CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3105|Reply: 34

[Tempatan] Naik tambang 30%

[Copy link]
Post time 22-10-2014 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.


Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.
“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).



“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.
“Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.
Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.




Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.
“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.
“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.


Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3249#sthash.jNgyNwNZ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 02:47 PM | Show all posts


hari tu gomen kata tak naik .

-  bincangkan .   





Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran area aku ni anak dia lima orang..
Lima lima naik van skolah..
Tah brapa la agaknya
Dia ngah dok kira kira tu..
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:30 PM | Show all posts
jalan kaki kang kena culik pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:32 PM | Show all posts
ok.. ape lagi yg naik pasni.. nexxxtttt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran aku lak kata kalo nak sek cina kat anak dia belajar skrg ni lebih elok naik bus sekolah coz bus sekolah akan behenti dlm kawasan sekolah n cikgu2 akan tunggu anak2 murid semua.. Ni kn fkr mn lebih elok anta sendiri atau naik bus sekolah nsb baik dua tahun lagi.. Leh fkr panjang2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 12:36 AM | Show all posts
Tunggu jer pemimpin bongok yg kata kenaikan tak membebankan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:38 AM | Show all posts
disarankan tak payahla beranak ramai ramai. frasa 'anak ramai murah rezeki' tu dah tak relevan dah zaman skrang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 12:40 AM | Show all posts
annehuda posted on 23-10-2014 12:38 AM
disarankan tak payahla beranak ramai ramai. frasa 'anak ramai murah rezeki' tu dah tak relevan dah z ...

murah rezeki kalau anak2 tu doakan mak ayah dia...jadi anak soleh....insyaallah rezeki datang dengan mudah...lepas tu kena berusaha...kalau mengangkang creet ahhh sedap siap ..mengandung 4 org sekali kuar..2 tahun jadi 8 org..sume tak di didik last2 sume jadi setan...bapak pulak malas kerja...tang mana datang rezeki anak tu...keh3
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 01:01 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 23-10-2014 12:40 AM
murah rezeki kalau anak2 tu doakan mak ayah dia...jadi anak soleh....insyaallah rezeki datang deng ...

perempuan zaman skrang 1 out of 15 penghidap pcos. dan 80% pengidap pcos tu ada masalah kesuburan. tu baru perempuan, kalau lelaki ngan masalah kemandulan plak mcm mane. sbb tu org ckp anak tu rezeki sbb betapa ramainye suami isteri kt malaysia ni susah nk dpt anak. kalau dh tau semput nk bela anak ramai baik kasi je kt psgan yg dh kawen takde anak buat anak angkat lg bagus. kesian budak2 yg makbapak susah ni mcm tak cukup zat pun ade, camne nk membesar ngan sempurna?

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:58 AM | Show all posts
Air hujan shj yg turun
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:25 PM | Show all posts
aiyaaa...mau naik lagi ka
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:52 PM | Show all posts
aler utoh   

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:29 AM | Show all posts
harga minyak dunia turun,emas dunia pun turun harga,
di malaysia pulak serba serbi nak naik ...tak reti aku nak pikir
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:41 AM | Show all posts
Tambang naik tapi bas buruk ogek. Amat memalukan Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank2 saya naik van..jarak antra sekolah dengan rumah dalam 3km tp sorang dah rm70 + rm70 (sek agama dan kbgsaan)..sorang je rm140..ank sy 2 orang-sebulan rm280..mmg mendadak naik..tahun ni sorang rm110..2 org rm220..
Sedih tggl dibumi mlaysia sndri
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:29 AM | Show all posts
ticer_bunga posted on 16-11-2014 09:17 AM
Ank2 saya naik van..jarak antra sekolah dengan rumah dalam 3km tp sorang dah rm70 + rm70 (sek agama  ...

tak jauh mana jarak antara rumah & sekolah tapi caj sampai RM140 ? mahal nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 posted on 22-10-2014 06:47 AM
hari tu gomen kata tak naik .

-  bincangkan .

gomen..beselaa..kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
koliba posted on 16-11-2014 11:29 AM
tak jauh mana jarak antara rumah & sekolah tapi caj sampai RM140 ? mahal nya

Ye betul..terpaksa sbb semua van/bas charge harga yg sama..tu pun tak tetap..naik hgga 30%..mak ayah pegi keje..rasa nak fengsan duk malaysia bumi bertuah ni..hebat btl penangan depe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066421 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list