CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2438|Reply: 3

ANEKA RESEPI TANGKAP SHIOK

[Copy link]
Post time 18-10-2014 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Didalam Thread ini saya akan kongsikan semua resepi kami yang berkaitan dengan Sos Steamboat Tangkap Shiok. Setiap resepi yang kami share pasti ada menggunakan sos tersebut. Rakan-rakan bebas untuk kongsikan resepi ini dimana sahaja asalkan memberikan credit kepada Sos Steamboat Tangkap Shiok.

Kami akan update resepi dari masa ke semasa.
Sebarang Komen/cadangan/pertanyaan boleh reply di thread ini

Resepi Tangkap Shiok 1 - Paprik Ayam


Bahan-bahan yang diperlukan

1. Bawang Besar 1 ulas dihiris
2. Lada merah 2 batang dihiris
3. Ayam dipotong kecil 200g
4. Kicap manis 1-2 sudu makan
5. Garam jika perlu
6. Sedikit minyak masak
7. Daun Limau Purut
8. Sedikit sayur kacang panjang
9. Sos Steamboat Tangkap Shiok 3-4 sudu makan

############
Cara-caranya
############

1. Tumis bawang besar, lada merah dan daun limau purut
2. Setelah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong. Biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan Kicap, Sos Steamboat dan sedikit air. kacau rata dan biarkan sehingga kepekatan yg dikehendaki.
4. Masukkan sayur.
5. Akhir sekali tambahkan sedikit garam jika perlu.
Resepi Tangkap Shiok 2 - Maggi Goreng Mamak



Bahan-bahan yang diperlukan

1. Bawang Besar 1/2 ulas dihiris
2. Bawah putih 1 ulas dititk
3. Maggi direbus berasingan.
4. Kicap pekat 1 sudu kecil
5. Sos tomato 1-2 sudu makan
5. Garam jika perlu
6. Sedikit minyak masak
7. Telur 1 biji
8. Sos Steamboat Tangkap Shiok 2 sudu makan

############
Cara-caranya
############

1. Tumis bawang besar dan bawang putih
2. Setelah naik bau, pecahkan telur dan gaulkan sehingga masak dan kecilkan api.
3. Masukkan maggi, Kicap pekat, sos tomato dan Sos Steamboat
4. Masuukan sedikit air, besarkan api adn gaul sehingga rata dan sehingga air telah tersejat.
5. Akhir sekali tambahkan sedikit garam jika perlu.


Resepi Tangkap Shiok 3 - Sweat n Sour


Bahan-bahan yang diperlukan

1. Isi Ayam dipotong kecil 200g
2. Bawang Besar 1 biji dibelah 4
3. Sos Steamboat Tangkap Shiok 5 sudu makan
4. Lada merah 2 batang dihiris kasar
5. Tomato 1 biji dibelah 4
6. Celery 1 btg dihiris senget
7. Sos Tomato 4 sudu makan
8. Air 1/4 cawan
9. Sedikit minyak masak
Garam jika perlu
Jika ade nenas kiub/timun potong dadu bole juga ditambah.
Bole juga gunakan ikan sebagai ganti ayam.

############
Cara-caranya
############

1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Setelah naik bau, masukkan hirisan ayam. Biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan Sos Steamboat Tangkap Shiok, Sos Tomato dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan sehingga kepekatan yg dikehendaki.
4. Masukkan lada merah, hirisan celery dan buah tomato (dan nenas kiub/ timun dadu)
5. Akhir sekali tambahkan sedikit garam jika perlu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 02:53 PM | Show all posts
kenapa semua resepi guna sos steamboat tu....sedap sgtkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 06:41 PM | Show all posts
kejoraria posted on 20-10-2014 02:53 PM
kenapa semua resepi guna sos steamboat tu....sedap sgtkah

Haha jawapannya kerana thread ni memang khas untuk resepi mengaplikasikan Sos Steamboat Tangkap Shiok ni.

Kalau nak cuba, boleh beli sos ni dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:27 PM | Show all posts
kat mana nak beli sos steamboat tu? tak pernah jumpa plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.517976 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list