CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 6

Anjing Bukan Najis

[Copy link]
Post time 22-10-2014 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Quran tak kata anjing najis. Anjing najis cuma pendapat mazhab. Tak wajib ikut mazhab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 10:28 AM | Show all posts
BABI? NAJIS TAK?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 01:11 PM | Show all posts
uniq61 posted on 23-10-2014 10:28 AM
BABI? NAJIS TAK?

Babi adalah rijis bukan najis. Darah juga rijis bukan najis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 03:31 PM | Show all posts
GUNA AKAL SEMATA-MATA

Assalam kepada semua pengikut setia KedahTimes. KedahTimes kembali menulis setelah beberapa lama tidak menatap BLOGGER.COM. Kesibukan.

Kali ini KedahTimes hanya ingin menyentuh tentang isu terkini yang hangat diperkatakan, 'I WANT TO TOUCH DOG'.

Umat Islam mengetahui bahawa Anjing adalah najis berat kepada umat Islam. Najis berat atau mughallazah ini berlaku apabila berlaku sentuhan ke atas anjing dalam keadaan dimana samada kedua-duanya basah atau salah satunya dalam keadaan basah. Jika kedua-duanya kering, maka tidak berlaku najis yang dimaksudkan.

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk  dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan airbercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Walaubagaimanapun Anjing tidak digalakkan oleh Islam untuk penganutnya membela sebagai 'pet' seperti kucing atau burung.

Memelihara anjing adalah HARUS dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

Dalam keadaan biasa dimana seperti membela sebagai 'pet' atau program ingin saja-saja menyentuh atau membelai anjing, Rasullullah sentiasa mengingatkan kita akan kehilangan pahala jika saja-saja menyentuh atau membela anjing sebagai 'pet'.

Program ' I WANT TO TOUCH A DOG' adalah tidak termasuk dalam perkara yang diharuskan seperti di atas, malah seperti ingatan Nabi kita bahawa kita akan kehilangan pahala jika menyentuh najis berat.

Cuma apa yang kita pertikaikan apakah motif sebenar program seperti ini? Apakah hanya kerana ingin orang Islam menjadi lebih mengenali atau lebih menyayangi anjing? Jika dilihat orang Islam amat jarang menyeksa atau menganiaya anjing. Dan kenapa sasarannya hanya wanita-wanita bertudung yang beragama Islam?

Amat pelik jika mereka mengatakan bahawa orang Islam tidak mengenali anjing. Malah Islam banyak menceritakan tentang anjing kepada umatnya. Malah Allah memberi pahala besar kepada insan yang memberi minum kepada anjing yang dahaga.

Ajaran Islam secara terang dan banyak memberi panduan tentang hukum hakam tentang anjing.

Penganjur I WANT TO TOUCH DOG
KedahTimes merasakan ada agenda tertentu yang ingin menghina ajaran Islam. Malah kemungkinan dimasa-masa depan, program seperti ' I WANT TO TOUCH PIG' atau 'I WANT TO TO TOUCH BREAST' dan sebagainya mungkin dilakukan oleh mereka-mereka yang hanya menggunakan akal semata-mata dalam melakukan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, tanpa merujuk kepada nas-nas dan ayat-ayat Quran.

KedahTimes menyarankan agar pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya. Malah jika perlu matapelajaran Tauhid, Feqah dan usuludin perlu diberikan kepada semua pelajar Islam agar mereka mempunyai pegangan dan keimanan yang kukuh apabila menghadapi keadaan yang mencabar.


MUNGKIN KO NI MURTAD..



Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2014/10/guna-akal-semata-mata.html#ixzz3Gx1jBNQU

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 09:40 PM | Show all posts
Tak murtad kerana tak ikut mazhab Shafie. Boleh ikut apa jua mazhab. Tak ikut mazhab pun boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 09:34 AM | Show all posts
ni board Politik tempatan lah Beb.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.216665 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list