CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48647|Reply: 805

[Tempatan] 'Saya Hendak Menyentuh Anjing'

[Copy link]
Post time 19-10-2014 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Pengasas Muslim ‘I Want to Touch a Dog’ atasi prejudis bagi rapatkan jurang

Syed Azmi Alhabshi takut dengan anjing, namun kurang takut dengan pandangan orang lain terhadapnya sebagai seorang Muslim yang mengasaskan sesuatu yang pertama kali di Malaysia – acara di mana warga Muslim akan menyentuh dan berinteraksi dengan anjing.

Malaysia, di mana kaum dan agama semakin menjadi isu hipersensitif, acara "I Want to Touch a Dog" esok oleh Syed Azmi mengundang pujian serta kritikan.

Namun dia menekankan objektifnya adalah untuk menolong orang ramai mengatasi rasa takut kepada anjing dan belajar rasa belas kasihan yang diajar Islam.

"I Want to Touch a Dog" akan diadakan di Central Park Bandar Utama dari 8 am ke 10 am esok, bagi warga Muslim dan bukan Muslim yang takut kepada anjing.

"Objektifnya adalah untuk mengatasi ketakutan kepada anjing, lebih memahami mereka dan mengamalkan 'sertu'. Ia bukan untuk promosikan peliharaan anjing," kata Syed Azmi, seorang ahli farmasi 30-an, kepada The Malaysian Insider.

Warga Kuala Lumpur itu berkata ingin membantu orang ramai mengatasi salah faham dan sensitiviti yang menyelubungi haiwan tersebut.

Anjing memang dianggap tidak suci dalam Islam dan seorang Muslim yang menyentuh air liur atau najis anjing perlu membersihkan diri dengan tanah dalam ritual yang dipanggil 'sertu'.

Tetapi kekurangan pendedahan kepada anjing dan sikap konservatif yang semakin meningkat dalam masyarakat, ditambah dengan ketiadaan hak asasi haiwan melihat kes-kes di mana anjing dilayan dengan teruk.

Satu kes tentang anjing yang sempat dinamakan Brianna sebelum mati, ditembak dengan busur dan anak panah oleh seorang lelaki di Balakong apabila ia berdiri di luar rumahnya.

Baru-baru ini pila, terdapat laporan keracunan besar-besaran anjing liar yang berlegar di kawasan tempat letak kereta di ibu kota, Bukit Bintang.

Juga berlaku baru-baru ini adalah insiden yang dirakam video menunjukkan seorang budak lelaki menghayun seekor anak anjing dari ekornya dan melemparkannya ke lantai.

Dan sekali-sekala, kes anjing terbiar oleh pemilik yang mati kelaparan akan dikongsi di laman sosial. Dahulu, banyak aduan datang daripada penduduk tentang cara pengendalian ganas oleh penangkap anjing dari majlis perbandaran yang memerangkap haiwan liar.

Merobohkan ketakutan dan prejudis

Syed Azmi berkata mendapat kebenaran daripada polis dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk mengadakan acara tersebut, yang akan dipantau pasukan medikal yang bersiap-sedia.

Terkejut dan berterimakasih kerana pihak berkuasa membenarkannya untuk meneruskan acara itu, dia berkata mereka seperti faham penjelasannya bahawa acara tersebut bertujuan mengatasi ketakutan kepada anjing.

"Saya tinggal di (Taman Tun Dr Ismail) kejiranan Melayu. Saya tidak ada jiran Cina, oleh itu tiada anjing peliharaan berdekatan.

"Saya pernah melihat orang lari apabila ternampak anjing, atau membaling batu kepadanya. Ia sangat menyedihkan buat saya.... bagaimana perasaan orang ramai apabila mereka lihat haiwan yang dilayan teruk, didera dan ditolak?" katanya.

Daripada ketakutannya sendiri terhadap anjing, dan keinginan untuk membantu mereka yang sepertinya untuk lebih memahami anjing serta mencegah kezaliman terhadap haiwan, Syed Azmi menulis di Facebook satu hari mengatakan dia ingin menyentuh anjing tetapi takut.

Kenyataannya menarik begitu banyak jawapan serta komen yang menyedarkannya ramai lagi yang merasa begitu.

"Memandangkan kita begitu ramai, saya fikir mengapa tidak kita adakan acara, sentuh anjing dan jalankan 'sertu' bersama?

"Saya putuskan cara yang terbaik untuk belajar adalah untuk belajar daripada mereka yang sayangi haiwan itu," katanya.

Syed Azmi berkata respons terhadap acara itu setakat ini baik, dan bermula malam Khamis apabila The Malaysian Insider menemuramahnya, dia sudah mendapatkan 86 pemilik anjing sukarelawan bagi acaranya.

Bagaimanapun, dalam mempromosikan acaranya, Syed Azmi mendapati dirinya menjadi sasaran oleh mereka yang tidak dapat menerima apa yang akan dilakukannya.

Orang-orang yang tidak dikenali memarahinya, katanya.

Seorang pengguna Facebook Noriah Yusuf menulis komen, "Apa event bodoh ni. Ini nak menyesatkan orang Islam."

Manakala seorang lagi pengguna Facebook menulis, "Macam tidak ada benda lain."

"Saya hanya tenang dan menulis respons kepada mereka dengan sopan. Saya juga terpaksa menenangkan rakan-rakan bukan Muslim saya apabila mereka marah dengan komen-komen jahat terhadap saya.

"Saya tidak kenal mereka ini dan tidak akan mengutuk mereka. Apa sahaja perkataan yang mereka gunakan terhadap saya, saya tetap ada sokongan lain seperti media.

"Selama ini saya jujur tentang objektif acara ini dan dengan bantuan rakan-rakan saya, kami semua lakukan yang terbaik. Tiada yang mengecewakan kami sekarang," katanya, menambah ada juga yang mengugutnya, menjadikannya lebih berhati-hati, tetapi belum lagi melemahkan semangatnya.

"Memetik (selebriti TV realiti dan fesyen Amerika) Kimora Lee Simmons, jika anda tiada pengkritik, anda belum sampai lagi," katanya berjenaka.

Ramai yang mengalu-alukan acara tersebut, seperti Tantty Ali yang menulis: "Ini berita baik, kesedaran dan persefahaman serta toleransi."

Siew Mee Khew menulis: "Bagusnya dapat tahu kita ada warga Muslim yang rendah diri dan sedar bahawa anjing juga makhluk Tuhan! Anjing punyai fikiran yang bersih, taat dan penuh kepercayaan."

Beberapa pengguna Facebook Muslim juga menulis post yang membantu untuk menjelaskan Al-Quran tidak pernah menghalang orang Islam daripada menyentuh anjing, dan ia bukan dosa, serta erti 'samak' dan 'sertu'.

'Sertu' merupakan ritual bagi Muslim yang menyentuh anjing atau babi, manakala 'samak' digunakan apabila menyentuh bangkai haiwan yang tidak suci.

Mempromosi kasih sayang dan kesatuan

Syed Azmi kelihatan seperti seorang optimis yang ceria. Jika acaranya dibatalkan pada saat-saat akhir, dia tidak akan melihatnya sebagai kegagalan kerana dapat menbangkitkan kesedaran tentang anjing.

"Kezaliman terhadap haiwan seperti anjing bukan isu Islam. Ia isu Malaysia." katanya.

Acara tersebut juga akan merapatkan rakyat Malaysia melalui kasih sayang terhadap haiawan, tambahnya.

Setiap peserta perlu membawa botol air ke taman untuk membersihkan diri, terutamanya Muslim yang akan menjalani 'sertu'.

"Kami akan lihat bukan Musllim berkongsi air dengan Muslim supaya mereka boleh menjalani 'sertu'... ini adalah cara di mana kami boleh mempromosikan rasa hormat sesama mereka, persefahaman serta toleransi.

"Kita sepatutnya sentiasa fokus kepada nilai moral dan mulia. Setiap agama mempunyai nilai mereka yang tersendiri. Tidak perlu menjadi obsesif atau angkuh," katanya.

Abang sulung daripada lima adik-beradik, Syed Azmi berkata ibu-bapanya dan adik-adiknya risau dengan projek terbarunya itu, memandangkan sensitiviti Muslim semakin tinggi.

"Mereka risau saya akan menghadapi masalah tetapi mereka menyokong saya," katanya.

Ini bukan kali pertama Syed Azmi menjalankan projek peribadi, walaupun kali ini ia projek yang paling dikenali dan berani.

Masih bujang lagi, dia gemar menjalankan kerja-kerja kecil sebagai sebahagian projeknya sendiri, "Tamak Pahala".

Dia pernah memberi sayur-sayuran bernilai RM1,500 kepada residen pangsapuri kos rendah. Mereka yang inginkannya hanya perlu beratur dan memberitahunya masakan apa yang mereka ingin masak hari itu dan meminta sayur-sayuran tersebutnya.

Dia juga pernah membeli 10 paket nasi lemak dan meletakkannya di tempat awam di atas dulang dengan nota yang mengatakan sesiapa yang tiada duit dan lapar boleh mengambil satu paket. Dia perhatikan ada yang membeli paket-paket nasi lemak yang baru untuk menggantikan yang sudah diambil daripada dulang tersebut.

"Tiada yang kekal di dunia ini dan apa yang kita lakukan hari ini mungkin akan jadi perkara yang terakhir kita lakukan. Lebih baik kita tinggalkan pandangan yang baik kepada orang lain dengan melakukan perkara yang kecil tetapi bermakna selagi saya di sini.

"Saya berharap orang ramai akan mengingati saya dengan amalan saya dan mendoakan saya setelah saya meninggal," kata Syed Azmi.

"I Want to Touch a Dog" buka kepada orang ramai dan tiada pendaftaran diperlukan. Bagaimanapun peserta dinasihatkan untuk mengikut kod warna untuk menunjukkan tahap penyertaan mereka.

Mereka yang ingin menyentuh anjing dan bermain dengannya perlu memakai baju kuning.

Sukarelawan pelatih 'sertu' akan memakai hijau dan sukarelawan lain akan memakai ungu, sementara pemilik anjing yang menawarkan anjing mereka bagi acara tersebut akan memakai  merah.

Semua anjing akan diperiksa sebelum disahkan sebagai anjing sukarelawan.

Acara akan dimulakan dengan taklimat pendek – tentang cabaran mengendalikan anjing oleh penyelamat anjing, seorang pemandu teksi, doktor veteranarian dan sarjana Muslim – serta demonstrasi yang akan mengambil masa 30 minit semuanya.

Selepas satu jam berinteraksi dengan anjing-anjing tersebut, peserta akan menjalankan 'sertu' dengan sukarelawan. – 18 Oktober, 2014.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2014 11:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:34 AM | Show all posts
Baguslah ada inisiatif macam ini. Harap meleis syumul sekalian tak fobia lagi dah dengan anjing dan babi. Tapi benda ni juga menunjukkan betapa dahsyatnya ketakutan tidak berasas  meleis syumul.

@Orange1
Last edited by finesse on 19-10-2014 11:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la punya panjang semua cerita nak sumbat dalam satu artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:57 AM | Show all posts
ada banyak gambo di sini https://www.facebook.com/events/263969620480414/

ai patutnye pegi tapi terlajakkk tido
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Part lari dgn Baling x boleh salahkn.. Anak aku balik mengaji tetiba kena kejar dgn anjing... Selayaknyalah lari..takkan nk tadah diri kena gigit..

btw apsal sekejap sgt event dia ni 8-10am je... Buatla Whole day
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2014 12:06 PM | Show all posts
apa positive nya program ni? tetap jgk aku nmpk anjing2 liar bersepah2 kt luar sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 12:15 PM | Show all posts
baik buat..

"I want to Touch & keep anjing kurap & liar.."

ni takat nk sentuh anjing, mcmla org malaysia jaki sgt tk pgang anjing. umpama nk sentuh tulang dinosaur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 12:17 PM | Show all posts
harap2 pakat ramai2 dah tak takut lg dah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 12:19 PM | Show all posts
tujuan program ni nak mengatasi stigma orang melayu muslim terhadap anjing..sikit2 takut ngan anjing.. sikit2 anjing haram jadah berdosa takleh pegang
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan anjing garang kejar & nk gigit boley tersenyum2 simpul lagi. Alangkan itik angsa yg leher panjang tu pun kalau kejar & nk menyudu boley lari tunggang langgang. Pstu balas dendam kasik selipar @ batu. Dahtu itu saja sesatu jln nk balik umah, tkkn nk tido tepi jln
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 12:21 PM | Show all posts
pegang ler... x salah pn.. x dosa pn...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 12:36 PM | Show all posts
entah la... walo pun xsalah.. tp siap jadi event.. tu bukan satu kesedaran.. tp dah terasa seperti ke-bongkak-an sikit lagi nak mencapai tahap manusia yang suka matlamat menghalalkan cara.. pada aku la.. sedangkan khinzir tu pun dah darurat sampai xda apa dah tinggal baru boleh dmakan tu pun jangan sampai kenyang.. tuk survive ja..

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/20114.html

keadaan aman damai cam nie wajar ka ada acara cam gini?? lain la acara kesedaran kesihatan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 19-10-2014 12:36 PM
entah la... walo pun xsalah.. tp siap jadi event.. tu bukan satu kesedaran.. tp dah terasa seperti k ...

Agreed dgn u.Byk lagi isu2 lain yg boleh buat awareness campaign. Ni yg disibukkan psl anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia nak buat aktiviti I Want To Touch Puan Botakchinpeng?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 02:01 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 19-10-2014 01:37 PM
Bila dia nak buat aktiviti I Want To Touch Puan Botakchinpeng?

lu organize kan la,ah liang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 02:01 PM | Show all posts
Post ini terpaksa membuatkan aku sedikit racist, so, mintak maaf lah dulu. Benda tu perlu. Semalam aku dapat gambar ada orang send pasal sekumpulan budak-budak sekolah memegang anjing beramai-ramai. Terkejut? Aku takde la terkejut...cuma aku marah dengan orang Melayu sekarang ni.

Kalau kau perasan, sekarang ni ramai betul orang Melayu yang tergila-gilakan nak pegang anjing, peluk anjing, ada pet anjing dan suka bau anjing. Selalunya bila diorang post kat Facebook, yang akan menyokongnya, adalah orang Cina. Kenapa orang Melayu sekarang ni tergila-gila sangat nak ada anjing atau lebih tepat lagi, nak jadi golongan "Melayu Mesra Anjing."

Fatwa dah jelas, kenapa Islam tak benarkan kau buat anjing sebagai pet. Tolong faham di sini, aku maksudkan "PET." Macam kau bela kucing. Dalam Islam dah jelas terang yang jika orang Melayu Islam nak bela anjing, dia kena treat anjing tu macam pekerja dia. Anjing suruhan. Bukannya pet.

Dalam Islam sendiri dah terangkan TAK SALAH kau nak bela anjing, tapi mesti ada tujuan dia. Tujuan nak jaga kebun? Boleh. Tujuan nak jaga rumah kalau kau risaukan keselamatan? Boleh. Tapi syaratnya mudah.....kau kena treat dia macam kau treat seorang pekerja.

With respect, with honor.

Kau ada ajak staff bawahan kau masuk tidur sekali dengan kau? Mungkin kau ada buat, itu terpulang kepada kau la...tapi anjing tak dibenarkan masuk rumah orang Islam dan jika tak perlu kau pegang dia, kau sepatutnya cuba elakkan diri kau dari pegang anjing tu.

Kau nak kata kau bela anjing untuk keselamatan rumah kau?
Yang kau nak bela tu poodle, chihuahua, anjing comel, huhuhu...sungguh menakutkan sekalilah anjing tersebut. Sepak sekali melayang jauh.

Aku quotekan kat sini;

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Kau percaya Malaikat? Mestilah, kau Islam.

Tahukah kau Malaikat pembawa rahmat takkan masuk sebuah rumah yang ada anjing di dalamnya? Kau nak kata aku kolot silakan. Aku kolot, kuno dan stuck dekat zaman jahiliyah. Tidak progresif. Peduli hapa aku. Kalau percaya dengan Malaikat membuatkan aku kolot, so be it.

So, semalam, ada ex-student aku post pasal sebuah event yang akan dianjurkan oleh seorang Muslim dan dia menggalakkan Muslim2 lain supaya datang menyertai event tersebut.

Nama event itu "I Want to Touch A Dog." Muslim digalakkan datang. Organizer kata dia buat ni untuk #tamakpahala.

Aku tak tipu.


Nak menggalakkan orang Muslim supaya tak takut dengan anjing? Terima aje la hakikat yang jika kau dekat kedai makan dan kau nampak ada anjing kat kedai tu, kau patah balik tak jadi makan.

Janganlah terus sebarkan stigma yang orang Muslim tak suka anjing. NO! Kita bukannya tak sayang anjing tapi masalahnya, terlalu banyak anjing liar berkeliaran dekat Malaysia yang membuatkan orang Melayu jadi takut dengan anjing. Kau nampak kucing terkam kau atau anjing terkam kau, mana satu lagi menakutkan?

Dan itu yang orang Cina tak nak accept. Sebab pada orang Cina, anjing adalah man's best friend. Man best friend adalah MAN la. Apasal anjing pulak best friend manusia ni?

So, adakah orang Melayu takut dengan anjing?

Ya. Normal la.Tapi ajak orang pegang anjing bukan jalan penyelesaiannya.

Benda yang kau patut sebarkan adalah sebab sebenar kenapa orang Melayu tak layan anjing macam dia layan kucing. Kenapa jika ada anjing keliling kau, kau rasa tak selesa. Kenapa anjing tak boleh dibiarkan merata2 sehingga menimbulkan risiko kepada orang ramai.

Bukannya pegi ajak orang Muslim pegang anjing ramai2. Apa tujuan nak buat event nak ajak orang ramai especially Muslim pegang anjing? Nak sedarkan orang Muslim yang anjing tak merbahaya?

We know that already but you have to admit, some dogs are dangerous. Some are not.

Seorang Muslim sepatutnya treat a dog with respect. Yes. With honor. Jaga dignity anjing tu. Nak sayang dia? Sayang,  tapi mesti ada border dia. Memang dah ada guideline dia dalam Islam macam mana seorang Islam dibolehkan bela anjing. Tapi bila kau dah cuba create satu event supaya orang Muslim dapat datang pegang anjing, the purposenya dah membuatkan aku rasa gementar.

Aku takut tengok benda2 camni jadi dalam masyarakat kita.

Apa keperluannya seorang Muslim tiba2 nak biasakan diri pegang anjing untuk menunjukkan hati dia baik? Kenapa perlu jadi "Muslim Mesra Anjing" untuk buktikan yang kita masyarakat caring? Anjing ada peranan dia dalam hidup orang Muslim, as long as kau pastikan peranan anjing tu kekal dalam border dia, kau boleh bela anjing.

Tapi untuk sengaja pegang? Untuk create situasi di mana kau perlu samak kulit kau tanpa sebab2 memerlukan? Sila rujuk mereka2 yang lebih arif.

Janganlah hanya sebab ramai orang non Muslim setuju dengan apa yang kau buat, membuatkan kau rasa tujuan kau tu betul. Terangkan kepada orang non Muslim, orang Muslim sebenarnya takde la benci anjing, cuma kita ada panduan yang menyuruh kita mengelakkan diri dari anjing. Dan memang semua manusia takut kalau ada anjing kejar dia.....

Aku rasa itu lebih simple daripada buat event ajak orang Muslim dekat dengan anjing. Muslim tak benci anjing cuma Muslim try elakkan anjing.

Saja2 pegang anjing sebab anjing comel?
Sila rujuk orang yang lebih arif terlebih dahulu.

Jangan main tibai aje buat event tak tentu hala.

sumber: cursingmalay

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 02:05 PM | Show all posts
rasuah, arak tu haram tpi ramai je melayu dekat dgn bnda ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 02:09 PM | Show all posts
dah masuk spesis 'kamok musti ikut mazhab aku'.... ooiiii lembooo....lu ingat dalam islam ni cuma mazhab lu je ke ada???
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 02:11 PM | Show all posts
watevs to haters ..tujuan event ni jelas.. nak hilangkan phobia muslim melayu pada anjing.. nak kenali sifat n sayangi makhluk bernama anjing ni.. nak cakap pasal dosa pahala pegi tanya ustaz yang juga hadir dalam event ni.. tak nampak apa yang salahnya..  sejuk hati tengok gambar melayu2 muslim tu semua pegang anjing tu.. terpancar kemanusiaan dan kasih sayang dari wajah diorang.. dari yang berkopiah n berkain pelikat baru balik masjid tapi memanah anjing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.078164 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list