CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9851|Reply: 130

[Tempatan] Edisi Sikap Rakyat Malaysia:Troli Main Tinggal & Double Parking

[Copy link]
Post time 23-10-2014 06:52 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sukar hendak menggambarkan sikap orang kita yang apabila keluar berbelanja, tolak troli ke kereta kemudian meninggalkannya merata tempat atau apabila menaiki kereta api, nampak penumpang yang memerlukan tempat duduk tapi buat tak endah.

Paling kerap dilihat ialah sikap tidak menghiraukan pengguna lain apabila meletakkan kereta bertindih (double parking) di kawasan sesak.  Biarpun sukar diterima tetapi begitulah sikap orang kita. Apakah kita sukar untuk mengubahnya atau memerlukan satu paksaan supaya sikap itu tidak lagi menjadi amalan.  

Tinjauan di beberapa lokasi di ibu negara mendapati golongan seperti itu dipercayai bersikap seolah-olah tiada pengguna lain selain dirinya apabila meletakkan kenderaan secara bertindih dan mereka 'gemar' meninggalkan troli di merata tempat selepas menggunakannya.

Sikap begini terbukti apabila penumpang wanita yang menaiki ERL memuatnaik gambar menyusukan anaknya atas lantai kereta api itu apabila hendak pulang kerja di Facebook.

Masalah tak endah ini berlaku ke atas Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nilai dari KL Sentral ke stesen Salak Tinggi, pada 6.30 petang, 9 Oktober lalu.

Wan Noor Shila dipetik sebagai berkata: "Setibanya di Stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak.

"Kebayakan duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikit pun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahan saya yang mempunyai anak kecil."

Mengulas mengenai perkara itu, bekas Pengarah Institusi Sosial Malaysia (ISM) dan Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata sikap segelintir masyarakat itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak prihatin, mementingkan diri sendiri dan seolah-olah berada dalam dunia sendiri.

"Mereka ini saya andaikan berfikir secara `asalkan dapat dan untung'. Sebagai contoh dalam institusi kekeluargaan apabila seorang anak hanya bergantung kepada ibu bapa dalam segala aspek. Segala perkara diingini akan dipenuhi ibu bapa dan apa yang dimahukan itu akan mudah diperoleh.

"Sikap `mudah dapat' itu dijadikan sebagai budaya dan diterapkan dalam kehidupan mereka terutama di kalangan belia. Dengan itu, berlaku `asal dapat dan untung'," katanya.

Fadzil berkata, dia tidak menafikan kes membabitkan masyarakat tidak prihatin itu semakin bertambah teruk walaupun sebelum ini pelbagai kempen kesedaran sering dilakukan.

"Keadaan ini akan memberi kesan pada masa akan datang termasuk masalah sosial semakin berleluasa, nilai sosial akan bertambah teruk dan ia akan memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.

"Negara akan mengalami kemusnahan daripada aspek nilai, sikap dan amalan iaitu amalan anti-sosial jika tidak dibendung daripada awal," katanya.

Katanya, kerajaan perlu mewujudkan dasar sosial negara yang lebih komprehensif yang boleh membawa perubahan kepada sistem sosial di negara ini.
"Dasar itu perlu dilaksanakan segera untuk mencapai negara maju menjelang 2020," katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:25 AM   
«»





[/url]






- See more at: [url]http://www.hmetro.com.my/node/3595#sthash.EhDWKToi.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang amjadah bangsa2 yg selfish mcm ni...paling aku bengang org yg suka double parking...rasa nak pecahkan jer cermin kereta diorang dgn steering lock spt yg kiki lakukan...tension hakak jenis2 org yg bangsat mcm ni..

Kat stesen ktm komuter ukm ni hakak tgk ramai jer bangsat2 ni yg dabel parking dan block kereta org lain...kalau awk tu dtg lambat..silalah parking jauh sikit..jgn nk menyusahkan org lain Last edited by Modngengade on 23-10-2014 07:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi best troli siap bawak balik ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:27 AM | Show all posts
syukurlah malaysia masih aman. ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:32 AM | Show all posts
selama i berbelanja tak pernah lagi troli duk tinggal kat parking...mesti tolak sampai ke entrance dekat planting kerb....dan pernah ja i tegur sorang perempuan ni parking ambik sekali dua petak...i kata you park kete salah....hehe...dua perempuan bawak kereta jenis 4 wheel drive....terus depa betulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:52 AM | Show all posts
aku paling x suka bila tgu kete kuar dari parking. kenkadang ada je driver yg saja2 buat2 lambat kuar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 07:59 AM | Show all posts
dh tau buat double parking tinggalkan la nombor tepon.. in case emergency org leh call...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:48 AM | Show all posts
biasalah..3rd class mind mmg cengini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 08:52 AM | Show all posts
majoriti rakyat msia suka nyusahkan orang lain.

yg pntg diri sndr lepas!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:55 AM | Show all posts
Byk lagi sikap buruk rakyat Malaysia yang tak dpt nak dilistkan..
negara yg masyarakatnya berbilang bangsa,
sbb tu mcm2 perangai pelik dpt dikompilasikan. .
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:57 AM | Show all posts
star_anisse posted on 23-10-2014 07:59 AM
dh tau buat double parking tinggalkan la nombor tepon.. in case emergency org leh call...

buat mcm ni la...


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:00 AM | Show all posts
benda yg dh biase dibuat..nk tegur pon x jln,,
kecuali la letak sorg polis...sape yg buat salah saman....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:02 AM | Show all posts
ada skali tu keta double park....bila di hon tak keluar2 pun pemilik kereta tu..last2 cermin keta tu kena pecah sebab nak freekan handbrake dan orang ramai pun tolong tolak ke depan.

rasakan....at least dia dapat pengajaran kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab troli tu betul sgt..ai selalu tolong tolak troli ke tempat sepatutnya...inilah rakyat malaysia bising harga mahal itu ini tp shopping hebat masing masing..troli pun tak reti nak letak elok elok...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:11 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 23-10-2014 07:52 AM
aku paling x suka bila tgu kete kuar dari parking. kenkadang ada je driver yg saja2 buat2 lambat kua ...

betul .. geram sangat2
kadang bila kita tunggu lama sgt .. kita blah cari parking lain
elok je kita blah dia pun keluar parking dgn selamba
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:13 AM | Show all posts
kesedaran sivik dah tiada dalam diri rakyat malaysia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 09:15 AM | Show all posts
Bukan takat double park kat tepi jalan, parking rumah pon sama... spesis naharom camni mmg xboleh diajar.

Aku slalu kena sbb port parking aku terbaik.. turun tangga, terus smpai kereta. Ade viva hijau ni keje dia block kereta aku pagi2. Mmg la die tak tarik handbreak, tapi agak2 la nak suroh orang exercise tiap2 hari tolak kete dia. Bila report kat ketua block, ketua block ckp "Kesian kat dia, die keje shift... pukul 5 pagi baru balik". Habes, haramjadoh aku buat part-time x berbayar tolak kereta dia.

Dah mengandong ni aku xrela nak tolak lagi... Tulis notis besar2 kaler merah "JGN BLOCK KERETA PEREMPUAN MENGANDONG. APA2 JADI KAT AKU LEPAS TOLAK KETE KO, KO TANGGUNG... BALAI KITA CERITA!"

Terus dia block kereta orang lain pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:15 AM | Show all posts
jangan lupa orang yang letak troli kat belakang kereta lain. dah kita pulak nak kena alih troli dulu baru leh keluar... wtf????
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Suka tggu parking org walhal parking byk ni.nak parking dpn pintu msuk la kononnya.
2. Suka parking kt OKU.yg park tu plak semua org yg sihat badan.mungkin OKU otak agaknya.
3. Suka main masuk je jalan sehala.dhla wat salah..berlagak xnk ketepi.kita yg btul ni lak yg kena ngelak.
4. Tgh2 bwk..tetiba keta dpn brek..bkn sbb ad keta,tp sbb dok tunjuk2 sblh kiri or kanan..cm lahanat sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tesco sini, elok je haritu buat sistem masukkn syiling 50c utk guna troli. Bila kat perking tgk tersusun semua troli tu.
Tapi baru2 ni sistem tu dah tak pakai lagi. Terus berselerak tempat parking dgn troli bergelimpangan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.702591 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list