anjing punyer pasal...adik beradik gaduh...
turuk betul efek pegang anjing ni..
tu pasal wa tak pegang anjing..
wa benci anjing..wa pandai.
Farhana (bukan nama sebenar), pada mulanya geli hati melihat gambarnya tersengih lebar sambil mengusap anjing pada program itu yang diterbitkan di portal berita dan suratkhabar. Dia dan keluarganya ketawa melihat mereka yang tidak dikenali bertindak ‘merepek’ dengan meletakkan gambarnya di Twitter, dan ada yang membuat spekulasi sama ada dia seorang pengikut Syiah atau penganut Kristian. Tetapi, ketawa itu bertukar menjadi cemas apabila saudara-mara jauh mula menyerang ibunya selepas mereka melihatnya membelai anjing melalui berita di televisyen pada malamnya. “Bapa saudara saya menelefon emak saya. Katanya, emak saya tidak pandai jaga anak, saya memalukan keluarga. “Ibu saudara saya menjerit-jerit marahkan emak, katanya kami tidak tahu agama, kami memalukan nenek moyang kami. Teruk betul,” kata Farhana. Katanya, saudara-mara yang tidak setuju dengannya malah berkumpul untuk membincangkan bagaimana dia boleh jadi seorang “Islam yang begitu teruk”. “Nasib baiklah emak saya okay pasal saya pergi ke program itu. Dia faham acara itu tentang apa dan dia juga baca tulisan ulama seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengatakan menyentuh anjing tidak haram. “Tetapi dia pesan juga supaya jangan letak gambar saya di media sosial kerana orang akan menilai saya. Tetapi saya tidak setuju. Saya tidak fikir saya perlu takut dengan apa yang orang bodoh fikir tentang saya,” kata Farhana.
|