CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1534|Reply: 24

[Tempatan] Harga petrol, RON95 'mungkin kekal' sehingga Jun 2015

[Copy link]
Post time 21-10-2014 05:55 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Harga petrol RON 95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi petrol mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.

"Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014, di sini hari ini.

Ahmad berkata, sistem tersebut akan turut dilaksanakan ke atas pengguna diesel pada Januari depan, seperti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha KPDNKK baru-baru ini.

"Bagi subsidi diesel, saya difahamkan setakat ini sistem tersebut bakal dimuatkan dalam kad 'fleet' para pengguna," katanya, sambil menambah bahawa cadangan ini mungkin akan berubah disebabkan jangka masa yang masih panjang.

Ahmad berkata, KPDNKK telah membuka Permohonan Cadangan (RFP) untuk pelaksanaan sistem subsidi petrol, yang menilai dari segi pendapatan individu dan hak milik kenderaan tersebut. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 06:00 PM | Show all posts

"Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad,"

... masih, sedang, dalam, semula, akan.
Takde apa yg boleh buat aku rasa macam nak terperanjat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:01 PM | Show all posts
tak ade niat nak turun
nak naik ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:01 PM | Show all posts
alah..naikkan je la..
apa nak takut
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:04 PM | Show all posts
Pasaran dunia dah turun.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:08 PM | Show all posts
asik naik je kan. what to do. but "anda" bila nak turun?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 06:10 PM | Show all posts
xpayahlah...baik mansuhkan terus subsidi..ikut harga market
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:13 PM | Show all posts
semua gara2 technology Shale Oil yang booming di Amerika dan etc, negara2 OPEC mungkin akan kehilangan kuasa untuk menentukan harga dunia.

Mungkin kah harga minyak dunia akan kembali murah seperti zaman2 bapak2,uncle2 kita satu ketika dulu? time will tell....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak kena bersyukur ke nak kena start menyimpan RON95 setitik sehari..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:16 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 21-10-2014 06:10 PM
xpayahlah...baik mansuhkan terus subsidi..ikut harga market

memang itu pon yg tgh dibuat. cuma secara berperingkat.. so takyah harap lah RON95 turun kalau harga pasaran dunia murah sekalipon selagi kita masih beli bawah rega subsidi.  Besok dah tak de subsidi langsung, boleh lah ikut rega pasaran dunia.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:25 PM | Show all posts
Eee suprise nye kita!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn lupa print screen...  bukan leh percaya maslan nii.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:30 PM | Show all posts
dcruins posted on 21-10-2014 06:13 PM
semua gara2 technology Shale Oil yang booming di Amerika dan etc, negara2 OPEC mungkin akan kehilang ...

sheikh sheikh arab bakal muflis
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:31 PM | Show all posts
dah lama xdengar perkembangan harga ron 97 yang katanya akan berubah harga setiap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:32 PM | Show all posts
dcruins posted on 21-10-2014 06:13 PM
semua gara2 technology Shale Oil yang booming di Amerika dan etc, negara2 OPEC mungkin akan kehilang ...

internet negara2 jiran kita dah murah
internet kita bila lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 06:34 PM | Show all posts
tanda-tanda besar kenaikan akan berlaku ialah media sering tunjuk betapa berjayanya penguatkuasa menbanteras penyeludup
hari2 berita pasal penyeludupan
tak lama selepas tanda2 mcm ni, confirm minyak naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 06:59 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 21-10-2014 06:32 PM
internet negara2 jiran kita dah murah
internet kita bila lagi?

kalau bab internet, tak kan turun lah sampai bila2 pon....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga minyak dunia mmg turun
Harga minyak bersubsidi je yg naik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:13 PM | Show all posts
baik ckp smpi sblm pru, lgi bgs
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
awat harga rob 97 tak turun...kata apungkan harga...  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.073455 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list