CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2916|Reply: 23

Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Ngeri Selepas Patah Tulang Rusuk

[Copy link]
Post time 22-10-2014 11:26 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Farid kini lebih tumpu filem cinta.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan  tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri yang dilakukannya sendiri selepas beberapa kali mengalami kecederaan sehingga patah tulang rusuk.

Farid berkata, dia akan lebih memilih untuk melakonkan watak-watak aksi tersebut secara sendiri bagi mengelakkan kecederaan berulang.

"Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.

"Namun saya tidak letak limitasi pada watak aksi cuma saya hanya akan melakonkan aksi yang tidak begitu berisiko yang boleh mengakibatkan kecederaan," ujarnya kepada mStar Online.

Farid berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cineplaxes, dekat sini, Isnin.

Tambahnya, ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2012, dia mengalami patah tulang rusuk kiri sehingga mengakibatkan sukar untuk bernafas.

"Ketika penggambaran itu saya sudah terlalu penat kerana bermula daripada 8 pagi hingga 4 pagi buat adegan pertarungan menjadikan saya tidak fokus.

"Saya rasa rusuk kiri sakit dan sukar untuk tarik nafas dan ketika itu juga saya ingin melangsungkan pernikahan dengan Diana Danielle (3 November 2012), saya makan pil tahan sakit dan keesokannya lepas majlis pernikahan itu saya tidak boleh bangun.




"Mereka bawa saya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang rusuk kiri saya patah," ujarnya.

Dalam pada itu, Farid akui hampir 90 peratus aksi ngeri dalam filem tersebut dilakukannya sendiri.

Ia disebabkan kerana dia kurang berpuas hati dengan lakonan pelakon lagak ngeri dari Thailand yang dibayar melakonkan aksi berkenaan.

"Saya buat hampir semua aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan itu sendiri kerana tidak percaya melihat lakonan pelakon stunt dari Thailand.



"Dia hanya buat beberapa aksi berlari-lari yang saya tidak begitu mencabar tetapi memenatkan," ujarnya.

Farid memegang watak sebagai Darin yang ingin keluar daripada kumpulan pengganans yang banyak melakukan kekejaman di kampung mereka, namun terpaksa melalui pelbagai rintangan.

Antara pelakon yang turut terlibat ialah Bront Palarae, Nora Danish, Azhar Rani dan Qi Razali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 11:53 AM | Show all posts
Kesihatan perlu di utamakan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 12:14 PM | Show all posts
berenti terus pun lg baguss...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 12:24 PM | Show all posts
Knp aku rasa filem ni bakal flop jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu que haidar menten berlakon mcm FK mau dah ada 40 lebih filem mcm FK.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:00 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 22-10-2014 12:24 PM
Knp aku rasa filem ni bakal flop jugak?

Parit tamil n filem flop berpisah tiada dik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 02:10 PM | Show all posts
drlinda08 posted on 22-10-2014 12:14 PM
berenti terus pun lg baguss...

lepas tu kau nak bagi dia berapa pendapatan bulanan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:11 PM | Show all posts
kesian, sakit di malam purtama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 02:22 PM | Show all posts
awat ntah akak x berkenan kalo dlm muvi tu ada si parit nih belakon..cemoihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 04:25 PM | Show all posts
dia ni brlakon sana sini tp knape xde yg best ekk
xde filem dia yg btol2 best
semua nye indah khabar dr rupa
trailer kemain gempak tp cerita hampeh
kdg2 rupa pon dh xindah, xhingin nk tgok
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kaklehot posted on 22-10-2014 02:22 PM
awat ntah akak x berkenan kalo dlm muvi tu ada si parit nih belakon..cemoihh

kann. sama. bukan takat muvi. drama pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 07:13 PM | Show all posts
x berminat nak tengok cerita dia. nak lagi time dia bercakap. loya & nampak busuk!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:24 PM | Show all posts
Mummy teh sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan anak2 mummy....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:07 PM | Show all posts
semoga berjaya lah kamil oiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:29 AM | Show all posts
berlakon la selagi larat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:24 AM | Show all posts
edee_91 posted on 22-10-2014 02:10 PM
lepas tu kau nak bagi dia berapa pendapatan bulanan?

alaa... keje la belakang tabir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 01:44 PM | Show all posts
Heolls takut xsempat mintak maap dengan mertua kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 02:25 PM | Show all posts
drlinda08 posted on 22-10-2014 12:14 PM
berenti terus pun lg baguss...

.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:44 PM | Show all posts
pilem rempit lagi ka? boringgg.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:15 PM | Show all posts
Jaga kesihatan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.065462 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list