CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 0

SELEPAS TAMRIN, SEORANG LAGI BEKAS PEMIMPIN UMNO TURUT KELUAR PAS

[Copy link]
Post time 20-10-2014 04:14 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS TAMRIN, SEORANG LAGI BEKAS PEMIMPIN UMNO TURUT KELUAR PAS10/15/2014 |



Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu, lapor The Malaysian Insider.Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.
“Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini,” kata Tamrin.
Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk “Menarik diri sebagai ahli PAS” daripada Tamrin itu.
Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).
Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.
Seorang lagi bekas pemimpin kerajaan dijangka akan turut serta mengikuti jejak Tamrin. Kekecewaan mereka banyak disebabkan oleh krisis Menteri Besar Selangor di mana PAS berpecah belah di antara golongan Pro Ulamak dan Pro Anwar.



[url=][/url][url=]p/s KITA TENGOK DIA JADI GILA TAK?[/url]



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list