CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6210|Reply: 98

[Tempatan] Subsidi Baharu Petrol: Beli Guna MyKad, Hanya Untuk Golongan Layak

[Copy link]
Post time 21-10-2014 06:16 PM | Show all posts |Read mode
sekarang nak beli minyak petrol kena guna my kad.. hermm moving foward kena make sure.. my kad cip buleh di baca lah cam nih..


KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan melaksanakan sistem rasionalisasi subsidi petrol yang melibatkan mekanisme baharu dengan mengambil kira pendapatan individu bermula Jun 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sistem tersebut bertujuan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat subsidi petrol.
"Kita dapati subsidi petrol tersasar, jadi ia perlu diperbetulkan. Susulan itu, kerajaan berkemungkinan besar merasionalisasikan subsidi petrol pada Jun tahun depan.


"Jadi yang mana layak dapat subsidi, yang tak layak tak diberi subsidi," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Beliau berkata, menerusi sistem itu, pengguna perlu membeli petrol dengan menggunakan My Kad kerana jumlah pendapatan mereka telah direkodkan bagi menentukan sama ada pembeli layak mendapat subsidi atau sebaliknya.
"erincian sama ada guna My Kad bagi pembelian petrol... tapi ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lapan bulan lagi sebelum dilaksanakan," katanya.


Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkara itu masih lagi diperingkat kajian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang meminta kertas cadangan daripada syarikat-syarikat yang ingin membangunkan mekanisme baharu itu.
"KPDNKK minta kertas cadangan untuk mekanisme baharu bagi rasionalisasi petrol kerana kalau nak masukkan pendapatan rakyat bukan satu tempoh yang singkat," katanya.


Ahmad Maslan berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol seperti yang dinikmati semua lapisan masyarakat pada hari ini.
Namun, katanya bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 keputusan sama ada mereka layak mendapat subsidi atau tidak masih belum diputuskan.


"Mungkin sebahagian subsidi dapat tetapi itu lebih kurang... belum lagi diputuskan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan membelanjakan secara purata RM2 bilion sebulan untuk subsidi petrol RON95 dan diesel.

"Sepatutnya subsidi petrol dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan tetapi data mendapati 70 peratus digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi," katanya.

Mstar



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 06:43 PM | Show all posts
Mampus lagilah kali ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
makin terseksa la middle income group mcm iols ni Last edited by mummy_nisa on 21-10-2014 06:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:48 PM | Show all posts
Sangkaan ku tepat belaka...bertabah la uols...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
susahnya nak implement nnti tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 06:59 PM | Show all posts
nasib baik saya miskin
boleh la dpt minyak murah





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 07:01 PM | Show all posts
Bugima punya ahmad maslan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper byk tred daaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mmnmmmmm. .saya rasa sapa yg dapat brim mereka nilah yg akan dapat subsidi ini... Yg pernah pulangkan brim atas alasan masing2 hari tu tak dapat.
O
Lagi satu...kalau misalannya isteri tak ada pendapatan...dia layak dapat...bangla yg guna Ic Palsu...camber nak trase.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:13 PM | Show all posts
BLR rumah pun dah naik. naik sikit tapi naik lah jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:42 PM | Show all posts
Erm macam2
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 posted on 21-10-2014 06:43 PM
Mampus lagilah kali ni.

Memang mamposs......


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:47 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-10-2014 07:11 PM
mmnmmmmm. .saya rasa sapa yg dapat brim mereka nilah yg akan dapat subsidi ini... Yg pernah pulangka ...

kalau kt kaunter ada mesin swipe ic , yg palsu mungkin tak lepas kut.. penjaga kaunter pulak bole tengok muka x sama dgn kt IC.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-10-2014 07:11 PM
mmnmmmmm. .saya rasa sapa yg dapat brim mereka nilah yg akan dapat subsidi ini... Yg pernah pulangka ...

Klu laki tak layak dpt brim....
Bini nk isi minyak, tu kira mcmana?...

Klu gitu yg gaji besor blh pinjam ic mak/bspak yg keja kg isi minyak...

Majikan kena pinjam ic prkerja tiap kali isi minyak...


Sama je gomen bodoh oiiii...ko menyusahkn org je...nak bg..bg je lah....





Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mummy_nisa posted on 21-10-2014 06:48 PM
makin terseksa la middle income group mcm iols ni

cara halus tarik subsidi.

yg banyak mentedarah minyak ni middle income group yg akan terkeluar dari bracket rm4000 tu

yg layak tu ramainya pakai moto ja...

gomen mmg bijak. I'm impressed

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:56 PM | Show all posts
Bg jela pd rakyat mesia subsidi tu.yg bukan rakyat mesia xyah.tu je..perkenal guna ic..ni nk wat sistem pd rakyat miskin je..kompom da loophole
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 21-10-2014 07:43 PM
Memang mamposs......

Ni semua agenda halus yahudi nasoro nak memampuskan org melayu.  :
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
HOHA posted on 21-10-2014 07:47 PM
kalau kt kaunter ada mesin swipe ic , yg palsu mungkin tak lepas kut.. penjaga kaunter pulak bole  ...

ya betul.

ada orang nak angkut mak pak tiap kali isi minyak. Cerdik x boleh nak ikut...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm anor strategy lg nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi idealist idea. Sekarang nak pantau minyak kena curi thailand   ke indonesia pun dah susah..apa lagi scale ini

Kenapa pula middle class kena discrimnate.

Kerajaan patuh tengok leakage yang lebih besar seperti kerugiaan billion2 ringgit petronas dan imbd..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.066958 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list