CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3989|Reply: 49

[Tempatan] 12,000 Rakyat Bangladesh Akan Diambil Bekerja Di Sarawak

[Copy link]
Post time 20-10-2014 08:20 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 20 Okt (Bernama) -- Kira-kira 12,000 rakyat Bangladesh akan diambil bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak, kata Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia A. K. M. Atiqur Rahman.

Beliau berkata ini berikutan permintaan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot kepada kerajaan Bangladesh supaya menghantar 12,000 pekerja mahir dan separuh mahir untuk bekerja dalam pelbagai sektor di negeri ini ketika berkunjung ke negara itu baru-baru ini.

"Permintaan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat antara kerajaan Malaysia, Bangladesh dan Sarawak pada 5 Nov di Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Atiqur berkata ketika ini kira-kira 5,000 pekerja Bangladesh bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak, terutama dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Sementara itu, Atiqur menggesa rakyat Bangladesh yang bekerja di Sarawak supaya memohon pasport yang boleh dibaca mesin (MRP).

Katanya mereka perlu memohon MRP kerana menurut garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), perjalanan antarabangsa tidak akan dibenarkan menggunakan pasport tulisan tangan selepas 31 Mac tahun depan.

Beliau menyatakan perkara itu pada majlis pelancaran pendaftaran pasport melalui penyumberan luar di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah syarikat ejen pekerjaan menasihati kerajaan negeri supaya menyemak dengan teliti latar belakang pekerja Bangladesh.

Pengerusi eksekutif Triple Star Alliance Sdn Bhd Datuk Zainalabidin Zakaria berkata beliau menceburi perniagaan ini sejak hampir 20 tahun lepas dan mendakwa terdapat kes pekerja mempunyai rekod jenayah di negara asal dan menghidap penyakit berjangkit yang serius.

-- BERNAMA

p/s- angkut la byk2..lepas setahun yg 12000 ribu tu tinggal 1000 pastu angkut lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 09:10 PM | Show all posts
ni persiapan untuk referendum Sabah/Sarawak Keluar Malaysia lah ni....

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:14 PM | Show all posts
elok laa ..

besok banyak pulak anak bangla dekat sarawakk .






Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:21 PM | Show all posts
apa la nak jadi negaraku malaysia tuh.. dah berjuta2 pekeje asing dok nak angkut lagi

singapore baru tahap ratus ribu rakyat cina depa angkut dah jadi kecoh ler nih..

mesia angkut berjuta2 siap buat pilem drama lagik

apa la nasib anak cucu korang..silap2 korang dapat menantu BANGLA..tak mostahil pun

dapat menantu negro ada cite tu pun dah jadi

tu la takmo ajo adun mp hangpa tu seme..

takut kene tuduh rasis kut ye

ni bukan bab kesian..kalo nak kesian , kesiankan anak tempatan laa dulu

di sawak tu dah full employment kaa..anak2 muda sawak seme dah ada keje kaa?

janglan plak dakwa oang tempatan tak gemo keje susah2

memang tak sama nak bandingkan oang tadak makanan dengan oang dah cukup makanan..memang beza!!!

oang tadak makanan tu suh tejun lombong pun depa sanggup asal nanti kasik makan..beza dengan yang dah ada makanan..depa tanya balik apaaaaaaa hal nak tejun bro?

macam mana lah nak naik taraf hidup kalo yang sedia ada tak di naikkan taraf..yang sedia ada tak di tambah nilai..pi mai macam tu jek..bila ada peluang keje dan nak jimat duit so bleh kebas duit lebih projek nanti amik oang luo

lepeh tu bumbung roboh jalan roboh jambatan roboh cakap jek dah takdir tuhannn ahahahahaha bodohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:41 PM | Show all posts
sikit sangat 12 ribu... tolonglah bagi 120 ribu org. kerja kosong kat swk nih berlambak2... sampai melebihi penduduk gittew.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:44 PM | Show all posts
sarawak dilanda bangla...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 10:10 PM | Show all posts
ala nork bg je ic...takdala bangla dah...malaysian gittu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape nk buat keje buruh kalau bkn dorg?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:04 PM | Show all posts
Rakyat semenanjung punya susah nak masuk sarawak, ni senang2 je bangla boleh masuk? Bau ikan betul..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:34 PM | Show all posts
apsal x ambik pekerja yg kat malaya jer bawak pi sana....
aritu bkn ada kilang yg kena katup ka yg pekerja x dpt gaji..visa ke mana tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:37 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 09:21 PM
apa la nak jadi negaraku malaysia tuh.. dah berjuta2 pekeje asing dok nak angkut lagi

singapore b ...

sekarang kan rasa best jer baca posting aji....
dlu slalu skip kot sbb panjang sgt walo den tau ada point...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sugarbun pun dah ada kat bangladesh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:39 AM | Show all posts
freebird posted on 20-10-2014 09:10 PM
ni persiapan untuk referendum Sabah/Sarawak Keluar Malaysia lah ni....

ish kamu...diam diam aje le....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:41 AM | Show all posts
orglama posted on 20-10-2014 11:04 PM
Rakyat semenanjung punya susah nak masuk sarawak, ni senang2 je bangla boleh masuk? Bau ikan betul..

oreng malaya bulih masuk..kalu nak korjo...keno ado work permit...beratur dengan bangla dan indon...kat pejabat imegrison....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 09:21 PM
apa la nak jadi negaraku malaysia tuh.. dah berjuta2 pekeje asing dok nak angkut lagi

singapore b ...

Yang ada diploma dan degree ada mahu kerja ladang kah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:40 AM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 09:21 PM
apa la nak jadi negaraku malaysia tuh.. dah berjuta2 pekeje asing dok nak angkut lagi

singapore b ...

spore kecoh kerana ambek PRC...dna ginzir. malaysia ambil bangla...dna islam. lain bang....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 12:39 PM | Show all posts
DEMONSTRASI BANTAH KEMASUKAN PEKERJA BANGLADESH BERJALAN AMAN

Kuching, 2 Mac - Demonstrasi dianjurkan serentak di empat bahagian di negeri ini Sabtu lepas bagi memprotes kemasukan pekerja warga Bangladesh ke Sarawak berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Dr Chai Khin Chung.

Beliau berkata demonstrasi berkenaan mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemantauan dibuat pihak polis mendapati pihak penganjur mematuhi semua syarat ditetapkan.

Chai memberitahu demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Demonstrasi "Say No To Bangla" anjuran Gerakan Anak Sarawak (Gasak) yang berlangsung pada 28 Feb lepas diadakan secara serentak di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini mengumumkan rancangan membawa masuk 12,000 pekerja Bangladesh untuk bekerja di sektor perladangan di negeri ini.

Gasak berpendapat tindakan membawa masuk pekerja warga Bangladesh akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dalam sektor perladangan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dilaporkan sebagai berkata sebelum ini bahawa kumpulan pertama seramai 5,000 pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Sarawak pada April tahun ini.

Riot berkata, tujuan utama pengambilan pekerja asing itu adalah untuk menangani masalah kekurangan 30,000 pekerja di ladang-ladang kelapa sawit di negeri ini.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:45 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:46 PM | Show all posts
kena tambah lagi jumlah tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077167 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list