CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Di paksa mengikut mazhab melayu yg sesat

[Copy link]
Post time 21-10-2014 11:58 AM | Show all posts
the_killer posted on 21-10-2014 11:49 AM
nasib bek takda hadis pasai sentuh ikan..kalo tak abis abam keross kena sertu...

takpalah...kal ...

abam keross selendar angkat bendera putih dgn ulamak cari...mereka memang hebat


sama aja species ikan tu, yg terlepas dari sgkar ada yg putih bersih gebu, yg dlm sngkar agak hitam sikit...jgn bimbang semua tu mmg sedap.
Kuala Krau tpt abam keross bermain masa kecik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 12:15 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 21-10-2014 08:39 AM
tu la.....bukan hanya isu anjing aja.....ucap merry Christmas tak boleh, ucap RIP tak boleh, bagi sa ...

kalau nak buat sampai semua boley langgar dinding, baik tak payah lah dudok dalam Islam sebab hukum hakam tetaplah tetaplah hukum hakam yang telah ditetapkan.

Hukum Islam ialah aturan yang telah ditetapkan didalam Islam berpandukan al-quran dan sunnah. Hukum Islam atau hukum syarak ini terbahagi kepada halal, haram, fardu, wajib, sunat, mubah/harus dan makruh.

1. Wajib : ialah sesuatu amalan yang fardu, yakni yang mesti dilakukan. Sekiranya dilakukan, orang itu akan mendapat pahala dan jika diabaikan, dia akan berdosa dan kelak diseksa. Contohnya adalah mengerjakan solat lima kali dalam sehari dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
Fardu
adalah amalan yang wajib dilakukan. Sekiranya di lakukan akan mendapat pahala, dan jika diabaikan akan mendapat dosa dan akan diseksa pada hari akhirat sekiranya tidak bertaubat. Fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah.



Fardu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Fardu Ain merupakan tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib dia melakukannya. Contohnya adalah seperti mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.


Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal.Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya.Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa orang sudah cukup.


Sunat
dapat merujuk pada status hukum syariat sebuah aktiviti dalam Islam yang dianjurkan sehingga pelakunya mendapatkan pahala, namun bila ditinggalkan tidak mendapatkan dosa.  Contohnya ialah solat sunat, puasa Isnin dan Khamis, solat tahajud, memelihara janggut, dan sebagainya.


Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Istilah ini dalam kosakata seharian sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.

Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Sebagai contoh sihir, zina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan. Perbuatan Haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.

Mubah atau harus a adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Contohnya makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya. Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala.

Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Contohnya ialah memberi sesuatu dengan   tangan kiri dan menerima dengan tangan kiri.


Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:
Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

Jawapan:

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).
Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba  karena melakukan suatu maksiat, bidâ Last edited by boyagombak on 21-10-2014 12:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:26 PM | Show all posts
tolonglah ulama' kat Malaysia, bukalah minda sikit
sekarang ni zaman internet, zaman globalisasi
zaman dimana semua org boleh tahu pasal mazhab2
menggunakan alasan URF' utk mengharamkan sesuatu atas sebab sensitiviti tak boleh diguna pakai lagi
sepatutnya ulama' kat Malaysia lebih berpemikiran kedepan
bukankah dlm ilmu usul fiqh ada ijtihad utk ulama'2 sesuaikan hukum dgn keadaan semasa
terang2 isu anjing adalah isu khilaf bukannya sesuatu yg SOLID dlm al-Quran

kenapa dalam isu2 Muamalat ulama'2 boleh ubah hukum yg terang2 haram dan dihalalkan tetapi bab ibadah semuanya wajib diikut
ulama'2 kat Malaysia sepatutnya mendalami semua mazhab2 dan cuba untuk menjadikan hukum Islam lebih fleksibel
kita bukan lagi dizaman para2 Imam Mazhab yg terhalang dgn faktor tempat dan jarak sekarang semuanya boleh berada dihujung jari

hujah hukum sesuatu adalah WAJIB diikut hanya bersandarkan kpd pendapat imam2 tertentu sahaja sudah tidak relevan lagi
bagaimana pula pegang anjing dikatakan LIBERAL, YAHUDI dsbnya sedangkan ada mazhab yg tak haramkan pegang anjing
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:36 PM | Show all posts
Mungkin ada yang lakukan lebih berani selepas anjing                                               
                                                HARAKAHDAILY | 21 Oktober 2014.                                                        
                                                                                                                KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) khuatir akan ada lagi yang mahu mencuba perkara yang lain pula seperti menyentuh khinzir selepas program menyentuh anjing.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mungkin ada pula yang mahu melakukan yang lebih berani kononnya untuk menunjukkan bahawa hukum Islam boleh ditafsir secara bebas oleh sesiapapun.

"Sesungguhnya ini bukan cara yang bijak untuk mendidik orang Islam mahupun orang bukan Islam mengenai hukum Islam," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal isu majlis 'sentuh anjing' tiba-tiba muncul akibat ada pihak yang mempunyai fahaman yang sempit dalam pendekatan mendidik masyarakat Islam terhadap hubungan Muslim dengan haiwan khususnya anjing.

Malangnya isu seumpama ini muncul di tengah-tengah umat Islam bergelut dengan banyak lagi isu yang jauh lebih utama.

Kami melihat akibat kejahilan atau sengaja mahu mencetus kontroversi antara sesama warga masyrakat Islam di negara ini, masyarakat diheret untuk membahaskan pula isu seperti ini.

Kami mempersoalkan kenapa pihak yang menganjur majlis tersebut tidak berfikir masak-masak terhadap implikasi dari perbuatan yang umumnya dilihat janggal di kalangan  masyarakat Islam tidak kira mazhab apapun.

Sungguhpun anjing dan hukum Islam mengenai anjing sudah tersohor difahami  di kalangan masyarakat Islam secara umum di negara ini, namun menganjurkan majlis sentuh anjing beramai-ramai dengan sengaja adalah tidak bijak, tidak perlu dan tidak sesuai dengan budaya hidup kebanyakan masyarakat Islam di negara ini.

Apa perlu kita menganjurkan majlis tersebut hanya semata-mata untuk menunjukkan Islam tidak menzalimi binatang padahal ia sangat jelas bukan isu yang hendak ditonjolkan dari majlis tersebut. Kenapa perlu diadakan suatu majlis semata-mata khusus untuk hal tersebut? Tidak adakah isu yang lebih utama yang boleh dianjur untuk membentuk watak masyarakat yang menzahirkan nilai kaseh sayang?

Mereka yang mahu menzahirkan sifat ihsan setiap Muslim kepada anjing bukan semestinya melakukan dengan secara berheboh dalam suatu pesta sentuh anjing. Cukup memahami bahawa ada hukum Islam mengenai anjing dan menzalimi haiwan adalah dilarang oleh Islam bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam.

Sengaja menimbulkan kontroversi yang tidak perlu ini akan mengalih tumpuan umat Islam daripada hal yang lebih besar.

Kami menyeru agar semua pihak tidak ghairah melakukan sesuatu yang bukan lazim dalam kalangan masyarakat Islam. Perkara yang sudah sedia difahami di kalangan umat Islam yang jelas dari segi hukum mengenai anjing tidak perlu diperbesarkan dengan mengadakan majlis seperti itu.

Jika ini terus dilakukan dikhuatiri akan ada lagi yang mahu mencuba perkara yang lain pula seperti menyentuh khinzir. Mungkin ada pula yang mahu melakukan yang lebih berani kononnya untuk menunjukkan bahawa hukum Islam boleh ditafsir secara bebas oleh sesiapapun.

Sesungguhnya ini bukan cara yang bijak untuk mendidik orang Islam mahupun orang bukan Islam mengenai hukum Islam. Untuk mengetengahkan perdebatan mengenai sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama dari pelbagai mazhab akan hanya menimbulkan kekeliruan yang merosakkan budaya hidup masyarakat Islam.

Cukuplah dengan amalan kebiasan umat Islam di negara ini berdasar hukum syariat yang secara sepakat digunapakai di negara ini. Tidak perlu mana-mana  pihak mencabar hukum yang disepakati ulama mengenai isu tersebut dengan mengeluarkan pentafsiran sendiri. Pada hal tanpa asas ilmu yang melayakkan seseorang itu merumuskan hukum Islam, ia boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat Islam itu sendiri. Last edited by boyagombak on 21-10-2014 12:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:51 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 21-10-2014 07:55 AM
Tira
My personal opinion, kalau kita x pegi hadir kempen menyentuh anjing dan x dengar ceramah, sem ...

masalahnye kak melah ustad yg bagi ceramah masa event tu pun kesian gak. dia bagi ceramah mmg sama macam semua ulama2 cakap. pegang anjing x haram kalau bersebab. bela anjing pun boleh tapi ada sebab2nya. yang jadi haram bila pegang suka2. bela kat umah macam bela kucing suka2. kenapa jatuh haram bila kita suka suki pegang anjing ni pun dia terangkan. dia dah bgtau jelas dan terang tapi org pakai tudung yang datang kat sana nak jugak2 peluk anjing2 tu semua. siapa yg x datang hentam ustad tu pulak sebab dikatakan ada ustad kat situ. sian dia... bila ustad cakap islam x pandang hina kat anjing, semua sorak, contoh2 dalam islam yg menolong anjing, semua sorak, bila ustad nak cakap pasal hukum ada lah yg datang tepuk bahu. macam x bagi bgtau sejujur2nya hukum halal haram pegang anjing ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:52 PM | Show all posts
nolya posted on 21-10-2014 11:11 AM
Itu orang Melayu yg mahu berpegang kpd ajaran Islam, tetapi melayu yg lagha, no hallah.

pada yang nak berpegang kepada ajaran islam mazhab melayu..

not in my name ok.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 01:02 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 21-10-2014 12:26 PM
tolonglah ulama' kat Malaysia, bukalah minda sikit
sekarang ni zaman internet, zaman globalisasi
z ...

bila bak zakat gaji boleh ikut mazhab lain.

bila bab bunga bank isle, cepat pulak tukar mazhab pakai ibnu tamiyyah.

ikut sedap depa aje tukar2 mazhab.  Kata negara ni negara Imam Syafie???

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:04 PM | Show all posts
boyagombak posted on 21-10-2014 12:36 PM
Mungkin ada yang lakukan lebih berani selepas anjing                                                                                                HARAKAHDAILY | 21 Oktober 2014.                                  ...

boya, mana ilang lama tak nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 01:05 PM | Show all posts
True-X posted on 21-10-2014 12:52 PM
pada yang nak berpegang kepada ajaran islam mazhab melayu..

not in my name ok.....

It is ok indeed.  So tepuk dada tanyalah kepercayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 21-10-2014 12:26 PM
tolonglah ulama' kat Malaysia, bukalah minda sikit
sekarang ni zaman internet, zaman globalisasi
z ...


Zaman internet dan zaman globalisasilah sepatutnya lebih berhati hati...semua pun nak kerex dgn pandangan masing masing...tgkla kita ni hidup kat mana..hidup bermasyarakat perlu hormat satu sama lain.supaya tak berpecah belah...malaysia indonesia brunei mmg mostly berpegang kpd mazhab imam syafie tidak pula merendahkan imam yg lain...apa nak pertikai ulama kalau ilmu kita secoet je pun dapat dari internet dari porem..sbb globalisasi kita pertikai semua ikut sedap kepala kita yg kononnya kejap ikut mazhab itu mazhab ini ni..atau last sekali hujahnya islam tak de mazhab mazhab ni sbb  nak hidup sedap ikut aturan sendiri....benda simpel camni pun jd susah sbb program ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:09 PM | Show all posts
Akak senyum sinis saja melihat kabangangan ummah penganut mazhab mulayu PPRT.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:27 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 01:04 PM
boya, mana ilang lama tak nampak

tengah buat preparation utk acara karnival

"Who Dare To Touch Boya" especially the Boya Darat one without any prejudice
abam kroh sila register (hanya untuk anak dara sahaja)  sesiapa yg berminat yg sudi untuk touch2 bermanja2  membelai2 boya, dijamin tidak ganaz


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:28 PM | Show all posts
boleh tukar mazhab x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 01:33 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 09:21 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=835579&extra=page%3D2

kenapa tak sambung ...

sbb mazhab melayu tak tertakluk kpd isu anjing je...
tered lg satu khusus utk anjing yg ummah melayu phobia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:35 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 09:55 AM
http://www.jais.gov.my/sites/def ... laspegangAnjing.pdf

bukan semua boleh ikut, pertelingkahan ...

mazhab lu kan haram kan bayo zakat dgn duit..so next ramadan..sila bayo ikut barang aaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 01:36 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 10:11 AM
abam keross dah baca stetment maza tu..dan bandingkan dgn stetment Mufti Kelantan , mudah saja. st ...

perghhh tetiba pulak minat baca penerangan setad ribena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 01:36 PM | Show all posts
obelisk posted on 21-10-2014 10:01 AM
kalau ikut mazhab zaman nabi dulu tak ada mazhab, mazhab tu sekadar panduan, huraian ataupun penaf ...

yang ni x pe kata otak tepu tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:40 PM | Show all posts
aku pun baru beli umah semi D ingat nak buat kolam sket kat tepi ...tapi masalahnya kawasan tu agak ramai dgn mat drug

boleh ke aku beli dan bela sekor chiwawa utk jaga kawasan umah aku, kerana aku n wife sama2 kerja dan umah agak dalam keadaan bahaya ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:42 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-10-2014 11:34 AM
terpulang kepada pemahaman masing2, sila rujuk benang yg lagi satu. kalau nak pegang peganglah..si ...

dan juga nak memaksa ikut mazhab depa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:43 PM | Show all posts
kerunai posted on 21-10-2014 01:40 PM
aku pun baru beli umah semi D ingat nak buat kolam sket kat tepi ...tapi masalahnya kawasan tu agak  ...

beli kucen je.....harom anjing...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.479942 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list