CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Di paksa mengikut mazhab melayu yg sesat

[Copy link]
Post time 21-10-2014 10:47 AM | Show all posts
magnus posted on 21-10-2014 10:45 AM
Jumudla sgt tak peluk peluk anjing kan..puiiiii

jum pegang anjing....jummm









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 10:49 AM | Show all posts
Santeira posted on 21-10-2014 10:46 AM
mengaku rupanya si soton bahawa dirinya bodoh dan sombong.

lu ada tepi longkang tu kan..??

amacam pelajaran sertu secara praktikal...pass ka fail..??



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:49 AM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 10:11 AM
abam keross dah baca stetment maza tu..dan bandingkan dgn stetment Mufti Kelantan , mudah saja. st ...

kalo ambil sekerap2 mmg la camtu... baik ambil full statement...

Nei full statement dr Dr.Maza... http://drmaza.com/home/?p=2449

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;


Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.


Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya)

“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.  Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.


Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.


Bolehkah Muslim Memegang Anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).


Memelihara Anjing Dalam Rumah
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).


Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.




Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasudu posted on 21-10-2014 10:47 AM
jum pegang anjing....jummm

Tak perlu pegang takde keperluan yu..kacau je haiwan tu punya life...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
obelisk posted on 21-10-2014 07:40 AM
DrMAZA.com
31 mins · Edited ·


Isu makin panas...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:11 AM | Show all posts
True-X posted on 21-10-2014 07:52 AM
Yg aku pasan...org Melayu ni pantang

Anjing

Itu orang Melayu yg mahu berpegang kpd ajaran Islam, tetapi melayu yg lagha, no hallah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 11:11 AM | Show all posts
mzzenma posted on 21-10-2014 08:44 AM
depa pantang ohhh babi ngan anjing

Tapi kalau slot akasia gesel2 depa kata it's okeh

kata mereka 'itu tak perlu fatwa pasal dah mmg haremmmmm'

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:25 AM | Show all posts
yaminz posted on 21-10-2014 10:49 AM
kalo ambil sekerap2 mmg la camtu... baik ambil full statement...

Nei full statement dr Dr.Maza ...

kenapa amik dari maza sahaja, yg lain tidak apakah sebab maza kata boleh. majoriti mengatakan HARAM kenapa tak ikut...


KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'


I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh.  Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.  Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita.  Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat.  Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:


i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
v. sebagai anjing untuk memburu
iv. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang.  Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Syaratnya:


1) HARAM bela anjing di dalam rumah

2) WAJIB beri makan minumnya

3) HARAM mendera atau mencederakannya

4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja



**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.



3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah.  Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.


Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)

Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)

Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)


Dlm benang yg lagi satu abam keross dah tekankan ILMU kena ada untuk berhujah, bukan setakat copy paste, terutama berkaitan hukum2 yg asas.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:26 AM | Show all posts
atira posted on 21-10-2014 08:45 AM
Betul2... ummah islam negara lain sudah tentu pelik dgn mazhab melayu...
bydeway mazhab melayu juga ...

bukan isle sebenar tp pi mekah yg sesat tu jugak yg jadi imam depa...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:28 AM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 11:25 AM
kenapa amik dari maza sahaja, yg lain tidak apakah sebab maza kata boleh. majoriti mengatakan HARA ...

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf.

khilaf tapi pastu yg tak ikut mazhab mulayu terus kena cop sesat???
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:31 AM | Show all posts
fuyooo..bukan hanya pegang anjing...program kasi makan anjing pun ada gak...

dashat woooo...






Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:34 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 21-10-2014 11:28 AM
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf.

khilaf tapi pastu yg tak ikut mazhab mulayu te ...

terpulang kepada pemahaman masing2, sila rujuk benang yg lagi satu. kalau nak pegang peganglah..sikap manusia memang suka mencari alasan nak membolehkan sesuatu..

sumber dari forum dan luar forum byk, kalau nak jugak keluarkanlah beribu hadis pun tak kan berguna.

akhirnya terpulang kepada individu, nak belajar kena ada guru, sumber, bertanya kepada yg ariff,  bukan dgr atau baca saja tidak cukup.





Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:39 AM | Show all posts
True-X posted on 21-10-2014 07:52 AM
Yg aku pasan...org Melayu ni pantang

Anjing
Yg aku pasan...org Melayu ni pantang

Anjing
babi
arak
pondan
pondan tu dah jadi satu kebiasaan dlm melayu ape?
cth : animasi filem melayu islam pertama didunia buat watak pondan tuk martabatkn bangsa melayu adalah pondan



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:39 AM | Show all posts
xpe nnt yang suke pegang anjing ni,
mati kt tanam sekali dengan anjing2 tu
nak ckp bodoh kang marah
tp itulah kenyataan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:40 AM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 11:34 AM
terpulang kepada pemahaman masing2, sila rujuk benang yg lagi satu. kalau nak pegang peganglah..si ...

abe keross.. tak perlu pening2..kang nanti susah nak tangkap ikan patin kat sungai pahang

skang kita kena terbuka...kalo bleh...untuk kesenangan kita..boleh kita lompat2 mazhab sesuka hati...

abe keross jgn jadi jumud...kita kena intelektual
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:45 AM | Show all posts
the_killer posted on 21-10-2014 11:40 AM
abe keross.. tak perlu pening2..kang nanti susah nak tangkap ikan patin kat sungai pahang

skan ...

tak pening, ISU ini bukan baru, kat CI.
cuma kekadang terkilan kenapa macam2 alasan digunakan untuk membolehkan sesuatu.  dihencap kita PPRT, felda, ummah Malazia, dll.
malah abam keross ada 3 ekor anjing jaga kebun kat Temerloh sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:46 AM | Show all posts
Acara tidak langgar peraturan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3244#sthash.YNlY9321.dpuf

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan pihaknya ada memberi kebenaran berkaitan penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ (saya hendak sentuh anjing) di Central Park, One Utama, Selangor, kelmarin.

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, acara berkenaan yang dianjurkan individu Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam memang tidak menyalahi peraturan.

“Sebenarnya perkara ini tak perlu kelulusan dan tiada akta yang boleh menahan penganjur daripada membincangkan isu hukum sedia ada atau masalah masyarakat yang berkait dengannya.

“Jadi ia memang tak menjadi kesalahan seperti penganjuran program agama lain,” katanya dalam teks yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan tegas bagi menghalang penganjuran program seumpama itu yang mencetuskan perbalahan antara umat Islam.

“Pihak berkuasa agama perlu gunakan kuasa mereka, sekat mana-mana program yang boleh timbulkan polemik tak bermanfaat macam ni, ambil tindakan tegas kepada penganjur.

“Apa sebenarnya motif mereka? Kalau nak tunjukkan rasa nilai kemanusiaan bukan begitu, banyak lagi cara lain yang lebih berfaedah.

“Tak perlu jadikan perkara ini dalam bentuk seperti kempen untuk tarik perhatian kerana akhirnya akan cetuskan rasa tak puas hati dan berbalah sesama kita, ” katanya ketika dihubungi semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:49 AM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 11:25 AM
kenapa amik dari maza sahaja, yg lain tidak apakah sebab maza kata boleh. majoriti mengatakan HARA ...

da baca abis, apa yg dr. Maza kata...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:49 AM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 11:45 AM
tak pening, ISU ini bukan baru, kat CI.
cuma kekadang terkilan kenapa macam2 alasan digunakan unt ...

nasib bek takda hadis pasai sentuh ikan..kalo tak abis abam keross kena sertu...

takpalah...kalo ada mazhab dibolehkan minum arak...depa mungkin akan ikut...yela lama ngidam katanya

aritu beli ikan patin kat kuala krau..ada yang putih dan hitam...tp murah...apa bezanya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:57 AM | Show all posts
Anjing dan babi dah ditetapkan sebagai najis berat dalam Islam. Kalau terkena dgn air kencing, air liur, peluh binatang2 ini...cara penyuciannya agak unik dan melecehkan. So untuk aku yg malas nk pikir, aku ambil jalan mudah..tak  pegang anjing  kalau takde tujuan. Aku pun bukan tahu anjing tu kering ke tak. Nak mudah tu je caranya..bukan terdesak sangat pun nak pegang anjing. Kat sekolah agama pun dah bagitau  kalau nak selamatkan anjing takde masalah..pastu pi lah basuh. dah banyak kisah dlm Islam dgn anjing.

Then Kebanyakan melayu bukan takut anjing sebab dia najis berat. tapi kebanyakan anjing2 yg masyarakat melayu jumpa adalah anjing jalanan, anjing liar yang sifatnya tak dijangka. Aku pun risau jalan tepi anjing liar..buatnya dia gigit, naya. Last edited by benzo33 on 21-10-2014 11:59 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.494460 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list