CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

[Tempatan] 'Saya Hendak Menyentuh Anjing'

[Copy link]
Post time 20-10-2014 11:43 AM | Show all posts
kan...dah jadi isu politik gaduh plak pasal program yg dikatakan baik ni..
Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
19 Oktober 2014

Fathul Bari membalas status Nurul Izzah pada laman mikro Twitternya hari ini. - Foto ihsan Nurul Izzah Anwar Fathul Bari membalas status Nurul Izzah pada laman mikro Twitternya hari ini. - Foto ihsan Nurul Izzah Anwar

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:45 AM | Show all posts
magnus posted on 20-10-2014 11:36 AM
Awat dorang bawak anjing yg comel comel..bawakla anjing kurap yg berkeliaran..yg kudung kaki semua ...

bawak yg berkurap plak kang...dah jadi lain...bukan takut kat anjing je..takut kurap tu berjangkit kat anak2 plak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:45 AM | Show all posts
tak habis2 dengan isu anjing
melayu malaysia ni semua benda tak boleh..kekdahnya dalam dunia ni ada satu mazhab sajok
orang lain aman2 ja dengan anjing, meleis lain duk panas bontot
tapi kalai ayda jebat dengan jul ripin gesel2 tak apa..it's okeh..ummah meleis pprt suka..rembesss gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:49 AM | Show all posts
crossfire posted on 20-10-2014 11:42 AM
itu semua test market aja abam AN, nak lariskan produk anjing di kalangan umah sunni...

susah nak cakap..dunia semakin maju agaknya abam cross...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:50 AM | Show all posts
Changa posted on 20-10-2014 11:38 AM
korek2 dengan awek tak haram kata melayu sunni, pegang hanjeng terus haram masuk neraka malaikat t ...

Rasanya lebihbaik berkempen jgn pegang awek drpd kempen pegang anjing...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:50 AM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 11:45 AM
tak habis2 dengan isu anjing
melayu malaysia ni semua benda tak boleh..kekdahnya dalam dunia ni ada ...

http://www.jais.gov.my/sites/def ... laspegangAnjing.pdf

mungkin ada di sini jwpan kepada mazhab2 berkaitan isu anjing...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 11:52 AM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 11:45 AM
tak habis2 dengan isu anjing
melayu malaysia ni semua benda tak boleh..kekdahnya dalam dunia ni ada ...

saya ok je......saya sendiri pun pernah dulu membela anjing utk tujuuan menjaga tanaman saya...masa saya belum ada senapang patah lagi....tapi tak lah saya nak kena pegang anjing tu atau bela dirumah saya....saya tempatkan dikebun..

pendidikan..tak semestinya kena pegang anjing tu...org islam dah tahu....pegang anjing...lepas tu kena samak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:54 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 11:49 AM
susah nak cakap..dunia semakin maju agaknya abam cross...

yer, dunia semakin maju
seiring dgn jiwa urban ummah sunni Malazia.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:55 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 11:43 AM
kan...dah jadi isu politik gaduh plak pasal program yg dikatakan baik ni..
Izzah: Tahniah pen ...

kalau fathul bahri yang komen memang whatever lah kekdahnya
ni kalau orang2 pojaan yang buat semuanya halal ja
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:56 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 11:52 AM
saya ok je......saya sendiri pun pernah dulu membela anjing utk tujuuan menjaga tanaman saya...mas ...

AN, dia tak baca posting abam keross ada 3 ekor anjing tu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:01 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 11:52 AM
saya ok je......saya sendiri pun pernah dulu membela anjing utk tujuuan menjaga tanaman saya...mas ...

Imho dia gunakan the term' sentuh anjing' untuk buang the whole stigma pasal anjing kotor, haram etc
bukan dia suruh adopt anjing and bela
dia gunakan sentuh tu and then teach them how to sertu
sebab kalau tengok dalam forum ni pun ramai yang anggap sertu tu sesuatu yang menyusahkan
memang tiada keperluan untuk pegang anjing in your daily life..tapi bila tiba masa ada anjing in need of help, kita perlu sentuh dia..maka dengan pendedahan mcm ni tak perlu kita fikir banyak2 kali untuk sentuh anjing tu becoz we know then anjing tu tak haram disentuh and kalau sentuh boleh sertu
it's that simple

tapi knowing mentality melayu malaysia ni yang anggap tak perlu sentuh anjing suka2 and susah yang amat nak sertu tu, i think this program ada baiknya

but if ada yang tak setuju then korangtak payah lah pergi event ni. event ni open untuk orang lain yang bersedia untuk belajar ilmu baru yang dah lama wujud dalam islam, tapi tak wujud dalam adat melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:01 PM | Show all posts
teringat time dulu2 nk pegi sekolah
ada anjing2 yg tak bertuan akan ikut aku
sampai kehujung jalan
bila aku dah selamat naik bas sekolah
anjing2 tu akan berlalu pergi
time balek dari sekolah anjing2 tu dah siapa tunggu
diorg akan ikut dr belakang hingga aku sampai kepintu pagar rumah
bila aku masuk kedlm rumah diorg akan tunggu kat luar pagar
tapi kalu org luar lalu jer sure lari lintang pukang dek dikerjar oleh anjing2 tu
itulah routine diorg sehingga pekerja majlis perbandaran dtg tembak diorg
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang berkumpul pun kebanyakannya pasti manusia2 hipokrit, the so-called animal lovers, 'pencinta haiwan' kononnya.. Tapi hanya pilih untuk pegang haiwan2 yang comel saja.

Kalau anjing tu kotor berkurap, berapa ramai sangat yang nak pegang?

Aku tak takut anjing walaupun pernah kena jatuh longkang kerana dikejar anjing.

Aku sayang binatang.
Mak aku ajar konsep menyayangi haiwan.

Tapi aku tak perlu bagitahu satu dunia betapa aku cintakan haiwan sampai perlu tunjuk yang aku pegang haiwan (tapi pilih yang comel saja).
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:10 PM | Show all posts
caul posted on 20-10-2014 11:42 AM
Sama la aku pun bengang yang amat kalo balik kerja tiba2 ada big suprise menunggu di depan pintu p ...

kannn.... menyakitkan hati tul..
bila org marah ckp org benci anjing...

padahal taik tu yg buat org sakit hati..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:12 PM | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 10:33 AM
kalau pegang gepren boipren meleis akan.. alololo.. sweetnye.. romantiknye... bahagia till jannah  ...

Macam zairil dgn dyana la ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:13 PM | Show all posts
~boolean posted on 20-10-2014 12:02 PM
Yang berkumpul pun kebanyakannya pasti manusia2 hipokrit, the so-called animal lovers, 'pencinta hai ...

aku pun sayang binatang..and ada ja aku upload pic aku dekat social media dengan two of my frogs.

show off kah aku?

maybe diorang tak tunjuk gambar dengan binatang lain mcm buaya, anaconda bcoz diorang belum ada peluang untuk mendekati haiwan2 tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 12:15 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 20-10-2014 12:12 PM
Macam zairil dgn dyana la ye tak?

selayaknye la gambar mereka tersebar...
especially si zairil banyak bini tu...
tak kesian ke dia kat bini dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:15 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 20-10-2014 12:12 PM
Macam zairil dgn dyana la ye tak?



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:17 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 11:52 AM
saya ok je......saya sendiri pun pernah dulu membela anjing utk tujuuan menjaga tanaman saya...mas ...

AN, boleh ko share tips bagaimana kalau terjumpa, terserempak dengan anjing jalanan & liar tak bertuan?
cth la, kita tengah otw pergi ke kereta di kawasan parking, ternampak ada 2-3 ekor anjing tgh lepak2 depan kereta kita.
apa tips? sbb aku takde ilmu psl ni. ehee

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:18 PM | Show all posts
ikutkan peraturan..
apa binatang pon tak boleh dibiarkan berkeliaran...
kalau kat bangi ni... bukan setakat anjing kucing jer bersepah..
dgn kambing, lembu, kerbau.. semua berkeliaran.. taik merata2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.777335 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list