orang agar berusaha mengubah nasib mereka. Filem ini menjanjikan jalan cerita yang lebih ringkas dan padat," ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan pelakon, Khabir memberitahu ia dibuat berdasarkan kesesuaian watak.

Katanya, pemilihan pelakon  Sharnaaz sebagai watak penting juga kerana dia mempunyai sifat humor yang dilihat ketika terlibat dengan beberapa projek di bawahnya arahannya sebelum ini.

Filem aksi komedi ini mengisahkan Bob, lakonan Beto Khusairy yang memerlukan sejumlah wang bagi membiayai pembedahan ayahnya yang sakit.

Bob terpaksa mengambil jalan mudah dengan membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) melakukan jenayah mencuri kereta.

Namun, percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah dihalang dengan penemuan seorang bayi di tempat duduk belakang kereta yang ingin dicurinya itu.

Filem ini turut menampilkan Beto Khusyairy, Nadiya Nissa, Lan Pet, Pet, Fimie Don dan Chelsia Ng. Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 Disember ini.

   


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rompak....baby...jln citer ada iras2 citer jackie chan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.893091 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list