CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3442|Reply: 12

Komet Yang Telah Mengembara 1 Juta Tahun Kembali Melintasi Marikh Ahad Ini

[Copy link]
Post time 16-10-2014 10:28 PM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]WASHINGTON: Komet yang telah mengembara melintasi planet Marikh satu juta tahun dahulu kini akan kembali membuat satu lagi lintasan pada Ahad ini, demikian menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa).
[size=0.98em]Yang menariknya menurut Nasa, komet ini yang dikenali sebagai Siding Spring (C/2013 A1) hanya akan kembali sejuta tahun akan datang.
[size=0.98em]Ia mempunyai kelebaran 1.6 kilometer dan bergerak pada kepantasan 202,000 kilometer sejam.
[size=0.98em]Komet ini tidak mempunyai permukaan yang pejal melainkan timbunan bagaikan bedak talkum sahaja.



[size=0.98em]Siding Spring akan menghampiri planet Marikh pada jarak 139,500 kilometer (88,000 batu) iaitu sangat hampir dengan permukaan planet menurut kiraan astrologi.
[size=0.98em]Dan jika komet ini melintasi bumi, ia akan berlaku pada kedudukan sepertiga daripada jarak bumi dengan bulan.
[size=0.98em]

[size=0.98em]Siding Spring dijadualkan menghampiri planet Marikh pada jam 2.27 petang (1827 waktu GMT) pada Ahad ini, 19 Oktober, jelas Nasa dalam satu kenyataan.
[size=0.98em]Bagaimanapun ia tidak akan bertembung dengan planet merah itu.
[size=0.98em]Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga Nasa telah mengerakkan kesemua orbiternya jauh dari laluan komet tersebut untuk mengelak daripada terkena sebarang serpihan.
[size=0.98em]Tiga kapal angkasa Nasa iaitu Mars Reconnaissance Orbiter, Mars Odyssey dan MAVEN telah digerakkan ke satu kawasan yang blebih selamat dan jauh dari jarak laluan komet berkenaan.
[size=0.98em]Nasa juga berharap dua buah rovernya di atas planet Marikh iaitu Curiosity dan Opportunity akan dapat merakamkan komet berkenaan ketika ia melintasi planet tersebut nanti.
[size=0.98em]

[size=0.98em]Komet The comet Siding Spring ditemui oleh Robert McNaught ketika dia sedang melakukan pemantauan angkasa lepas di Pusat Cerapan Siding Spring di Australia pada Januari tahun lalu.
[size=0.98em]Komet ini dipercayai berasal dari Debu Oort berbilion tahun dahulu dan tidak berubah bentuk sehingga sekarang.
[size=0.98em]Carey Lisse, pakar kajian bintang dari Balai Cerapan Fizik Tulen Universiti Johns Hopkins berkata, satu perkara mengenai keunikan komet ialah ia masih lagi bergerak dan mengembara mengelilingi matahari sejak empat setengah bilion tahun yang lalu.
[size=0.98em]

[size=0.98em]Salah satu daripada sebab mengapa komet masih 'hidup' kerana ia mengembara jauh dari matahari ke kawasan gelap dan oleh yang demikian kekal beku  pada kebanyakan masa.
[size=0.98em]Komet Siding Spring katanya secara relatifnya bersaiz kecil dan hanya dipenuhi dengan debu bagaikan bedak talkum.
[size=0.98em]Ia tidak akan kembali ke sini dalam tempoh satu juta tahun lagi sebaik sahaja melengkapkan putarannya mengelilingi matahari selepas melintasi Marikh.
[size=0.98em]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 11:39 PM | Show all posts
Cepatnya masa berlalu!!
Masa saya kecil pernah nampak komet ni sekali, sekarang kembali lagi....rindu sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 11:40 PM | Show all posts
Cepatnya masa berlalu!!
Masa saya kecil pernah nampak komet ni sekali, sekarang kembali lagi....rindu sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 09:33 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 16-10-2014 11:40 PM
Cepatnya masa berlalu!!
Masa saya kecil pernah nampak komet ni sekali, sekarang kembali lag ...

trivia teka teki ke ni??? hihihiihih
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 11:20 AM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
1juta tahun...wow
masih wujudkah dunia ni lg satu juta tahun akan datang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2014 06:30 PM | Show all posts
camana dia leh tau dah sejuta tahun yg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 08:32 AM | Show all posts
buat kiraan orbit...tu yang dapat jumlah masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 10:30 PM | Show all posts
secawankopi posted on 17-10-2014 06:30 PM
camana dia leh tau dah sejuta tahun yg lepas

anggaran jer tu...sesungguhnya pengetahuan manusia sangatlah sedikit sahaja....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:28 AM | Show all posts
subhanallah..exciting
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:17 PM | Show all posts
SubhanaAllah, maha suci Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:56 AM | Show all posts
Kalau sempat insyaAllah berpeluang tengok komet Halley pada 2062 nanti. Last tahun 1986 dulu, 76 tahun sekali akan menghampiri bumi. Antara komet paling dekat dengan bumi yang boleh dilihat dengan mata kasar.

P/s: bahasa skema ni kenapa??
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:46 AM | Show all posts
kagumnya aku dengan info angkasaraya kita ni...
yang sebenarnya bumi kita ni sangat halus...
Allah Maha Besar..sesungguhnya ini adalah kuasa Allah semata2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.083533 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list