CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1456|Reply: 1

SELANGOR KEMBALI BERGELORA, AZMIN DIGUGUR PKR

[Copy link]
Post time 20-10-2014 04:08 PM | Show all posts |Read mode
SELANGOR KEMBALI BERGELORA, AZMIN DIGUGUR PKR10/19/2014 |



Khabar yang mengatakan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor yang disandang Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan ditarik balik, masih menjadi tanda tanya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari ketika diminta mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun memaklumkan tidak mengetahui sebarang perkhabaran mengenainya.
“Tunggulah sehingga lantikan.. kemudian baru saya jawab.
“Kita bercakap atas perkara yang tidak pasti… tak bolehlah,” katanya kepada Antarapos.
Sumber Antarapos memaklumkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang disandang Azmin, bakal digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar ketika diminta mengulas hal yang sama hanya berkata ‘itu keputusan parti’.
“Tidak.. tidak.. ini keputusan parti. Presiden akan buat keputusan menamakan Pengerusi MPN Negeri. Bila siap, kita akan buat pengumuman,” ulasnya ringkas.
Perkembangan terbaru itu memberi gambaran bahawa Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu seolah-olah tidak diredhai parti dan pimpinan tertingginya untuk menjadi menteri besar.
Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga mengumumkan parti membuat beberapa rombakan jawatan dalam kepimpinannya.
Rombakan itu menyaksikan Rafizi diberi kepercayaan memegang dua jawatan penting dalam PKR iaitu naib presiden dan setiausaha agung parti.
Pelantikan Rafizi itu dikatakan sebagai strategi Anwar untuk ‘mengawal’ Azmin, namun ia dinafikan oleh menteri besar itu – Antarapos


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2014 04:11 PM | Show all posts
SELANGOR KEMBALI BERGELORA, SURAT DISEMBUNYI UNTUK AZMIN LETAK JAWATAN10/19/2014 |



Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah menandatangani surat peletakan jawatannya yang tidak bertarikh sebagai ‘jaminan’ beliau akan menurut kehendak kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata, surat yang didakwa penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dihantar oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi e-mel adalah tidak wujud.
“Surat itu tidak benar. Tidak wujud,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan bersama Jawatankuasa Masjid Kampung Raja Uda, di sini hari ini.
Pada 15 Oktober lalu, Raja Petra menerusi entri dalam blog Malaysia Today mendedahkan e-mel Rafizi kepada Anwar mengenai cadangan-cadangan yang perlu diambil oleh PKR untuk menangani isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Salinan e-mel tersebut seperti mana disiarkan dalam blog berkenaan dikatakan turut dihantar kepada Ketua Ang-katan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam e-mel tersebut, Rafizi antara lain didakwa mencadangkan kepemimpinan PKR mengeluarkan satu surat letak jawatan tidak bertarikh supaya Mohamed Azmin selamanya diikat de-ngan parti dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Rafizi menerusi e-mel berkenaan didakwa turut mencadangkan kepada Anwar supaya PKR menuntut Mohamed Azmin bersetuju dengan syarat-syarat tertentu dan menandatanganinya sebelum sokongan majoriti parti diberikan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
E-mel itu juga menyebut bahawa jika Mohamed Azmin melanggar mana-mana persetujuan yang ditetapkan, parti mempunyai hak untuk menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan yang telah ditandatangani Mohamed Azmin.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin enggan mengulas dakwaan kononnya pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu adalah untuk mengawalnya dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar – Utusan
RPK Dedah Langkah Rafizi, Setiausaha Agung Baharu PKR



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.197644 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list