CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3271|Reply: 25

[Tempatan] Sistem laluan sehala di pusat Bandaraya PJ mengelirukan, membebankan - Pengguna

[Copy link]
Post time 16-10-2014 04:29 PM | Show all posts |Read mode






PENGGUNA jalan raya menyifatkan pengenalan sistem laluan sehala di pusat bandar raya ini sejak Ahad lalu amat mengelirukan, membebankan dan menyukarkan urusan harian mereka. - Foto Saddam Yusoff



PETALING JAYA: Kalangan pengguna jalan raya menyifatkan pengenalan sistem laluan sehala di pusat bandar raya ini sejak Ahad lalu amat mengelirukan, membebankan dan menyukarkan urusan harian mereka.

Malah, beberapa pengguna melahirkan rasa tidak puas hati dengan sistem yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana terpaksa menempuh jarak yang lebih jauh serta menimbulkan kesesakan trafik terutama waktu puncak.


PENGGUNA jalan raya menyifatkan pengenalan sistem laluan sehala di pusat bandar raya ini sejak Ahad lalu amat mengelirukan, membebankan dan menyukarkan urusan harian mereka. - Foto Saddam Yusoff


Pemandu teksi, Mohd Zubir Harun, 60, berkata beliau terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk kembali ke stesen Taman Jaya biarpun hanya menghantar penumpang di Hotel Hilton.


"Jika dulu nak ke PJ Hilton kita ke kiri tapi sekarang ke kanan... lepas itu masa nak balik kena pusing satu pusat bandar, kita kena lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) barulah boleh sampai sini.

"Dulu kita pusing dekat saja... sekarang jauh. Kita turunkan orang di PJ Hilton dapat RM3 tapi bila nak balik semula ke sini dah jadi RM7," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Zubir yang sudah lima tahun memandu teksi di sekitar Petaling Jaya dan bandar berkenaan berpendapat biarpun pengenalan laluan baharu itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, namun sebaliknya berlaku apabila ia membebankan pengguna terutama pemandu teksi.

"Memanglah lancar sebab tak ada lampu isyarat, tapi masalahnya bila kita nak buat pusingan balik... terlalu jauh. MBPJ perlu kaji semula atau tukar seperti dulu," katanya.

Berlainan pula dengan pekerja swasta, Abdul Jalal Khalid yang berpendapat bahawa MBPJ perlu memberi penerangan secukupnya terlebih dulu kepada pengguna jalan raya sebelum memperkenalkan sistem laluan baharu itu.

"Mula-mula masa hari pertama, pening juga sebab setiap hari guna jalan lain... bila dah dilencongkan saya rasa agak keliru.

"Saya selalu ikut laluan dari PJ Hilton tapi sekarang perlu buat satu pusingan dari Hotel Armada terus ke Universiti Malaya dan selepas itu barulah ke AmCorp Mall. Saya harap MBPJ beri penerangan secukupnya untuk elak kekeliruan dan kaji semula laluan sehala ini," katanya.

Penyelia bas RapidKL, M Tangga Raju pula menganggap pelaksanaan laluan baharu itu tidak mendatangkan masalah besar kepada perkhidmatan bas di pusat bandar Petaling Jaya.

"Mengikut laluan bagi sektor Asia Jaya hanya empat laluan kena ubah... bila ada perubahan seperti ini pemandu perlu masuk ke Lebuhraya Persekutuan untuk membuat pusingan ke stesen Taman Jaya.

"Pada hari pertama dilaksanakan laluan di sini sesak kerana ramai yang kurang faham tapi pada hari kedua dan ketiga, pemandu sudah faham jadi tak ada masalah kepada laluan bas," katanya.

        SISTEM laluan sehala Petaling Jaya














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 04:38 PM | Show all posts
rasa mcm okey jer..
sebab 1 hari 2 kali lalu tempat yg sama,..

cuma x menjadi kebiasaan lagi itu yg rasa membebankan..
lama2 okeylah tue..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 04:41 PM | Show all posts
jem gile smalam... sampai dkt kul 10pm dlm UM pun keta yg menghala exit pintu PJ masih jem
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 04:46 PM | Show all posts
alaaa aku x bape paham la... nnt aku ade meeting kat PJ8... biasa exit hilton hotel tu kalo dr arah kl... so utk system baru ni, aku kene exit amcorp mall lah? then tawaf separuh pusingan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 04:47 PM | Show all posts
bukan ke hari tu ada porumer ngamok meratib2 kedberi pasal ni?
#doa kuat2 mrt siap awal
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 04:49 PM | Show all posts
Jarang masuk pj.
Time dua hala pun sesat barat..lau sehala konpem.serat utara barat...

Hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2014 04:50 PM | Show all posts
Solution: nk cari boipren yg pandai jln kt pj.

Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:05 PM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 16-10-2014 04:41 PM
jem gile smalam... sampai dkt kul 10pm dlm UM pun keta yg menghala exit pintu PJ masih jem

jem gila semalam rasanya bukan sbb one way ni. tapi sbb banjir kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 05:06 PM | Show all posts
fcl29 posted on 16-10-2014 04:46 PM
alaaa aku x bape paham la... nnt aku ade meeting kat PJ8... biasa exit hilton hotel tu kalo dr arah  ...

ya .. begitu la. kalau ko masuk exit hilton tu .. ko kena belok kanan. tak boleh belok ke kiri.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:13 PM | Show all posts
pittjie posted on 16-10-2014 05:06 PM
ya .. begitu la. kalau ko masuk exit hilton tu .. ko kena belok kanan. tak boleh belok ke kiri.
...

tenkiu kaka
iols tny customer, keling... semacam die pon x paham n salah bg direction pulak... pening keling kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:14 PM | Show all posts
baru ingat nak gi pj sabtu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:16 PM | Show all posts
ni smpi sis kabu @kasibiman
menyumpah2 ritu Last edited by dauswq on 16-10-2014 05:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:18 PM | Show all posts
Hummm bkn kat PJ je.. Kat tmn serdang raya ke taman serdang jaya ke taman sri serdang ke seri kembangan pon sama. Menyusahkan! Bajet gud2 je buat jalan sehala mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:18 PM | Show all posts
aku lalu gak laluan ni kelmarin, mmg tersesat dan hampir tereksiden...

nak ke federal highway - kl  terlepas sbb tak nmpk signboard merah..last2 bukak penghadang bypass jalan jek...sib baik pki motor...
boleh terbayang org pki kereta camne
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 08:35 PM | Show all posts
Aku dr federal nak p ppum..skali jln dah ttp.. Masuk pj pusing ke hulu ke hilir last2 termasuk federal blk.. Satu hal aku kena redah jem federal lg skali
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 09:56 PM | Show all posts
Cyempaka posted on 16-10-2014 08:35 PM
Aku dr federal nak p ppum..skali jln dah ttp.. Masuk pj pusing ke hulu ke hilir last2 termasuk feder ...

ko dtg dr arah KL ke ? dah xboleh masuk kanan ke dr KWSP tu ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
encikWawad posted on 16-10-2014 04:47 PM
bukan ke hari tu ada porumer ngamok meratib2 kedberi pasal ni?
#doa kuat2 mrt siap awal

kasiman ker saper nama forumer tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 16-10-2014 05:18 PM
aku lalu gak laluan ni kelmarin, mmg tersesat dan hampir tereksiden...

nak ke federal highway - k ...

laaaaa lalink sesat gak ker
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 16-10-2014 05:14 PM
baru ingat nak gi pj sabtu ni

pj besor bang.. bukan suma jln jd sehala.. nak gi mana?? kalo nk lepak area pju aman2 sajo..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 10:33 PM | Show all posts
bongok punye sistem.. menyusahkan sungguh..

sapa yg berniat pakai GPS atau Waze jalan kat sini hentikan la niat tu...  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.086820 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list