CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10472|Reply: 61

[Contest Deepavali] Main Tumse Pyar Karta Hoon~ TamaT 26/10/2014

[Copy link]
Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts |Read mode


Memandangkan tiada siapa yg menyahut cabaran contest By Momod Nayla, Ku sorang pom redah ajelah...
dan kali ini sempena Deepavali... TERIMALAH ~ MAIN TUMSE PYAR KARTA HOON. Tenkiu.


Kuch Kuch Hota Hai Instrumental




Last edited by sellie003 on 26-10-2014 08:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
Halaman Cinta Pertama

“Hai everybody, Good Morning.” Pretty ceria membuka lembaran ‘Selamat Pagi’ setibanya dia ke pejabat.

Letak sahaja punggung atas kerusi, tanpa berlengah lagi dia ‘on’ komputer dan mula dipedengarkan lagu-lagu Hindustan diruang kubikel tempatnya bertugas. Rakan-rakan setugas yang memahami kegilaan Pretty yang satu ini hanya mampu menggeleng kepala. Dah serupa berada di Bombay keadaannya.

Lagipun, bukan diorang sengaja tak nak menegur Pretty memasang lagu-lagu hindustannya. Pretty pernah bagi alasan yang dia tidak boleh bekerja kalau tidak dialunkan lagu-lagu Hindustan. Cait, Bollywood sungguh. Ada saja alasannya kalau dah kemaruk.



“Chori, chori…chupke, chupke…” Pretty menyanyi riang tak hingat sekeliling. Janji happy sambil tangan tetap menari-nari dipapan kekunci.

“Laa..lalalala…” Pretty mencetak keluar laporan yang disiapkan. Terus ditarik kertas keluar lalu dia bangun dari kerusi dan berpusing menari-nari seolah-olah dia berada di Kashmir yang indah permai.

Buukk…

Pantas Pretty berpusing apabila terasa dia melanggar seseorang. Dengan gerak perlahan (slow motion) berpaling melihat siapakah gerangan?

Tergamam dan terpaku melihatkan si dia memusingkan tubuhnya dan ayunan rambut mengurai si dia menyebarkan harumannya. Terpesona gerangan itu melihatkan si dia terkebil-kebil dan…. Satu-persatu helaian cetakan jatuh berserakkan dari atas karpet. Terkejut barangkali.

“Aaa…Encik Haniff, maa…maafkan saya. Hohh…”

Kalut. Pretty cepat-cepat memungut semula helaian kertas berselerakan tadi.

“Auchh…” Pretty menggosok-gosokkan bahagian dahi dan mengerling di hadapan. Lelaki itu turut berbuat perkara yang sama. Berlaga dahi sesama mereka.

“Maaf.” Lelaki itu menyatakannya. Rupanya, dia juga memungut helaian kertas bertaburan atas karpet. Baiknya dia.

“Saya yang patut minta maaf sebab tak perasankan Encik di belakang saya.”

Mereka sama-sama berdiri, bertentangan. Pretty menyelitkan rambut hitam lurus berkilaunya di belakang telinga.

Lelaki itu menghela nafas. Kala Pretty menyelitkan rambut pun hatinya berdetak hebat. Cantiknya dia.

Pretty memandang segan wajah lelaki di hadapannya menantikan sesuatu. Senyap. Pretty masih memandang helaian kertas cetakannya tadi didakapan lelaki itu. Baklah sini kertas tu?

“Err…Encikkk….laporan tu?”
“Hah? (kalut). Oh, maaf…” Haniff menghulurkan helaian yang dikutipnya tadi kepada Pretty.

“Thanks Encik.”

“Your are welcome.”

Pretty hendak beredar ke bilik Datuk. Namun, teragak-agak apabila Haniff pun kekalutan untuk bergerak sama ada ke kiri atau ke kanan.

“Excuse me.” Serentak mereka bersuara dan akhirnya mereka menghala ke haluan yang berbeza.

Di hujung telinga Pretty dan Haniff sudah terdengar-dengar suara mengekek dan saling bebrisik-bisik nakal. Hishh…malunya.

Last edited by sellie003 on 22-10-2014 10:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
“Va, va, va… are we Pretty just now acting the love true story haa….” Tergoyang sedikit kepalanya bila bercakap.

“Betul tu Prema, Cik Pretty kita ni betul-betul sudah bikin movie meletup dalam ini office juga. Hahaha…”

“Ishh…shuh, shuh, shuh..kacau nak buat kerja. Korang ni memang tak ada keje lain kan. Sibuk…”

Pretty menjeling manja dan meneruskan kerjanya yang sedikit tergendala, akibat gangguan nakal rakan setugasnya. Selepas hantar laporan yang diminta Datuk sejak semalam. Tambah satu lagi tugasannya hari ini.

“Cik Pretty jangan lupa itu minyak nasi sama kita okey.”

“Ishh..Prema, bukan minyak nasilah, nasi minyak.”

“Oohh…sudah tukar ka Sasha?”

“Mana ada tukar. Itu punya bahasa you tarak betul.”

“Opss…sorry, itu macam ka.”

“Iye, iyelah…”

“Haip korang berdua ni. Kalau tak bising satu hari tak sahkan. Nanti Datuk atau Encik Haniff datang, baru kelam-kabut nak buat kerja.”

“Siapa yang kelam-kabut tu?”

Hoh, terkejut Pretty mendengar suara yang begitu familiar. Buat apa dia datang lagi ke sini?

Terkulat-kulat Pretty mengangkat muka dari tempat duduk ke kubikel depan. Terjenggul Haniff bersandar di kubikel Pretty. Pretty kesengihan menutup kegugupan. Kuat ke suara aku tadi? Haih…

“Err…Encik Haniff, ada…apa-apa yang boleh, saya bantu?”
“Ke bilik saya sekejap?”

Terus Haniff beredar dari kubikel dan menuju ke dalam bilik pejabatnya.

“Wah, siapa yang kelam-kabut sekarang? Hihi…”

Pretty memandang geram wajah mengusik Sasha yang masih menyembunyikan ketawanya.

“Baling karang. Baru tau.”

Separa bersuara Pretty memarahi Sasha sambil mengangkat fail putih dijulang ke atas seperti hendak membuat lontaran lagaknya.

Sasha cepat-cepat angkat tangan tanda beralah dan menunding-nunding jari ke bilik pejabat Encik Haniff. Takutlah tu. Pretty tersenyum kemenangan dan sempat mengangkat ‘thumbs down’.  

Pretty menarik nafas dan hembus perlahan.

“Have a nice day.” Tak mahu juga kalah, Sasha mengucapkan ‘selamat’ buat Pretty.

Pretty membalas dengan penumbuk buku limanya.

Sememangnya hubungan mereka sesama rakan setugas tak habis-habis mengusik dan kerap bergurau. Tak kira secara kasar atau halus. Janji, sempoi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
Pintu diketuk. Suara Haniff dari dalam memintanya masuk membuatkan hati Pretty dilanda gemuruh tiba-tiba. Bismillah.

Amat jarang sekali Haniff memintanya masuk ke bilik pejabat jika tiada hal yang betul-betul mustahak. Pretty memulas perlahan tombol pintu dan masuk dengan tertib. Dia mengatur langkah dan terpacak tidak jauh dari meja kerja Haniff.

“Sila duduk.” Tanpa mengangkat wajah, Haniff sibuk menyelak helaian demi helaian dokumen di atas meja.

Pretty menarik kerusi dan duduk sesopan mungkin. Organizer dibuka dan pen sudah tersedia dikepit dicelahan ibu jari dan jari telunjuk. Mata pen sudah berada pada muka surat sebagai catatannya jika ada apa-apa yang akan Haniff sampaikan sebentar nanti.

Mamat ni kalau bercakap macam ‘bullet train’. Laju kemain. Perli Pretty dalam hati.

Fail ditutup dan Haniff membetulkan kedudukkan dengan merapatkan dadanya ke hadapan dan kedua tangannya digenggam di atas meja kerja.

“Begini, saya…”

Haniff melihat keadaan Pretty seperti wartawan hendak menemuramahnya pula. Haniff tersenyum sungging.

“Awak nak temuramah saya ke?”

“Hah? No, I mean yes…err…maksud saya. Encik nak saya buat apa?”

“No, nothing. Saya bukan nak awak catit apa yang saya nak cakap kat awak. Just, put down your organizer and pen please.”

Pretty meletak organizer atas riba dan pen diselitkan di tepi kulit organizer. Dia membetulkan posisi duduknya supaya mengurangkan rasa kekok di hadapan Haniff. Boss kau aje pun. Bukan buaya.

“Okey. Saya nak bagi awak something.”

Something? Apa tu agaknya? Cincin ke? Dia, nak melamar aku? Oh no Pretty. Kau kan berangan nak lelaki yang ada cirri-ciri idaman kau. Dan yang pasti, Encik Haniff bukanlah orangnya. Oh mama, papa macam mana ni? Uhuhuhu…..

“Cik Putri, Cik Putri…” Haniff melambai di hadapan muka Pretty.

“Oh? Err..kenapa?”

“Awak okey Cik Putri?”

“Saya? Oh, err…okey, saya okey cuma teringat kucing saya lupa nak bagi makan. Hmmm…”

Dah kenapa dia panggil aku Cik Putri pulak ni? Nama aku Pretty okey, bukan Putri. Encik Haniff ni memanglah. Tak boleh pakai buat jejaka idaman. Nama aku pun boleh main tukar-tukar ikut suka dia.

“Oh, saya ingat awak dah terpikat kat saya yang kacak ni. Hahah…”

Kacak? Oh please. Gurauan apakah ini? Tak kelakar langsung.

“Encik Haniff nak bagi saya apa tadi?” Cepat sahaja Pretty menghentikan tertawa Haniff. Hanif melihat seketika wajah Pretty yang tak termakan ketawanya tadi. Terbit cebikan kecil dibibir mungil itu.

Hmmm..okey. It's not joke.

“Oh ya, ni hah..” Haniff menolak seperti sekeping kad ke arah Pretty.

“Kad kahwin Encik Haniff ke? Wah, dalam diam-diam nak kahwin dah. Tahniah Encik Haniff.”

“Hish awak ni Cik Putri. Tengoknya tidak dulu.”

“Oh, bukan ke? Heheh…” Lagi-lagi Putri. Haish…

Dalam tak puas hati Pretty buka kad dan membaca isi kandungannya.

Jemputan Ke Majlis Makan Malam Datuk Syed Hashim sekeluarga.
Bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya,
Pada tarikh 22hb, Jam 8.00 malam.


“Apa tujuan Encik bagi saya kad jemputan ni?”

Haniff tersenyum.

“Jadi teman saya boleh?”

“Teman Encik?”

“Yup, majlis tu untuk raikan seseorang yang istimewa.”

“Siapa yang istimewa tu? Bakal isteri Encik ke?”

“Haih awak ni. Suka sangat serkap jarang. Bukanlah, nanti awak temankan saya ke majlis tu, awak akan taulah. Boleh, jadi teman saya malam esok?”

“Tengoklah macam mana nanti.”

“Kenapa perlu tengok dulu? Mak awak tak bagi keluar malam ke?”

“Hah..?” (Okey jugak alasan tu. Aku pun mula-mula tak tau nak fikir alasan apa tak nak keluar date dengan dia. Weh Pretty, date apanya, jemputan je pun. Hai, kepingin ke nak date dengan dia? No, kabbi nehi okey.)

“…lebih kurang macam tulah Encik Haniff. Mama saya memang tak suka saya keluar malam.” (Fuh, bernas punya alasan. Bukan mama yang tak bagi, aku sendiri memang tak suka keluar malam.)

“Oh ye? Kalau begitu bak smartphone awak?”

“Untuk apa?”

“Call mama awak sekarang.”

“Hah? Call mama saya…sekarang?”

“Yes Cik Putri, sekarang.”

Hish dia ni. Macam tak caya kat aku je ni.

Pretty bangun dari kerusi dan kembali ke tempat duduk mengambil iphone.

Stop Pretty, kau katalah iphone kau habis bateri ke apa? Nak ikut sangat arahan dia buat apa? Oh ye tak ye jugakkan.

Pretty berbalas kata dalam hati. Berat hatinya hendak mengikut arahan Haniff tadi.

Beriya benar nak aku jadi teman majlis dia untuk apa? Macam tak ada gadis lain kat office ni. Tu, si Sasha ke Prema ke… tak pun Kak Zu. Eh, Kak Zu dah kahwin, tak pasal-pasal makan penumbuk suami Kak Zu Encik Haniff ni sampai masuk ICU, kang ke naya anak orang je.

Lambat-lambat Pretty masuk semula ke bilik pejabat Hanif.

“So, mana smartphone awak?”

“Err…habis bateri Encik Haniff.”

“Lah, kalau gitu…” Haniff seperti mencapai smartphone di sisinya atas meja. Dia menguis-nguis dan mengangkat kening kepada Pretty.

“Your number?”

“For what?” Hampir melengking Pretty. Tak suka diberi nombor telefon kepada sesiapa melainkan ahli keluarga terdekat.

“Bukan nombor awak, saya nak nombor mama awaklah.”

“Oh, saya ingat apa tadi. Tapi, perlu ke?”

“Perlu, saya nak minta sendiri kebenaran kat mama awak. Kalau keberatan nak bagi nombor mama awak, nombor papa awak pun okey.”

Huish, berani nak telefon papa aku. Okey fine nak sangat kena sembur kan. Ajak anak dara orang malam-malam tak hagak-hagak.

“019-…..” Haniff menekan nombor-nombor yang disebut Pretty. Get it.

“Okey, thanks. Saya telefon papa awak sekarang.”

Apa? Hampir ternganga Pretty betapa beraninya boss kecilnya ini hendak menghubungi papa semata-mata mahu membawanya ke majlis itu malam ini. Mentang-mentanglah anak Datuk. Salah guna kuasa. Nak mengadu kat Datuk, huh… sah-sah aku kalah. Tak pasal-pasal kena buang kerja gara-gara tak ikut arahan jadi peneman anak dia. Tak adil sungguh.

Sedikit menggigil tangan Haniff mahu menekan nombor papa pujaan hatinya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Haniff memusingkan kerusi mengadap dinding cermin lutsinar tembus pandang ke luar. Pretty yang melihat keadaan Haniff berkerut.

Sementara menantikan panggilan masuk yang mendebarkan dada Haniff saat ini, dia meminta Pretty keluar dari biliknya.

“You may go now Cik Putri. Thanks anyway.”

Pretty angkat bahu dan terus keluar dari pejabat Haniff tanpa balasan kata. Last edited by sellie003 on 22-10-2014 10:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
Jejaka Idaman Hati

Pretty mengorak langkah menuruni tangga ke lobi. Memandangkan lif sesak nak balik petang ni, dia mengambil keputusan untuk turun tangga sahaja. Sedang Pretty berlalu dia terbau haruman yang menusuk dan aura membuatkan jantungnya bergetar tiba-tiba. Perasaan apakah ini? Pretty memandang ke depan. Tidak berkelip mata Pretty melihat pesona lelaki itu yang sedang menaiki tangga.

Rohan, my…Rohan.

“Ahh…!” Tidak semena-mena kaki Pretty terpelecok dari mata anak tangga. Terasa tubuhnya didakap seseorang. Dia yang terpejam mata membuka perlahan-lahan kelopak mata.

Oh. Pretty benar-benar terpana apabila jejaka itu yang menyambut tubuhnya. Terpaku dan terkelu.

“Err…are you okey miss?”

Masih diam membeku.

“Miss, are you okey?” Digoncang sedikit tubuh Pretty.

Baru tersedar dari perasaan dibuai-buai dalam dakapan lelaki itu. Kacaknya dia. Hurmmm….

“I’m okey. Fine. Thank you.”

“Boleh jalan tak ni?”

Pretty terkujat.

“Encik boleh cakap melayu?”

“Mestilah, I’m born here. Cuma I further my study at UK.”

“Oh, jadi…buat apa Encik ke sini?”

“I nak mohon kerja.”

“Mohon kerja? Tapi Encik…office hour dah tamat. Besok saya bawa Encik jumpa Datuk by morning?”

Lelaki itu melihat jam tangan. Dia tersenyum. Sekali lagi Pretty terpesona. Manisnya senyuman dia.

“Okey, I salah tengok jam. Besok pagi I jumpa you dulu.”

“That’s right.”

“So, what is your name actually?”

“Errmmm…my name is Pretty.”

“Pretty? You mean, beautiful? Real name?”

“Yes, exactly…my real name is Pretty Nur Atikah.”

“Wow, that’s really beautiful name. Macam orangnya juga.”

“Hah?...” Pretty tertunduk malu tersenyum bahagia dikedua ulas bibirnya.

“And my name is Asyraf, just call me Raf.”

Tangan dihulurkan. Termalu-malu Pretty menyambut huluran tangan sasa itu.

“Nice to meet you Raf.”

Dari atas koridor seseorang memandang sebal dan sayu bersimpul dilubuk hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
Suraj Hua Madham- Kabhi Khushi Kabhi Gham


Pretty menutup pintu sambil berpusing-pusing bernada riang dalam hati. Bagaikan berlagu irama ‘Suraj Hua Madham’ di seluruh ruang biliknya. Pretty menghempas badan terlentang atas tilam empuk. Ditekup wajahnya yang kian memerah saat terkenangkan insiden pertemuannya dengan Raf.

Ketukan di pintu menghentikan lamunan indah Pretty. Dia bangkit lalu menuju ke pintu.

“Pretty.”

“Mama, ada apa ye?”

Pretty membiarkan mamanya masuk ke kamar tidurnya. Mereka sama-sama duduk dibirai katil.

“Tadi, ada orang call papa.”

“Call papa? Siapa?” Pretty kurang peka hingga terlupa yang Haniff ada memberitahu mahu menghubungi papanya. Dah asyik mahsyuk dengan Raf, mana nak ingat.

“Boss kamulah. Katanya nak ajak kamu dinner malam ni.”

Hah? Dinner? Oh gosh, lupa Encik Haniff ada ajak aku.

“Habis tu, papa benarkan ke?”

“Haah, dah boss kamu sendiri call minta kebenaran nak ajak kamu. Papa kamu on kan aje. Cumanya…”

“Cuma apanya ma?”

“Kamu ada hubungan istimewa dengan boss kamu ke hummm…?”

“Ish, mana ada lah mama. Dia ajak dinner keluarga dia aje. Semua staff dijemput untuk ke majlis tu.”

“Betul ke ni? Mama pelik, beriya benar dia call papa kalau betul dinner tu untuk semua staff. Kan kena semuanya perlu hadir tanpa nak call-call bagai. Mesti ada yang Pretty sorokkan ni.”

“Betullah mama. Lagipun, Pretty tak ada hati langsung kat boss Pretty tu. Dah Pretty jugak tak nak pergi mulanya. Yelah, Pretty bagi alasan…mama dan papa tak benarkan err…Pretty keluar malam. Tu pasal dia call. That’s all. Hihihi…”

Terpaksa pecah lubang. Ini semua Encik Haniff punya pasal. Geramnya.

“Amboi, kita pulak dia kata tak benarkan. Awak tu yang tak suka keluar malam. Kenapa tak cakap terus terang?”

“Boss Pretty tu mana nak dengar alasan macam tu. Tapi, tulah…ingatkan cakap macam tu dia fahamlah. Hampeh… tak sukalah nak pergi majlis ramai-ramai orang.”

Pretty memuncung tanda protes, tidak tahu protes itu dituju kepada siapa.

“Pergi sajalah, dah nama pun majlis memanglah ramai orang. Mana tau kat majlis tu ada terjumpa some one special haaa…”

Puan Maria memancing hati anaknya.

“Betul ke mama?”

“Biasanya, majlis-majlis macam tu…ada lah jodoh yang menanti.”

Pretty merapatkan kedua tapak tangannya dibawa kebibir. Betul juga tu?

“Mama, tolong Pretty carikan baju apa yang sesuai. Please.”

“Okey, okey. Kamu mandi dulu, kemudian kita cari baju yang sesuai sama-sama.”

“Thanks mama. Sayang mama.”

Kucupan diberikan dipipi kanan Puan Maria. Satu-satunya anak gadis yang dia ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
“Pretty, cepat nak. Boss kamu dah sampai ni.”

Huh, dah sampai?


Pretty melihat jam loceng bentuk ‘love’ dikerling sejenak.

Baru 7.30, dia tak Maghrib dulu ke?

Pretty menatap semula cermin dan cepat-cepat membetulkan make-up. Pretty keluar dari kamar dan melangkah menuruni tangga.

“Itu pun anak pak cik dah turun.”

Encik Maarof dan Haniff sama-sama bangun dari sofa. Tak berkelip mata Haniff melihat penampilan Pretty. Pretty mengangkat sedikit gaun labuh menyapu lantai berona kelopak mawar merah. Begitu menyerlah keayuan Pretty dimata Haniff menyelinap ke dasar kalbu Haniff.

“Jom Encik Haniff.”

Tak lepas-lepas retina mata Haniff menatap wajah jelita Pretty sehingga langsung tidak mendengar Pretty menegurnya.

Hai, dah kenapa Encik Haniff ni terpacak tak bergerak-gerak ni? Papa, kenapa pulak mamat ni? Tersampuk ke?

Pretty menala pandangan kepada Encik Maarof dan bertanyakan soalan hanya isyarat bisu melalui pertikaian mata berbicara sesama anak beranak.

Encik Maarof mengangkat bahu dan mula mendekati Haniff. Ditepuk perlahan bahu kanan Haniff. Tersentak lelaki itu lalu memandang Encik Maarof di sisi.

Aiseh malunya. Mengelamun aku angaukan anak pak cik ni.

“Haniff, anak pak cik dah bersiap tu. Bolehlah bertolak sekarang.”

“B..baik pak cik.” Haniff menggosok-gosok belakang lehernya menahan malu.

“Pretty minta diri dulu papa.” Pretty menyalami Encik Maarof.

“Saya pun sama papa…eh, pak cik. Ermmm…” Terjenggil mata Pretty mendengar dan terkulat-kulat Haniff menyalam tangan ehem, bakal bapa mertuanya kelak. Amin.

“Dah nak pergi ke?” Muncul Puan Maria dari dapur menuju ke ruang tamu.

“Ye mama.” Pretty bersalam sambil mengucup kedua pipi Puan Maria.

“Baru nak ajak makan malam sekali kat rumah.” Puan Maria bertukar salam dengan Haniff. Tersipu-sipu Haniff menyambut salam hormat Puan Maria.

“Hai mamanya, dah budak-budak ni nak pergi dinner. Nak ajak makan kat sini buat apa?”

“Alah bang, bukan selalu…”

“Lain kali saya datang lagi ye mak cik.”

Haniff tanpa sengaja mengeluarkan kenyataan membuatkan Pretty sekali lagi terjeggil biji mata.

Apa motif dia ni nak berbaik dengan orang tua aku. Tak sukalah macam ni.

“Baguslah tu. Nanti mak cik masak sedap-sedap. Pretty..”

“Apa ma?” Pretty mengalih pantas ke wajah Puan Maria.

“Lain kali, ajak boss kamu datang makan sini tau. Mama masak special.” Siap angkat ‘thumb up’ dua-dua belah kiri dan kanan lagi.

Oh mama. This is to much. Jangan harap aku nak jemput dia ni.

Pretty menjeling tajam ke muka Haniff yang tersenyum-senyum. Dan sempat Haniff mengalih pandang ke wajah Pretty yang dah mencuka.

Aik, macam tak suka aku dipelawa?

“Dahlah mama, papa…Pretty minta diri dulu. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikum salam.” Jawab Encik Maarof dan Puan Maria serentak.

“Saya minta diri dulu, pak cik, mak cik.”

“Jangan lupa datang lagi ye.” Puan Maria tetap mempelawa. Entah kenapa berkenan pula nak mengajak anak muda tampan itu bertandang ke rumah. Berbudi bahasa pula tu.

“Dan jangan balik lewat sangat.” Encik Maarof berpesan dan yang pasti dia juga turut berkenan dengan pemuda itu. Memang elok sangat isterinya mengajak pemuda itu merangkap boss anaknya bertandang ke rumah.

Kereta beransur-ansur keluar dari perkarangan rumah sambil melambai-lambaikan tangan sehingga hilang dipandangan.

“Handsome kan bang boss anak kita tu. Baik pulak tu, berbudi bahasa. Padan dengan anak kita si Pretty tu. Berkenan saya buat menantu.”

“Hmmm…tak ada makna awak dan saya berkenan kalau anak kita tu macam tak suka saja kat anak muda tu.”

“Mana abang tau Pretty tak suka budak tu?”

“Awak tak nampak tadi anak kita tu munjung sedepa. Macam kena paksa pergi je tu.”

“Yeke bang? Tapi tadi bukan main dia bersiap pasang badan.”

“Mula-mula awak cakap kat anak kita tu macam mana?”

“Err…saya ada kata kat Pretty yang mungkin…jodoh dia ada kat majlis tu nanti.”

“Hmmm…sah, sah budak muda tu bukan idaman anak kita. Awak ni pun.”

“Tapi bang, tak ada kurang pun budak muda tu dimata kita.”

“Ye, memang betul. Tapi kalau kurang dimata anak kita nak buat macam mana.”

“Saya pula yang sedih bang. Nampak benar budak tu sukakan Pretty. Masa anak kita tu turun, langsung tak berkedip-kedip tengok anak kita.”

“Hemmm, dahlah. Kita serahkan jodoh kat Allah Taala. Doakan yang baik-baik untuk anak kita, sudahlah. Asalkan dia bahagia.”

“Yelah bang. Asalkan anak kita bahagia.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
Masing-masing diam membisu dalam kereta yang dipandu Haniff. Tak tau apa nak dibualkan. Setelah dia diberi kebenaran oleh papa Pretty untuk membawa gadis idamannya ke majlis makan malam keluarga, gembiranya hati Haniff bagai melompat tinggi menggapai bintang diawan.

Dia bersiap-siap awal usai balik dari pejabat dan terus ke destinasi rumah Pretty. Sempat dia singgah berjemaah Maghrib di masjid tak jauh dari tempat kediaman keluarga Pretty.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2014 08:18 PM | Show all posts
Malam 22hb, di Hotel Hilton.

Majlis Makan Malam diadakan di perkarangan tepi kolam renang. Tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga dan warga kakitangan Syarikat Maju Corp. Sdn. Bhd.

Kereta BMW Haniff berhenti di depan tangga lobi hotel. Pretty melihat keluar betapa gah dan mewah hotel ini. Pertama kali menjejakkan kaki ke hotel mewah begini. Sepanjang dia bertugas selama 3 tahun, bukan tidak pernah syarikat tempatnya bekerja mengadakan Annual Dinner di hotel-hotel.

Dia sahaja yang lebih suka berada di rumah membaca novel sambil melayan lagu-lagu Hindustan, dari menghadiri ke majlis-majlis besar begini. Namun, kiranya dia sudah memecahkan tradisi hadir ke majlis ini dan seakan tidak pula menyesal mengikut boss kecilnya ini.

Huh, tiba-tiba berdegup-degup jantung Pretty dirasakan. Macam ada sesuatu yang menantikannya. Tak tau, apakah perasaannya saat ini?

Pintu di tempat duduk penumpang hadapan tidak semena-mena dibuka.

“Silakan.”

Pretty melihat gerangan. Oh, Encik Haniff rupanya. Tak sedar pintu dibuka olehnya.

Haniff menghulurkan tangan kepada Pretty. Teragak-agak Pretty menyambut huluran itu. Haniff menarik perlahan tangan Pretty keluar dari perut kereta.

“Excuse me Mr. Haniff, may I…”

Seorang bellman hotel meminta kunci BMW kepada Haniff.

“Of course, thanks.”

Haniff menyerahkan kunci kereta untuk dipakir oleh bellman ke tempat ruang pakir yang disediakan khas untuk tetamu VIP sepertinya.

“Cik Putri, may I…”

Sekali lagi sikap budiman Haniff menghulurkan tangan kepada Pretty. Pretty tersenyum dan juga menghulurkan tangan untuk disambut Haniff. Haniff memaut tangan Pretty lalu dibawa ke lengannya. Mereka beriringan masuk ke lobi hotel.

Sempat Pretty mencuri pandang penampilan dan wajah lelaki itu. Baru perasaan ada kelainan pada penampilan boss kecilnya malam ini.

Handsome pulak dia malam ni. Dengan suit hitam tanpa tali leher. Kemeja putih dibiarkan butang tidak dikancing hingga ke dada dan…seluar denim baldu biru.

“Saya nampak extra kacak kan malam ni?”

“Eh?” Terpana Pretty.

“Tak kisah kalau awak nak jatuh cinta kat saya. Saya terima.”

Haniff mengenyitkan mata. Sekali lagi Pretty terkasima. Gugup tiba-tiba.

Jahatlah Encik Haniff ni.

“En…Encik Haniff, kat mana majlis tu ye?” Pretty ubah topik hilangkan kegugupannya.

“Majlis tu dibuat kat tepi kolam.”

“Oh.”

“Teringin nak mandi kolam?”

“Eh, tak naklah Encik Haniff ni. Ke situ pulak.” Agak tegas Pretty menyatakan walaupun lembut bersuara.

Dah boss, takkan nak tempik pulak walaupun rasa nak pekik kat telinga dia ni.

“Janganlah marah. Saya gurau saja.”

“Gurau apa macam tu. Tak suka betul.” Pretty merungut-rungut.

“Apa dia Cik Putri?”

“Tak ada apalah.” Putri lagi.

Menonong Pretty berlalu ke tempat yang dimaksudkan. Pautan dilengan Haniff pun awal-awal dileraikan apabila diusik Haniff sebentar tadi. Menyampah betul, dia benar-benar tidak suka diusik Haniff.

“Nak ke mana tu Cik Putri?”

Mana-mana ajelah asalkan jauh dari kau.

“Uhh…” Pretty dirempuh seseorang. Nyaris tubuhnya nak jatuh terlentang. Serasa pinggangnya dipaut dari belakang.

“Pretty?”

Saat mendengar suara itu Pretty tunak melihat gerangan yang memaut pinggangnya.

Oh may Allah. Is him.

“Raf?”

Asyraf menegakkan posisi berdiri Pretty. Tertunduk Pretty saat dirinya terlalu rapat ke dada lelaki itu. Jantungnya mula berentak haru-biru.

“Tak sangka jumpa you di sini.”

Perlahan-lahan Pretty mendongak memandang lelaki itu.

Makin kacak dia malam ni.

“You buat apa kat sini? Cantik you malam ni.”

“Errmmm…thanks, I ada jemputan majlis kat sini. You pulak, buat apa kat sini?”

“I pun ada majlis kat sini. I nak ke washroom kejap.”

“Oh, so…see you later.”

“Yup, sure. I minta diri dulu. And sorry for that.”

“I’m sorry too. Thanks again.”

Pretty melihat lelaki itu berlalu hingga hilang dipandangan. Dalam hati berdoa agar diketemukan semula. Jiwanya kian berbunga.

“Seronok nampak peluk-peluk macam tu.”

Huh, terkejut aku. Tiba-tiba muncul depan aku ni kenapa?

“Encik Haniff, tadi tu bukan…”

“Tak perlu beri alasan. Saya bukan buta pun tadi.”

Lelaki itu terus berlalu meninggalkan Pretty terkulat-kulat disergah begitu. Ketara wajah lelaki itu kemerahan seperti ada bara dalam dada terus sampai naik ke muka. Sedikit gerun melihat wajah yang pertama kali dilihat Pretty.

Apa hal dia marah sangat kat aku ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:28 PM | Show all posts
amboih cik sellie..sedapnya tajuk

teruskan...sambungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:34 PM | Show all posts
baca tajuk pon dah start goyang2 kepala...
bila start baca makin laju goyang kepala..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 11:37 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-10-2014 09:28 PM
amboih cik sellie..sedapnya tajuk

teruskan...sambungannya..

thanks sudi baca, maksudnya ku cinta padamu...huhu...gigih cari maksud...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 11:38 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-10-2014 09:34 PM
baca tajuk pon dah start goyang2 kepala...
bila start baca makin laju goyang kepala..

jangn kata goyang kepala...nak goyang semua pom takpe...ahaks...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 11:41 PM | Show all posts
Malam Yang Pudar

Haniff melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan sambil membuang pandang ke dasar kolam. Haniff menyeluk saku seluar. Kiri, kanan dan belakang kocek seluar. Haniff mengeluh. Tiada satu pun batang rokok. Dia hampir terlupa yang dia sudah lama berhenti tabiat menyedut asap sejak dia di alam pekerjaan. Itu pun atas arahan daddy tak mahu dia merokok.

Dia akan merokok apabila perasaannya resah, gelisah. Jiwa kacau atau stress. Saat ini, dia benar-benar kusut. Dia meraup-raup rambutnya ke belakang. Hatinya yang pada mula mekar bagaikan diiringi sekumpulan rama-rama terbang. Dan sekarang ini, rama-rama itu bertaburan pergi entah di mana.

Hatinya sakit sejak petang tadi. Gadis yang didambakan lebih memberi perhatian kepada yang lain selain daripadanya. Entah apa salah silapnya membuatkan gadis itu sering marah-marah dan merajuk kepadanya. Baru diusik sedikit, gadis itu sudah tarik muka 14. Yang paling menyakitkan dimajlis makan malam tadi. Dia benar-benar kecewa dan sebal.

Teringat dimajlis makan malam tadi,

“Daddy.” Haniff memeluk Datuk Syed Hashim dan menepuk lembut belakang orang tuanya. Kemudian dia memeluk Datin Kalthom dan dicium kedua pipi mummynya.

“Bila sampai?” Datin Kalthom menyentuh lembut pipi anak bujangnya.

“Baru lagi mummy. And, I want you to meet someone…very special.”

Separa berbisik Haniff menyatakan di tepi telinga mummynya. Sekian lama juga mummynya kepinginkan anak terunanya membawa seseorang.

“Siapa gadis yang mencuri hati anak mummy ni, hmmm…?” Agak teruja Datin Kalthom menyuarakan.

Haniff meminta mummynya bersabar. Dia mengorak langkah ke tempat Pretty sedang tercangak-cangak seorang diri, berdiri di suatu sudut.

“Cik Putri.” Tersentak Pretty dicuit lengannya oleh Haniff.

“Apa dia Encik Haniff?”

“Saya nak kenalkan awak kepada seseorang.”

“Siapa?”

“Seseorang yang penting dalam hidup saya. Jom.”

Haniff mengajak Pretty berjumpa dengan mummynya. Pretty masih lagi tercangak-cangak melihat ke suatu arah.

“Kenapa Cik Putri?”

Haniff turut memandang ke tempat yang Pretty sedang tercari-cari ke arah sana, tempat berkumpul orang ramai sedang berbual santai sambil diselangi gelak ketawa.

Apa yang menarik kat sana tu?

“Cik Putri, mari saya kenalkan kat mummy …”

“Kejap, kejap Encik Haniff.”

Pretty tersenyum-senyum malu saat seseorang mendatangi mereka berdua.

“Hai Pretty, we meet again. Glad to see you here.”

“Yes Raf, I’m also glad to see you too.”

Haniff terkasima. Terasa perancangannya sejak semalam bagaikan pudar malam ini. Si dia terus berbual mesra tanpa menghiraukannya terpegun di situ. Perlahan-lahan Haniff mengundur diri. Dia meraba bahagian dadanya. Ada tusukkan ngilu disudut kalbunya. Bagai dirobek panah yang tercabut keluar dari jantung. Sakit sekali.

Seumur hidup. Itulah perasaan yang menyakitkan hingga saat ini. Dia, membawa diri dibangku ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 11:42 PM | Show all posts
Pretty tercari-cari kelibat Haniff. Terasa bersalah kerana tidak menghiraukan lelaki itu apabila galak berbual dengan Asyraf tadi. Raf pun ada bertanyakan gerangan lelaki bersamanya tadi. Baru nak kenalkan Haniff kepada Asyraf, lelaki itu sudah tiada.

“Perhatian, perhatian para tetamu semua. Di sini Datuk Hashim ingin menyampaikan sesuatu kepada kita semua. Dipersilakan Datuk.”

Juruacara mempersilakan Datuk Hasyim berucap.

“Terima kasih saudara Abdullah. Dan terima kasih kepada semua rakan-rakan terhormat saya, kaum keluarga dan warga kerja Syarikat Maju kerana, sudi hadir ke majlis makan malam sempena menyambut kedatangan warga baru dalam syarikat kita. Dipersilakan, Syed Asyraf Syed Hashim anak kedua saya yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di UK dalam bidang perniagaan peringkat Master. Sekali lagi, dipersilakan…”

Pantas Pretty menoleh tatkala nama Asyraf diumumkan di khalayak. Pretty benar-benar tidak menyangka lelaki itu, adik kepada Syed Haniff?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 11:48 PM | Show all posts
Haniff menyalakan sebatang rokok dan disedut dalam-dalam, huff…dihembus keluar. Dia menelek-nelek batang rokok yang dipau dari pelayan yang sedang menghidang makanan tadi.

Rokok murah. Huh, jadilah dari tak ada.

Galau dihati perlukan sedikit ketenangan ketika ini. Haniff menatap dada langit bagaikan hilang seri.



Sekian lama sejak pertama kali terpandangkan gadis itu, hatinya terpaut…yang paling melucukan, gadis itu terlalu gemarkan lagu-lagu Hindustan. Hinggakan gadis itu menyinari pejabatnya dengan keletahnya menyanyikan lagu-lagu Hindustan dan adakalanya terbawa-bawa irama yang diperdengarkan membuatkan gadis itu menari-nari di ruang kubikelnya dan ada ketika, gadis itu menari jika tiada yang lalu lalang di koridor, sampai ke pantry gadis itu berpusing-pusing mengikut rentak melodi.

Haniff tersenyum sendiri mengenangkan itu. Gadis itu sudah terpahat di tempat yang cukup istimewa ke dasar hati lelakinya ini. Itu yang menyebabkan hatinya bagaikan retak. Seperti gadis itu pernah berjanji untuk hidup semati dengannya.

Ah, dah parah kau ni Haniff. Memang dah parah. Dah luka berdarah pun.

“Mana Encik Haniff ni? Aku dah kebulur ni. Takkan aku kena makan sorang-sorang pula.”

Sedang Haniff melayan blues jiwa luka, dia terpandang Pretty sedang merayap-rayap tak jauh dari tempatnya duduk. Haniff kelam-kabut. Cepat-cepat dicampak putung rokok atas rumput dan ditenyeh semahunya dengan kasut.

“Haaahhh…” Haniff menghembus nafas ke tapak tangan lalu dibau sendiri.

Aiseh, bau rokok. Macam mana nak hilangkan bau ni?

Haniff terpandangkan air kolam. Lalu bertinggung di tebing dan menunduk. Dia mencedok air kolam ke tapak tangan lalu berkumur-kumur.

Ish, mana pulak boss aku ni? Merajuk ke apa sampai tak jumpa kat mana-mana… eh, itu macam dia? Buat apa dia kat tepi kolam tu?

Pretty melangkah menuju ke tempat Haniff sedang berada.

“Encik Haniff.”

Haniff hampir-hampir nak terjerumus dalam kolam. Terkejut punya pasal. Terus dia duduk dan berlunjur kaki di tebing kolam. Sempat dia menjirus-jirus air.

Nak tergelak Pretty melihatkan aksi Haniff. Dah macam model kolam renang pula. Op, op…kacak pulak gaya dia begitu. Take a pic, take a pic…

Tanpa lengah Pretty mengeluarkan iphone. Dia snap beberapa gambar tanpa disedari Haniff.

Wow, boleh hantar kat majalah ‘Glam’… kalau beginilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 11:53 PM | Show all posts
ni cerpen ke novel?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 12:00 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-10-2014 11:53 PM
ni cerpen ke novel?

cerpen...macam cerpen Korban Cahaya gak....TQ

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe.. Comel hanif terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 02:57 PM | Show all posts
sellie003 posted on 22-10-2014 11:37 PM
thanks sudi baca, maksudnya ku cinta padamu...huhu...gigih cari maksud...

ai lagi gigih membacanya cik sellie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.091982 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list