CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192216|Reply: 2496

Baim Wong Akui Bercinta Dengan Elfira Loy

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2014 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Baim Wong Akui Bercinta Dengan Elfira Loy, Lapor Media Indonesia



Sekitar Jun 2013 yang lalu, menerusi program TV MeleTOP pasangan ini tampil seakan sepasang kekasih mesra di kaca televisyen selain aksi Baim Wong sendiri yang secara spontan dan berseloroh mengatakan sedang bercinta dengan Elfira Loy.

Ketika itu Baim Wong hadir ke Malaysia untuk mempromosikan telemovie lakonan beliau bersama Elfira Loy berjudul Untuk Terakhir Kali dan nampaknya lebih setahun berlalu, ada khabar yang mengatakan pasangan ini memang sedang hangat bercinta.

Media Indonesia hari ini melaporkan yang Baim Wong & Elfira Loy hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama.

Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis perkahwinan itu.

'Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang' ujar Baim Wong seperti dilaporkan media Indonesia.


Hari ini juga, Elfira Loy mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Elfira Loy yang berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo. Pandai Elfira Loy mahupun Baim Wong sorokkan hubungan mereka selama ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 04:44 PM | Show all posts
comellll kalau btolllll
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:46 PM | Show all posts
aku rase elfira ni mcm kanak2 rebina lg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:47 PM | Show all posts
baim wong?
ok la..kalau dua dua single..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:52 PM | Show all posts
kiutt sgt... suka
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:52 PM | Show all posts
suka baim wong, manis.
kalau betul pun apa salahnya, theyols nampak comel together
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 04:56 PM | Show all posts
elfira loy muka memang cantik

wa follow kat instagram
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:57 PM | Show all posts
fuh .. mogab ahagia la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 04:59 PM | Show all posts
ok la tu..masing2 sama padan apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:00 PM | Show all posts
ok la tu. sepadan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:01 PM | Show all posts
mesti start jatuh citer masa depa berlakon citer mimpi sampai ke bintang ke apa ntah kat astro tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:08 PM | Show all posts
I tak restui hubungan mereka
*jealous*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 05:11 PM | Show all posts
Kalau boleh nak kahwin terus - Elfira Loy

KUALA LUMPUR: Sekian lama gosip cinta mengaitkan Elfira Loy dengan pelakon Indonesia, Baim Wong mula sepi, namun baru-baru ini cerita membabitkan mereka bertebaran semula apabila pelakon genit itu memuatkan gambarnya dengan Baim di laman Instagram.
Kedua-dua mereka menghadiri perkahwinan pelakon seberang, Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta.


Elfira ketika itu menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim.
Malah gaya Elfira saling tak tumpah seperti dia pula yang berkahwin.
Elfira yang dihubungi BH Online berkata: "Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya.
"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.
"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM.
"Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," katanya.


Diusik dengan persoalan apakah dia dan Baim sebenarnya sedang menjalinkan cinta, Elfira menjelaskan sejak dulu lagi mereka rapat atas paksi sebagai kawan.
"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.
"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka.
"Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir," katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:12 PM | Show all posts
knp aku rase c elfira ni mcm bdk2 lagi.. heheheee
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:13 PM | Show all posts
tetiba rasa cam jelous.....

wakakaka...wakaka....


baim hensem...elfira cantik.....sgt sesuai2...

tapi ttp nak rasa jeles jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:16 PM | Show all posts
cute couple...sukaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 05:19 PM | Show all posts
amboi.. tak gemar bercinta.. yee kee..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan mcm retard pun ko nak el... Kalau brlakon mesti mulut terngagah mcm retard.. Kapel dgn marshanda sesuai ..kalau berlakon sama je retardnya.. X lama lg dptla PR msia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baim wong ni cute,suka dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 05:59 PM | Show all posts
Ok jeles. Sebab baim lebih kacak dari keith foo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.340946 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list