CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Di paksa mengikut mazhab melayu yg sesat

[Copy link]
Post time 21-10-2014 01:46 PM | Show all posts
clarizsa posted on 21-10-2014 01:28 PM
boleh tukar mazhab x?

sila rujuk post no.87..ada benda2 yang anda buat langsung melawan mazhab anda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 01:46 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 21-10-2014 01:02 PM
bila bak zakat gaji boleh ikut mazhab lain.

bila bab bunga bank isle, cepat pulak tukar mazhab  ...

lu mazhab baka kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 01:47 PM | Show all posts
dr maza lagi

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?.
Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang menyatakan tidak wajib.

Kata beliau: “Kata mijoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah:
(maksudnya):” Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.
Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah.

Katanya lagi: "Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh…Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya”. (sila rujuk: Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair).
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 21-10-2014 01:05 PM
It is ok indeed.  So tepuk dada tanyalah kepercayaan.

Alhamdulillah..kl la semua org berlapang dada seperti kaka noly. .kompom aman dunia islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:56 PM | Show all posts
magnus posted on 21-10-2014 01:08 PM
Zaman internet dan zaman globalisasilah sepatutnya lebih berhati hati...semua pun nak kerex dgn  ...

disebabkan zaman globalisasi ler ulama' perlu kedepan dalam menilai hukum2 dalam pelbagai mazhab bukannya buat hukum baru
masalahnya bagaimana orang lain nak faham kena ikut satu2 mazhab sahaja sedangkan dalam soal lain boleh pula main tukar2 mazhab
ketika di Mekah kenapa boleh guna mazhab lain dlm ibadah?
kenapa pula tak dikatakan ikut LIBERAL dan YAHUDI?

Riba haram, dan terang2 ikut YAHUDI, boleh pula 'diHALALkan
sedangkan antara riba dan pegang anjing, yg mana lagi melibatkan masyarakat?
dalam Muamalat, berapa banyak mazhab yg masyarakat sebenar tak ikut mazhab Shafie
dlm mazhab Shafie, jual beli perlu ada akad tetapi masyarakat kita sekarang mana ikut mazhab Shafie dlm jual beli
sama juga dlm soal zakat, mazhab Shafie tak benarkan keluarkan zakat dlm bentuk wang tetapi boleh pula ubah
yg ubah mazhab lain dlm MUAMALAT Liberal, Yahudi semua kemana?

ilmu agama tu luas, janganlah sempitkan pemikiran
ini bukan soal mengadakan hukum baru tetapi mentransformasikan hukum2 bersesuaian dengan keadaan semasa
apa gunanya ijtihad dan sebagainya kalau tak boleh gunakan?
sampai bila ulama' Malaysia terus nak gunapakai hukum spefisik sahaja, sedangkan hukum2 tersebut boleh diperbincangkan supaya sesuai dgn peredaran masa dan tempat
masyarakat bukannya jahil tetapi ulama'2 kat Malaysia yang nak rakyat terus jahil dalam menilai hukum
sedangkan diperingkat Sarjana dan PHD, ilmu2 mazhab lain perlu dipelajari
jadi apa perlunya belajar pasal perbezaan hukum berdasarkan mazhab tetapi masyarakat dipaksa menerima satu hukum sahaja
adakah haram dan berdosa seseorg yg ikut mazhab yg terang2 tidak dipertikaikan pun pendapat mazhab2 ini

slow2 ler terangkan dekat rakyat perbezaan mazhab ini supaya rakyat faham
bukannya meletakkan hukum berdosa kpd mereka yg tahu pasal mazhab2 ni tetapi diharamkan mengguna hukum tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:00 PM | Show all posts
True-X posted on 21-10-2014 02:22 PM
Alhamdulillah..kl la semua org berlapang dada seperti kaka noly. .kompom aman dunia islam

Islam itu sendiri mengajak manusia kpd kedamaian dn kesejahteraan tetapi manusia sering berbalah2an kerana tunduk kpd bisikan syaitan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 03:01 PM | Show all posts
atira posted on 21-10-2014 01:47 PM
dr maza lagi

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: A ...

rakyat marhaen bole tukar mazhab la ni kan...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:07 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 21-10-2014 07:55 AM
Tira
My personal opinion, kalau kita x pegi hadir kempen menyentuh anjing dan x dengar ceramah, sem ...

Iyer ke... ko tatau ke lam program tu memang ada Ustaz yang buat tazkirah dan Ustaz tu memang ada mengatakan yang pegang anjing tanpa sebab adalah HARAM!

dia join acara tu dan dia dah pun laksanakan tugasnya memberikan risalah yang sebenar... manusia buta hati dan jahil saja yang masih terus gomol ngan anjing tu tanpa rasa bersalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 03:21 PM | Show all posts
iyeeeeeeeeeeeeeee ...nk tobat la ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:22 PM | Show all posts
nyesal pegang anjing...baik pegang nur solehah anak pak majid aritu...


meran
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:28 PM | Show all posts
melayu ni sembang pasal agama bermusim...masa ni la sume cerita pasal imam syafiee.....sebelum ni buat dek je ...cube tanya mazhab muahammad bin idris tu mazhab ape....silap2 org melayu kate mazhab lain ...ape punya melayu la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 03:28 PM | Show all posts
cipOt_cedOt posted on 21-10-2014 03:07 PM
Iyer ke... ko tatau ke lam program tu memang ada Ustaz yang buat tazkirah dan Ustaz tu memang ada  ...

Ajaran sesat je yg kata haram pegang anjing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 03:30 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 21-10-2014 03:28 PM
melayu ni sembang pasal agama bermusim...masa ni la sume cerita pasal imam syafiee.....sebelum ni bu ...

Alololo bang tucen...
wpon bermusim..harap2 terbuka la mata telinga hati bagai isu2 mazhab ni.. wpon tak pakar
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:31 PM | Show all posts
atira posted on 21-10-2014 03:30 PM
Alololo bang tucen...
wpon bermusim..harap2 terbuka la mata telinga hati bagai isu2 mazhab ni.. w ...

mekdi pun dah penoh balik..muahahahahahahah this is melayu.......al qassam ntah kemana....palestin entah kemana...yahudi ari2 meratib

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 21-10-2014 02:56 PM
disebabkan zaman globalisasi ler ulama' perlu kedepan dalam menilai hukum2 dalam pelbagai mazhab b ...


Bukankah lebih pening kalau dlm isu ni masyarakat disuruh ikut je mana mazhab yg sesuai dgn cita rasa...sbb ini melibatkan hidup bermasyarakat...hidup berkeluarga juga..adakah hanya krn nak menjaga martabat anjing dan mereka yg beriya iya nak menyentuh anjing tanpa sebab kita perlu pelbagaikan mazhab kat malaysia ni..apa natijahnya nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:42 PM | Show all posts
magnus posted on 21-10-2014 03:39 PM
Bukankah lebih pening kalau dlm isu ni masyarakat disuruh ikut je mana mazhab yg sesuai dgn cita ...

kalau kau kata takut terkesan pada masyarakat melayu yang agak prejudis isu anjing dan babi......isu dia takut bgi masalah pada masyarakat melayu tentang hal pelbagai pendapat ni ...itu boleh...tapi kalau nak kata agama yang haramkan...itu salah.....jangan sebab nak pertahankan isu masyarakat...guna dalil agama kata tak boleh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 03:45 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 21-10-2014 03:28 PM
melayu ni sembang pasal agama bermusim...masa ni la sume cerita pasal imam syafiee.....sebelum ni bu ...

tu mazhab wahabi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:45 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 21-10-2014 03:45 PM
tu mazhab wahabi...

Selasa, 21 Oktober 2014 @ 2:30 PM

Nik Aziz sifatkan peserta Program Sentuh Anjing tidak berotak



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.
"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.
"erkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam nanti.
"Saya berharap perkara ini dapat ditangkis secara rasional supaya ia tidak menggugat keharmonian di negara ini," katanya.
Nik Aziz berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam.





Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat

* apa komen anda








Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey posted on 21-10-2014 03:42 PM
kalau kau kata takut terkesan pada masyarakat melayu yang agak prejudis isu anjing dan babi......i ...

Bukanke mmg dah disepakati tak elok sentuh anjing tanpa sebab...Apa masalahnya ya..itu pun dikira prejudis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sibuk la psl anjing pun...eè...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.273781 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list