Video ini melaporkan bahawa perbuatan bermesra atau rapat dengan anjing boleh mendatangkan mudharat yang besar kepada pelakunya samada manusia atau haiwan.
Hal ini mengingatkan kita semua akan hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang melarang kita dari memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet), tetapi membenarkan kita memanfaatkan anjing sebagai penjaga ternakan, tanaman dan memburu. Maksud hadith:
“Barangsiapa memelihara anjing -kecuali anjing penjaga ternak, anjing pemburu, atau anjing penjaga tanaman-pahalanya akan dikurangi satu qirath setiap hari.”
(Muttafaq `Alaihi)
Memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan tentunya akan membuatkan kita bergaul dengan anjing dengan bebas dan mesra. Dan ini berkemungkinan mendatangkan padah.
Berikut pula ialah sedikit statistik saintifik yang diambil dari nasihat Ust Dr Abdullah bin Yasin mengenai isu mesra dengan anjing:
Adapun jika bahaya memeluk anjing ditinjau dari sudut sains pula, ini jawapannya : Sebanyak 79.7 % penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing, seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktibiti perawatan anjing. Statistik pengidap kanser di Norway adalah 53.3 % daripada 14,401 pemilik anjing. Ternyata kanser pada anjing dan manusia adalah disebabkan oleh virus yang sama iaitu MTV (Mammary Tumor Virus) – Dinukil dari makalah dalam internet – Wallahu ‘Alam. (sepenuhnya di sini)
Sebenarnya kita tidak memerlukan fakta-fakta saintifik untuk kita percaya apa yang disuruh ALLAH dan RasulNYA. Cukup dengan apa telah disampaikan kepada kita melalui ayat-ayat Al-Quran dan melalui hadith-hadith sahih dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, lalu kita berpegang dan berjalan di atasnya. Soal sebab dan hikmah pastinya untuk kebaikan kita semua.
Mudah-mudahan perkongsian video dan fakta saintis di atas dapat menyegarkan dan menambahkan iman kita kepada kata-kata ALLAH dan RasulNYA. Selepas ini, jangan ditanya lagi kenapa dan apa hikmahnya, apa yang disuruh dan dilarang ALLAH dan RasulNYA terus dipegang dan diimani sungguh-sungguh.
Yang disuruh, kita buat. Yang dilarang, kita tinggal. Fullstop!
Semoga ALLAH pelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…
*Diringkaskan dan disunting dari Hikmah Larangan Jadikan Anjing Haiwan Peliharaan.
Post time 23-10-2014 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau manusia plak mkn biri biri yg infected tp belum ada any simptom adakah kitaran hidup cacing tu masih berterusan..atau mati bila dimasak dah....ishhhhh ngeri plak..