CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1791|Reply: 11

[Tempatan] Bapa kecewa anak dirawat sambil lewa

[Copy link]
Post time 20-10-2014 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Rashid menunjukkan serpihan kaca yangterdapat di belakang badan anaknya.  
        BUKIT MERTAJAM - Berang dengan tindakan kakitangan sebuah hospital yang melakukan tugas sambil lewa, seorang bapa membuat laporan di Balai Polis Bandar Perda, kelmarin.

        Mohd Rashid Mohd Yusof, 45, berkata, baru-baru ini dia mendapat panggilan bahawa anak keduanya terlibat kemalangan dan dirawat di hospital berkenaan.

        "Saya tiba kira-kira jam 4.30 pagi di hospital terbabit dan apabila berjumpa anak, dia mengadu bahawa belakang badannya sakit.

        "Selepas saya mengalihkan badan anak, saya dapati terdapat serpihan kaca yang masih berada di belakang badan  anak yang tidak dibersihkan sepenuhnya,” katanya.

        Menceritakan kembali kejadian, Mohd Rashid berkata, anaknya, Muhammad Faiz, 13, dimasukkan ke hospital berkenaan akibat kemalangan di Guar Perahu pada 16 Oktober lalu.

        Katanya, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan pihak yang berkenaan harus bertanggungjawab dalam hal ini.

“Apa yang saya mahu adalah keadilan, anak saya sakit, sepatutnya dilayan dan dirawat dengan baik dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya berharap bahawa perkara sebegini tidak berulang lagi dan terkena kepada pesakit lain yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bapa-kecewa-anak-dirawat-sambil-lewa-1.325899[url=]


[/url]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 03:30 PM | Show all posts
saman pakcik..saman
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:34 PM | Show all posts
anak umur 13 tahun..pukul 4.30 pagi bapa sampai di hospital..

apakah???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:07 PM | Show all posts
anak pakcik ni baik orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo pakcik ni Cina, pasti ada yang akan berikan komen berbunyi seperti ini  "Ala,Cina banyak songeh, banyak complain. Kiasu sangat,sikit-sikit nak report polis. Haram jadah betul."
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:26 PM | Show all posts
hantar je report kat kementerian by email.. tp skg dah public semua baca kira ok lah lagi cepat kkm buat siasatan. kteorg punnk tahu jgk anak pakcik accident psai pa?

ok kite tgk je ape susulan kkm jawab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 04:35 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 20-10-2014 03:34 PM
anak umur 13 tahun..pukul 4.30 pagi bapa sampai di hospital..

apakah???

Sebelum nak menyerkap jarang, itu hospital kerajaan di mana casualty mereka sentiasa penuh bukan spt casualty gleneagles prince court kpj sjmc segala..

menjadi lumrah pesakit  terlibat dlm kemalangan jln raya di bawa masuk ke zon kuning terlebih dahulu, bagi tetanus toxoid, bagi tahan sakit dulu sebelum tolak x rays refer orthopedik refer surgery pelbagai.. Jika accident 10 mlm pukul 4 pg baru staff boleh hubungi kluarga mangsa itu tidak menjadi persoalan utama.. Nak kelebek cari ic nak geledah tanya waris tu perkara no 2 dah unless perlu kepada pembedahan segera. Boleh terjadi delay.

bapaknya jua mungkin tercari cari anak ke mana tunggu2 anak tak balik. Bersangka baik shj lah. Jika terbukti baru kita hencap jemaah.

tapi hospital itu layak kena hencap lah sbb tak cek properly kaca kat badan mangsa Last edited by addamnor on 20-10-2014 04:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:47 PM | Show all posts
eksiden cmne tu... umur 13...

tapi ape pun, pekerja hospital kna elok2 la.. jgn sambil lewa.. kesian org tu sakit..
seb baik budak tu leh bgtau bapa dia, klu yg pengsan or jd blurr ke, kesian sgt..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 05:20 PM | Show all posts
addamnor posted on 20-10-2014 04:35 PM
Sebelum nak menyerkap jarang, itu hospital kerajaan di mana casualty mereka sentiasa penuh bukan s ...

wei serkap jarang apa....

aku ingat budak ni merempit pukul 4.30 pagi.xtido mlm...bapa mak tido,anak curi naik motor...mana aku tahu procedur hospital''

ni pun salah satu contoh pekerja yang cuai..main serkap jarang,orang maksud lain dia faham lain,patut berlaku kecuaian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:37 PM | Show all posts
sape suruh jadi mat rempit,
ape kate buang jek anak pakcik tu tepi lombong,
sampah masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:44 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 20-10-2014 05:20 PM
wei serkap jarang apa....

aku ingat budak ni merempit pukul 4.30 pagi.xtido mlm...bapa mak tido ...

Bukankah ayat kamu.. "Aku igt budak ini merempit pukul 4.39 pgi xtido..." satu bentuk serkap jarang dik??

saya bukan maksudkan kamu menyerkap jrang pd pihak hospital, saya mksudkan kamu menyerkap jarang pd budak itu dan bapanya, sbb itu saya reply komen kamu Last edited by addamnor on 21-10-2014 12:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:29 AM | Show all posts
pokcik..jangan lah macang nak menghina spital.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061248 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list