CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2416|Reply: 2

Contest Cerpen: Adriz

[Copy link]
Post time 18-10-2014 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Adrifa duduk di anak tangga. Sedang mengenangkan nasibnya. Nasibnya yang malang. Dilahirkan sebagai anak kacukan cina/melayu di dalam keluarga yang miskin. Tiada abang atau kakak. Hanya merupakan satu-satunya anak tunggal didalam keluarganya. Lantas, apa nasib yang malang itu?

Jika ia fasal kewangan keluarganya, maka bukan itu  yang dirasakannya nasib malang. Pendapatan ibu dan ayahnya mencukupi.

Ada..ada hal yang difikirnya.. Nasibnya yang malang.

Dia melepaskan sebuah keluhan kecil. Mula bangkit dari anak-anak tangga. Kandang lembu ingin dituju. Dia berdiri di tepi kandang. Melirik ke lembu-lembu yang sedang meragut rumput bagi memenuhi perut mereka.


Nasibnya malang. Tapi bukan nasib dia malang. Nasib lembunya yang bernama Adriz. Nama yang tak sesuai bagi lembu tapi nama itu diberinya dek kerana lembu itu merupakan lembu pertama yang disambutnya ketika keluar dari perut ibunya.

Dia mendekati Adriz yang sedang menghadap komputer riba di atas rumput. Tampaknya Adriz sedang galak mengupdate status. Sempat Adrifa mengulum senyuman.

Sesekali Adriz ketawa. Dia galak berbual dengan rakannya melalui laman Facebook. Hari terakhir untuknya..- bisik hati Adrifa. Tanpa disedari, matanya sudah berkaca. Air mata jantannya menitis jua. Jarang benar kelenjar lakrima dikeluarkannya.

Adrifa mengatur langkah ke satu sudut. Ada sesuatu ingin diambilnya. Selepas mengambil sesuatu, dia meletakkan sebaldi yang penuh dengan najis ke atas kepala Adriz.

Adriz rasa marah. Dia mendengus marah. Bau najis itu sungguh melekat dihidungnya. Tak menyangka dirinya akan berada dalam keadaan begini. Malah tak pernah diimpi. Sapa pernah bermimpi badan kena simbah najis? Takde sape. Begitu juga dengan dirinya..

" Nak berfb..kat dalam rumah..bukan kat kandang..Faham? " kata sambil Adrifa menjengilkan matanya. Adriz rasa geram dengan perbuatan abangnya itu.

" Heloooooooo... Ayoh suruh Adik tengok-tengokkan lembu okayy..especially lembu abang yang sama nama dengan adik? Then abang letak najis atas adik? "balas Adriz sambil mencabut bajunya dan mengelap kepalanya dengan tshirt Pahang.

" Doh..bior abang jaga. Mu masok dalam dan mandi. Ingat, jangan berfb kat sini okay? " arah Adrifa. Adiknya hanya merenung tajam kedalam anak matanya sebelum dia menutup laptopnya lalu mengambilnya dan menuju ke rumah .

Adrifa geleng kepala.

" Teruk betul dia ni..." kata Adrifa  sendirian. Kemudian dia menghampiri Adriz.

"  Maafkan aku Riz..kau harus dikorbankan esok.." beritahunya pada Adriz yang sedang meragut rumput. Tangan kanannya mengusap badan Adriz sebelum dia ditendang kebelakang dengan kedua-dua kaki milik lembunya..

" Selamat Hari Raya Aidiladha ." kata Adriz dalam hati.


Tamat.



Note: Okay. Cik Es tahu Cik Es asyik tulis dark story jeeeeee... Ini untuk contest and plis okay..Cik Es tahu Cik Es Amatur bhai.

Last edited by Esmiria on 17-10-2014 11:30 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 10:52 AM | Show all posts
ingatkan lembu yang berfacebook tadi..

jadi nama lembu dan adik dia tu sama ..adeh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 24-10-2014 02:52 AM
ingatkan lembu yang berfacebook tadi..

jadi nama lembu dan adik dia tu sama ..adeh..

plot twist.

Bila dah beberapa hari, @cmf_conan baru bgi kred. Thanks @cmf_conan



thanks bca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066133 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list