CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Anak mohon sijil kematian Sosilawati UPDATE#40 TAMAT

[Copy link]
Post time 21-10-2014 03:46 PM | Show all posts
bagi abes bicara baru JPN keluarkan...kalau dia keluarkan awal, peguam bela yang pandai amik kesempatan percaya lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 03:51 PM | Show all posts
kenapa 5 org je? bukan dorang 6 ke 7 beradik?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:56 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 21-10-2014 03:30 PM
Putrajaya: Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan lima hari bermula 9 Februari 2015 bagi mendengar r ...

Terimakasih yang

hurm..
kena tunggu tu la yer

kalau ..
kata kan .. kalau ..
mereka yang tertuduh ... bebas
atas sebab .. erm .. kesilapan teknikal ke apa kan

kena la tunggu 7 tahun yer untuk dapat kan sijil tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:17 PM | Show all posts
cupu posted on 21-10-2014 03:41 PM
arwah org kaya.mest byk harta kan.duit dkt bank bagaiklu xde sijil mati,pewaris xleh nk amik dan bhg ...

baru nak speku pasal nie
gara2 harta kah??
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:24 PM | Show all posts
Sijil kematian tu antara dokumen penting utk keluarga simati menguruskan pelbagai urusan tertunggak..bukan disebabkan masalah pembahagian harta sahaja..mohon jgn bersangka buruk shj dgn anak2 arwah ni..insyaallah anak yg sulung tu mampu menjaga kebajikan adik2nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 04:30 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 21-10-2014 07:56 AM
Terimakasih yang

hurm..

Ingatkan dah mati rupanya... lambat jugak nak jalankan hukuman rupanya kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rase nyer bukan sbb pembahagian harta kot. Tapi lebih kepada tuntutan insurans. Mesti arwah ade beli insurans yg bernilai juta2. Kalo xde sijil mati, mcm mane nk claim insurans. Atau org mati kena bunuh terkecuali dari pembayaran insurans.

Ape dh jd dgn product NV. Dh lame x tgk iklan kat tv. Dah bungkus jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:56 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 21-10-2014 03:22 PM
Habis kalau mcm tu pihak tamil pun boleh failkan rayuan la ... Or saman balas ... PaSal mayat tak wu ...

mayat tak ujut bererti tiada  lkematian dan tiada perbunuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
voiletiris posted on 21-10-2014 08:56 PM
mayat tak ujut bererti tiada  lkematian dan tiada perbunuhan.

Kan ke alasan JPN tu sis pasal ketiadaan mayat.. Jasad.. Jenazah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:09 AM | Show all posts
DNA dah terbukti kan??

Ke x jmpa bukti langsung?

Mengarut jah JPN ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini cuma proses perundanganla...
JPN pun tak dpt nak suka2 buat tindakan cuma berdasarkan sentimen masyarakat....semua ada termaktub dlm undang2...salah langkah silap2 pembunuh tu blh lepas....benda2 ni teknikal
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:34 AM | Show all posts
apa ke bangang nya JPN ni...
kalu polis cakap tak mati dibunuh.. takde nye nak carik org yg bunuh..
kalu kes MH370 tu boleh lg diterima.. sbb tak tau lagi idup ke tidak.. terhempas ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:07 AM | Show all posts
dah procedure jpn mcm tu maka kenalah anak2 arwah ni berusaha klu nkkan sijil mati tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:19 AM | Show all posts
aritu bukan ke ade jumpe serpihan tulang disahkan milik sosilawati..
pastu conclude lah yg sosilawati mati dibunuh?
xleh kuar surat mati gk ek..

mangsa mh370 ade kuar surat mati x..yg ni langsung xde jumpe apa2 bukti..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Tuhan mempermudahkan urusan 5 beradik ni
Dan mana2 manusia yg menyusahkan urusan 5 beradik ni, mohon Tuhan turunkan azab bencana kat manusia tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 11:04 AM | Show all posts
macam mana yg lain.. bkn arwah sosilawati saje kan? ade lagi tiga.. sadis betul ingat balik.. empat orang sekali bunuh..haih kejammmm moga cepat dpt balasan!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 11:16 AM | Show all posts
pearl.silver posted on 22-10-2014 10:19 AM
aritu bukan ke ade jumpe serpihan tulang disahkan milik sosilawati..
pastu conclude lah yg sosilawa ...

kan??? ke sorang manusia DNA leh same dgn org lain? pening jgk nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ada kubur tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:04 PM | Show all posts
Pembahagian harta Sosilawati ‘tergendala’
22 Oktober 2014 3:40 PM

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Pengurusan dan pembahagian harta pusaka kepada lima anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ‘tergendala’ kerana mereka terpaksa menunggu pengesahan sijil kematian jutawan kosmetik itu selama hampir dua tahun.

Ekoran kesukaran tersebut, kelima-lima mereka telah memfailkan permohonan pada 24 September lalu untuk mendapatkan perintah certiorari supaya Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertarikh 25 Julai lalu.

Pada tarikh tersebut, JPN memutuskan untuk tidak mengeluarkan sijil kematian pengasas kosmetik Nouvelles Visage itu yang berdasarkan keterangan ditemukan mati dibunuh bersama tiga lelaki di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Sela­ngor empat tahun lalu.

Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28; Md. Erwan Nasri, 27; Erni Erinawati Sofia, 25; Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17, selaku pihak pemohon menamakan JPN sebagai pihak responden dalam semakan kehakiman yang difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Basharuddin Fa’izie Iskandar.

Selain itu pihak pemohon memohon perintah supaya mahkamah mengarahkan JPN mengeluarkan sijil kematian ibu mereka dalam masa 14 hari.

Peguam Muhammad Iskandar Ismail yang mewakili pihak pemohon memberitahu pemberita hari ini, Timbalan Pendaftar, Diana Md. Razali menetapkan 25 November ini untuk Hakim Datuk Asmabi Mohamad mendengar permohonan pihaknya dalam usaha mendapatkan kebenaran bagi prosiding semakan kehakiman.

Peguam Kanan Persekutuan, Mazlifah Ayob hadir bagi pihak JPN.

Dalam afidavit sokongan pihak pemohon menyatakan, mereka telah mengemukakan permohonan kepada JPN melalui surat bertarikh 23 Ogos 2013 untuk mendapatkan sijil kematian Sosilawati dan surat bertarikh 29 April lalu.

Permohonan kepada JPN dibuat selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013 menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang milik lelaki itu setelah didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga rakannya di Lot No. 2001, Jalan Tanjung La­yang, Tanjung Sepat, Banting.

JPN bagaimanapun memberikan alasan secara lisan iaitu sijil kematian Sosilawati tidak boleh dikeluarkan kerana tiada mayat dijumpai.

Pihak pemohon menyatakan, mereka difahamkan oleh JPN di bawah Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 sekiranya tiada mayat dijumpai maka orang yang berkenaan akan dianggap hilang.

Atas alasan tersebut, Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai dan jika orang itu tidak dijumpai atau dihubungi selama tujuh tahun, satu anggapan kematian akan dibuat dan barulah surat anggapan kematian akan dikeluarkan.

Namun begitu dalam kes melibatkan Sosilawati, menurut pihak pemohon, terdapat keadaan khas iaitu walaupun mayat tidak dijumpai dan masih belum mencapai tempoh tujuh tahun, mahkamah masih boleh mengesahkan kematian berdasarkan keterangan dan bukti-bukti yang diberikan pada perbicaraan jenayah di Mahkamah Tinggi.

JPN dalam surat bertarikh 25 Julai lalu pula menyatakan, berdasarkan nasihat perundangan, pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas proses rayuan terhadap kesemua tertuduh diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 02:14 PM | Show all posts
Sijil mati: Anak Sosilawati dapat kebenaran

25 November 2014               


  • Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi melambaikan tangan kepada jurufoto di Mahkamah Tinggi, Shah Alam hari ini. - Foto Bernama


        KUALA LUMPUR - Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh pada 2010, hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk satu semakan kehakiman yang mewajibkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian untuk arwah ibu mereka.
          
        Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan di dalam kamar daripada peguam Mohd Iskandar Ismail yang mewakili anak-anak Allahyarham Sosilawati dam Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili JPN.
          
        Mohd Iskandar memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 8 Disember sebagai tarik pengurusan kes. Ia akan menetapkan satu lagi tarikh untuk mendengarkan merit kes bagi kajian penghakiman.
          
        Anak-anak hartawan itu ialah -- Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17 -- memfailkan permohonan pada 24 September, menamakan JPN sebagai respondan tunggal.
   



        Mereka memohon antara lain, satu perintah membatalkan keputusan JPN (pada 25 Julai) untuk tidak mengeluarkan sijil kematian bagi Sosilawati, yang terbunuh di sebuah ladang di Banting, Selangor.

        Dalam surat mereka kepada JPN, lima beradik itu menyatakan bahawa mereka memerlukan sijil kematian untuk membolehkan mereka mengagihkan harta arwah ibu mereka kepada waris-warisnya.
               
        Erwan Suwari Rizuwan, dalam afidavit sokongannya mendakwa bahawa JPN dalam penjelasan lisannya berkata sijil kematian tidak dapat dikeluarkan untuk Sosilawati kerana tiada jasad yang ditemui dan seperti yang diperuntukkan di bawah Sekyen 18, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, jika tiada jasad yang ditemui, orang itu akan dianggap hilang.
               
        Beliau menyatakan bahawa disebabkan itu JPN berkata Seksyen 108 Akta Keterangan boleh digunakan jika seseorang itu tidak dapat ditemui atau dihubungi selepas tujuh tahun atau dia akan dianggap mati dan satu pengisytiharan kematian boleh dibuat.
             
        Bagaimanapun Erwan Suwari Rizuwan berkata terdapat beberapa keadaan istimewa dalam kes ibunya kerana mahkamah boleh mengisytiharkan dia meninggal dunia berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan dalam kes perbicaraan pembunuhan ibunya, walaupun jasadnya tidak ditemukan atau tempoh tujuh tahu sudah berlalu.
          
        JPN dalam surat bertarikh 25 Julai 2014 kepada keluarga Sosilawati menyatakan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas pelupusan kes rayuan itu oleh keempat-empat yang dituduh dalam perbicaraan kes pembunuhannya oleh Mahkamah Rayuan.

        Mahkamah Rayuan menetapkan lima hari dari 5 Feb 2015 untuk mendengar rayuan itu.
             
        Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang - T.  Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan - selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, 44.
                
        Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. - Bernama

         


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.083934 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list