|
KUANTAN - Hasrat seorang remaja untuk bersembahyang di kuil bagi menyambut Deepavali hari ini tidak kesampaian apabila dia cedera parah dilanggar kereta api ketika sedang melintas landasan untuk ke kuil di Kilometer 226.5, Tanjung Lipis, Kuala Lipis.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, G. Nagaya, 17, dari Kampung Tanjung Lipis dilanggar tren Senandung Wau 28NK yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.
"Kejadian itu hanya disedari pemandu tren selepas terlanggar sesuatu sebelum memaklumkannya kepada anggota polis bantuan KTM Kuala Lipis," katanya ketika
dihubungi Bernama hari ini.
"Remaja itu pada awalnya dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
"Akibat rempuhan, remaja itu yang lengkap berpakaian raya terpelanting kira-kira 20 meter daripada landasan," ujarnya. - Bernama Last edited by Modngengade on 22-10-2014 10:17 PM
|
|