CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 2

[Tempatan] Cadangan YB tak turun padang wajar letak jawatan

[Copy link]
Post time 22-10-2014 10:38 AM | Show all posts |Read mode
"Kalau wakil rakyat yang dipilih tak ada masa untuk bersama rakyat dan mendengar keluhan mereka, lebih baik letak jawatan.”

Ringkas jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz ketika menjawab soalan wartawan berhubung sikap ADUN yang kurang bertemu rakyat sehingga menjadi bualan ramai.

"Saya tak mahu menuduh sesiapa tetapi bagi saya, sejak dipilih menjadi ADUN Semenyih, masa santai saya bersama keluarga terpaksa dicatu.

"Bukan itu sahaja malah hobi saya seperti bermain golf juga terpaksa dihentikan kerana rakyat sentiasa menanti kedatangan saya.

"Bukan saya mengeluh tetapi apa yang saya lakukan hari ini adalah antara minat saya sejak kecil lagi iaitu bertemu orang ramai dan membantu menyelesaikan masalah mereka selagi terdaya," katanya ketika ditemui di Kampung Rincing Hilir, Semenyih.

Kata Johan, adalah tidak adil bagi seorang ADUN jika tidak memperuntukan masa untuk rakyat yang telah memberi amanah untuk membantu mereka.

"Setiap amanah yang diberikan itu adalah sesuatu yang harus ditunaikan oleh sesiapa sahaja kalaupun bukan wakil rakyat.

"Ini adalah tanggungjawab yang perlu digalas walaupun terpaksa mengenepikan keperluan diri jika keadaan amat memerlukan," katanya.

Soal penat tidak timbul kata Johan, sebaliknya jika bijak membahagikan masa, semua urusan dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Saya tak boleh kata saya adalah seorang wakil rakyat yang sempurna. Saya juga ada kelemahan diri tetapi sebagai wakil rakyat yang dipilih, saya akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan permasalahan rakyat," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 06:09 AM | Show all posts
Ringkas jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz ketika menjawab soalan wartawan berhubung sikap ADUN yang kurang bertemu rakyat sehingga menjadi bualan ramai.

Hello Jo...dua agenda utama oreng politik...pertama...cari ongkus bilo sudah dapek jawatan..kedua....merancang untuk kemenangan undi akan datang ...supaya kekal....ketiga...saperti diatas...mano adoh maso...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah.. Klu dh tahap menteri pn xnk letak jawatan.. Apela sgt klu setakat ADUN ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050365 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list