CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2649|Reply: 26

[Tempatan] Pelik Tapi Benar: Pekerja ditumbuk gara-gara GST

[Copy link]
Post time 20-10-2014 03:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

        Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

        Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

        Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

        Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/na ... a-gara-gst-1.325997 Last edited by GhostWalking on 20-10-2014 07:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 03:31 PM | Show all posts
“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

macam pelik je.. ke kedai ni yang salah faham pasal GST?? GST yang mana satu ni?

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.

yang ni pun tak boleh jawab, ke rahsia hihihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:37 PM | Show all posts

sukurrrrrrr kau GST......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:41 PM | Show all posts
itu bukan GST... itu service tax 6%... peniaga tak paham... pelanggan pun tak paham...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:41 PM | Show all posts
siot pasal apa kene denda tu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:56 PM | Show all posts
Cas GST sebelum GST bermula...
Tu la suka2 print GST kat resit.
Letak la Service Tax 6%.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 04:04 PM | Show all posts
belum masuk GST lg tahun depan, mau ada kedai tbakar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Abislah bisnes F&B tahun depan. Pasti ramai pekerja restoran yang akan kena tumbuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 04:17 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 20-10-2014 04:05 PM
Abislah bisnes F&B tahun depan. Pasti ramai pekerja restoran yang akan kena tumbuk.

nasib baik kfc, pizza bla bla tulis gov tax.. kalau tak mau kena tumbuk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:18 PM | Show all posts
yaminz posted on 20-10-2014 04:04 PM
belum masuk GST lg tahun depan, mau ada kedai tbakar...

selain kedai kena bakar? jom kita tambah lagi..


stesen minyak hangus terbakarrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:20 PM | Show all posts
aduhhhhh x pasal2 kena tumbuk....yg pekerja x tahu nak explain.. yang pelanggan pun ikut suka hati dia je
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:21 PM | Show all posts
cipOt_cedOt posted on 20-10-2014 03:41 PM
itu bukan GST... itu service tax 6%... peniaga tak paham... pelanggan pun tak paham...

reporter pun tak tulis
tu kedai ape? kedai biasa ke kedai makanan segera?

kalau kedai biasa... mau bawak bekal lah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:23 PM | Show all posts
Pelacur kena GST juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:26 PM | Show all posts
DeMax posted on 20-10-2014 04:23 PM
Pelacur kena GST juga ke?

kalo ada lesen, kena la GST juga...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:38 PM | Show all posts
ada satu kedai kat nasi campur kat kg.baru ni mmg dah kenakan GST. sapa nk merasa byr gst..bleh laa makan kat kedai yg nama kedai ada no tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:59 PM | Show all posts
tak kisah posted on 20-10-2014 04:38 PM
ada satu kedai kat nasi campur kat kg.baru ni mmg dah kenakan GST. sapa nk merasa byr gst..bleh laa  ...

boleh practice nie, mmandang kan tahun depan da kena GST...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
joeyss posted on 20-10-2014 04:17 PM
nasib baik kfc, pizza bla bla tulis gov tax.. kalau tak mau kena tumbuk jugak


Mesti kau yg memula tumbuk dorang dulu.
..


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:11 PM | Show all posts
tak kisah posted on 20-10-2014 04:38 PM
ada satu kedai kat nasi campur kat kg.baru ni mmg dah kenakan GST. sapa nk merasa byr gst..bleh laa  ...

kedai yg ko ckp ni, ntah2 mmg kedai yg dlm tajuk thread ni. sbb kg baru gk

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:11 PM | Show all posts
OmJualGas posted on 20-10-2014 03:37 PM
sukurrrrrrr kau GST......

Omjualgas ada GST? atau CGT? atau tak ada cukai langsung....upah angkat free bah kan??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:13 PM | Show all posts
DeMax posted on 20-10-2014 04:23 PM
Pelacur kena GST juga ke?

kalau berdaftar dgn GST dan pendapatan lebih >RM500k why not......kamu nak daftar...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.408106 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list