CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26495|Reply: 742

Di paksa mengikut mazhab melayu yg sesat

[Copy link]
Post time 21-10-2014 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Dah le sesat.. paksa org ikut dia pulak..
cth.. pegang anjing tak haram... di paksa jadi haram..
Keganasan terhadap kanak2 tu haram... halal dan suci pulak di malaya...
dan bnyk lg cth lain..
patut la mcm2 bala kat bumi malaya lately
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:40 AM | Show all posts
DrMAZA.com
31 mins · Edited ·

KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG' DAN ULAMA BAGAIKAN ANJING

Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut.

Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!! Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.

Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing. Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING. Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am.
Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain. Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10152859122087990
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:43 AM | Show all posts
sukurrrrr kau mazhab mulayu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:47 AM | Show all posts
mazhab melayu moden
arak, ok, rasuah ok, yg haram babi je
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku pasan...org Melayu ni pantang

Anjing
babi
arak
pondan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 07:53 AM | Show all posts
obelisk posted on 21-10-2014 07:40 AM
DrMAZA.com
31 mins · Edited ·

Aku nak tepek artikel ni la td tapi pakai handphone susah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 07:54 AM | Show all posts
tak puas dgn benang lagi satu, meroyan benang baru pulak....

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts

hm

Tira
My personal opinion, kalau kita x pegi hadir kempen menyentuh anjing dan x dengar ceramah, seminar tu...kita cepat melenting tak suka sbb kita tak paham
Tapi kalau kita hadirinya dan dgr ceramah tu, mungkin pendapat kita berbeza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:56 AM | Show all posts
atira posted on 21-10-2014 07:53 AM
Aku nak tepek artikel ni la td tapi pakai handphone susah

syukurlah aku dah tolong tepekkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 07:57 AM | Show all posts
True-X posted on 21-10-2014 07:52 AM
Yg aku pasan...org Melayu ni pantang

Anjing

Haah.. sampai ke dna depa cari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 08:00 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 21-10-2014 07:55 AM
Tira
My personal opinion, kalau kita x pegi hadir kempen menyentuh anjing dan x dengar ceramah, sem ...

Boleh jadi.. tapi gi la melenting sorang2.. ni abis paksa org lain ikut dia melenting
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Salahfahaman turun temurun
Bila cuba dibetulkan, katenye rujuklah pada yg ahli
Jadi aku berlepas diri
Malas nk gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni bahlol...otak ada tapu kecik..

supo anjing kurap..

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:15 AM | Show all posts
bila belajar tak habis.....cam nie laa jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:18 AM | Show all posts
org melayu kalau bab rasuah, pil kuda, dera anak, dera bini, zina, mengumpat, fitnah, curi tulang dorang boleh toleransi lagi..tapi jangan sesekali bab anjing dengan babi..padahal org yang pegang anjing tu bukan kacau hidup dorang pn..heran aku..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:39 AM | Show all posts
tu la.....bukan hanya isu anjing aja.....ucap merry Christmas tak boleh, ucap RIP tak boleh, bagi salam dgn org bukan islam tak boleh.......itu lah mazhab melayu malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
depa pantang ohhh babi ngan anjing

Tapi kalau slot akasia gesel2 depa kata it's okeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 08:45 AM | Show all posts
Betul2... ummah islam negara lain sudah tentu pelik dgn mazhab melayu...
bydeway mazhab melayu juga pernah berfatwa islam arab saudi yg mereka label wahabi tu bukan islam sebenerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni bakal jadi thread anjing2 mengongong sebab tak puas hati ramai yg tak sokong kempen belai2 najis..

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:53 AM | Show all posts
x habih lagi .........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.092177 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list