CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Isu anjing: UMNO terasa pedas kenyataan bekas Mufti

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2014 09:13 AM | Show all posts
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dr asri tak sebut nama pun. Dia kata ulama yang menyembunyikan kebenaran spt anjing menjelir lidah. Dah Al-Quran kata macam tu kena la terima. Ke umno pun anti Al-Quran juga. Terima ayat2 yang berpihak kpd umno. Yang tidak berpihak takleh didedahkan. Memang patut la DrM kata umno dekelilingi orang bodoh. Last edited by sahamboi on 23-10-2014 09:20 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:02 PM | Show all posts
Adakah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan benci Al-Quran, soal Asri
Published: 23 October 2014

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam.

Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah" kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri.

"Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

"Allah yang sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut.

"Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat?

"Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya.

Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau.

"Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah,” katanya.

Semalam, Razlan berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan saja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Selain itu, katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekeh orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanis (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.

Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis:"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"

Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Selepas itu Asri menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," kata Asri. – 23 Oktober, 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:08 PM | Show all posts
Santeira posted on 23-10-2014 07:41 AM
LOL. mmg betul pun. Selayaknyalah.

ade org dalam trit ni pertikai ..dr asri x masuk list bla bla bla.. kena masuk list pulak....susah jon org camtu...ade jugak org camtu ye........nak nasihat org kena masuk list..tidak kalu bawah tapak kaki dia sahajok...prtfrtfffffffffffffffffffffffffffff

@orange1

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:18 PM | Show all posts
kritikan dr asri agak pedas, tapi ada betulnya

sampai biler umat islam malaysia harus dimomokkan dengan nasihat nak sedapkan hati jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:20 PM | Show all posts
artikel penuh yg menyebabkan UMNO terasa

KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG' DAN ULAMA BAGAIKAN ANJING

Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut.

Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!! Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.

Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing. Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING. Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am.
Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain. Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 02:57 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-10-2014 06:28 AM
Dr Asri Zainal Abidin ni active ...termasuk dalam senarai list the most influential muslims tak ye?
...

Ko ni kan org lain yg lain skit dr ko semua tak kena, kalo org nak masuk islam jumpa ko dulu rasanya mmg tak jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:01 AM | Show all posts
obelisk posted on 23-10-2014 07:29 AM
asking question when u already know the answer is called sarcasm, and sarcasm is the lowest form o ...

Lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 03:05 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-10-2014 09:10 AM
bukan apa , i tengok dengan banyak dia menulsi ni may be dia termasuk dalam list influential musli ...

Ni tak payah ko nak chonggg, sekilas ikan di ayer sudah tahu jantan betina. Ko nak buat damage control kan lps dah termalu dgn posting si obelisk lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:12 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-10-2014 06:28 AM
Dr Asri Zainal Abidin ni active ...termasuk dalam senarai list the most influential muslims tak ye?
...

Klu tak masuk list tu ko nak letakkan dia taraf bwh tapak kaki jugak? Utk seorg yg bertaraf lobainita mcm ko ni yg pong pang pong pang psl agama ke hulu ke hilir tak habis2, aku blh kata ko ni mmg mulot bisa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 06:46 AM | Show all posts
ak kutuk kutuk Nga Kor Ming ni,

jgn marah kat Dr Asri Zainal Abidin,  betul cakap dia, i respek

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr maza ni ker yg wahabbi tu..
Patutlah behave mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sejahtera posted on 24-10-2014 06:46 AM
ak kutuk kutuk Nga Kor Ming ni,

jgn marah kat Dr Asri Zainal Abidin,  betul cakap dia, i respek

Nga jugak yg ter nga nga
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 05:52 PM | Show all posts
kukulangau posted on 23-10-2014 09:03 AM
apa lah asri ni
nak compare perumpamaan dari alquran
alquran tu wahyu Allah SWT

jadi nk tunggu sapa plak nak buat teguran yang diambil dari al Quran. Kita dah 1400 tahun jauh dah dari Nabi Muhammad. Nak tunggu Nabi baharu turun plak ka sedangkan tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepas Muhammad. Itulah sebenarnya tugas para Ulamak, para daie, Ustaz2 Tok2 Guru bahkan kita semua umat Islam kerana bukankah dijadikan sekalian jin dan manusia itu utk menjadi Khalifah Allah. menyampaikan risalah yang benar tanpa menyembunyikan sebarang kebenaran.
Itu ditujukan secara umum, kerana perkara menyembunyikan kebenaran itu bukan hanya berlaku sekarang, dari dahulu pun selepas kewafatan nabi Muhammad, seringkali berlaku perkara2 yang sedemikian. Mengapakah harus terasa sedangkan itulah hakikat sebenarnya.
Seorang Ulamak tidalk harus berdiam diri melihat kemungkaran dan mesti berpendirian teguh menyatakan kebenaran

Rasulullah s.a.w. bersabda:الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

                                KISAH ULAMA’ JAHAT DALAM SURAH AL A’RAAF                        Posted by ibnuabbas under TAFSIR        
        Tinggalkan Komen
                        TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF
175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.
176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

KISAH DARI AYAT

Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.
Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya.
Menurut ulama tafsir yang diambil dari ‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengisahkan:,
Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam datang ke Kan’aan bersama para pengikutnya, para kerabat dan sepupu Bal’am datang menemui Bal’am lalu berkata: “Musa itu orang yang tiada tolak ansur dan mempunyai pasukan yang besar. Kalau dia menang tentulah dia akan memusnahkan kita. Maka doakanlah kepada Allah agar Dia menjauhkan Musa beserta pasukannya.”
Kata Bal’am: “Sesungguhnya, jika aku berdoa kepada Allah agar menghalau Musa dan orang-orang yang bersamanya, tentulah dunia dan akhiratku hilang.”
Tapi mereka terus menerus memujuknya hingga diapun menuruti permintaan mereka. Dikisahkan, setiap kali dia mendoakan keburukan terhadap Nabi Musa dan pasukannya, maka doa itu menimpa Bal’am dan orang-orang yang memujuknya. Begitulah seterusnya, wallahu a’lam.
Menyedari hal itu, merekapun menegurnya, mengapa dia mendoakan keburukan terhadap mereka?
“Begitulah, setiap aku mendoakan keburukan buat mereka(Musa dan pengikutnya) tidak dikabulkan doaku. Tapi aku akan tunjukkan kepada kamu satu hal yang semoga saja dapat menjadi sebab kebinasaan mereka. Sesungguhnya Allah membenci perzinaan, dan kalau mereka jatuh dalam perbuatan zina, nescaya mereka pasti binasa, dan aku berharap Allah menghancurkan mereka. Maka keluarkanlah para wanita menemui mereka. Kerana mereka itu para musafir, mudah-mudahan mereka terjerumus dalam perzinaan lalu binasa.”
Setelah sebahagian besar mereka terjerumus dalam perbuatan zina, Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan wabak tha’un sehingga menewaskan 70 ribu orang dari mereka.
Pendek cerita, Bal’am pun tersungkur di pintu syurga dek diperdaya oleh syaitan walaupun berilmu tinggi.
PERUMPAMAAN ULAMA’ JAHAT DENGAN ANJING
As suddi berkata bahawa ayat itu merujuk kepada Bal’am yang ‘menjelir lidahnya’ selepas kesesatan beliau sebagaimana menjelirnya anjing. Dan tafsiran perumpamaan ini di sisi kebanyakan ahli ilmu tafsir secara umumnya merujuk kepada setiap orang yang mengetahui al Qur’an tetapi tidak beramal dengannya. Sesetengah pendapat(lemah) merujuk kepada orang munafik. Pendapat yang pertama lebih benar.
Begitu juga pendapat Mujahid tentang ayat ini; “Begitulah keadaan sesiapa yang membaca al Qur’an tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.” Sesetengah ulama pula menyebutkan bahawa ; “Inilah seburuk-buruk perumpamaan. Kerana sesungguhnya Allah menyamakan orang sebegitu yakni yang dikalahkan  oleh hawa nafsunya sehingga ia tidak mampu mengawal dirinya daripada mendapat mudarat mahupun manfaat dengan seekor anjing yang sentiasa menjelir lidah.”
Allah membuat perumpamaan orang-orang yang mengambil ‘rasuah’ dalam agama dengan anjing yang sentiasa menjelir lidahnya. Betapa hinanya perlakuan mereka yang tahu ayat Allah tetapi sanggup menggadaikannya dengan mata benda dunia yang sedikit. Harta, pangkat, kedudukan dan wang ringgit yang mereka ambil daripada penguasa yang zalim tidak bernilai sedikitpun di sisi Allah. Mereka menjadi golongan yang hina sehina-hinanya kerana menyembunyikan kebenaran al Qur’an.


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 06:04 PM | Show all posts
sejahtera posted on 24-10-2014 06:46 AM
ak kutuk kutuk Nga Kor Ming ni,

jgn marah kat Dr Asri Zainal Abidin,  betul cakap dia, i respek

Si Nga nga kapir lehnat apa yg dia tau, dia bukan bukan faham pun apa yg tersirat disebalik ayat tersebut. dia ingt smua benda nak jd isu politik, lepas tu si Pemuda Umpurno pun terjebak melolong-lolong x tahu ujung pangkal mcmx pernah baca ayat dari surah al A'RAAF tersebut. Tu la, subjek Ugama Islam ni dah x wajb ambil dlm peksa, ramailah yg tak endah tak endah saja. Ramai yang bila masuk bab Ugama yg berkaitan dgn isu politik, mulalah cakap:- politik suku, ugama suku spt amalan parti2 politik berdasarkan assobiyyah

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 06:11 PM | Show all posts
Sipa makan cili dia lah terasa pedasnya








Last edited by boyagombak on 27-10-2014 06:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 06:16 PM | Show all posts


aku dah tanya ustad aku dah ..     

katanya ..   

dia orang ni mmg kena mengucap balik .




Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 06:21 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 23-10-2014 11:08 PM
ade org dalam trit ni pertikai ..dr asri x masuk list bla bla bla.. kena masuk list pulak....susah ...

Ostad kucim ada masuk list tak. kalau tak, hrmm bawah kakikudibibirmu sahajalah. prfghhhhfhhtt

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok kata Ulamak Yahudi zaman dulu jahat..Islam pon ada Ulamak jahat.

Allah maha kuasa sis..dia bagi cash kat ummah yg selayaknya dpt ulamak Islam Jahat ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 01:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.331657 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list