CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 15

[Tempatan] Ini Sudah Lebih!

[Copy link]
Post time 23-10-2014 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Penyebaran gambar memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.
“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.
“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di sini, hari ini.

Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi, kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 8:25 PM
«»
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3640#sthash.ETxTAk2P.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm. What happen nih.makin merapu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:16 PM | Show all posts
Hmmm... entah la.. tak habis2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Btl la tu forumer CI mmg anggap ulamak luar mcm tu except DrMaza yg diterima pakai warga CI. Yg lain tu cuma utk diseranahkan dek ulamak CI yg hebat2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:38 PM | Show all posts
Diorang belum tengok satu lagi khasiat kelebihan anjing,macam yg dalam link berikut...

http://id.wikipedia.org/wiki/Daging_anjing

https://www.google.com.my/search?q=sate+anjing&client=safari&hl=en&biw=768&bih=928&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=qANJVJDYPMPg8AXm84GYDQ&ved=0CBoQsAQ Last edited by kbyne on 23-10-2014 09:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:02 PM | Show all posts
macam2 hal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 10:03 PM | Show all posts
Herrrm bukan ker gambr ni dah lama?
tahun 2012 lagi dah ada. kat nigeria ker niger klu tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:19 PM | Show all posts
melarat2 lak cite sal hanjeng nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cute nyer sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:21 PM | Show all posts
Eric.n9 posted on 23-10-2014 10:03 PM
Herrrm bukan ker gambr ni dah lama?
tahun 2012 lagi dah ada. kat nigeria ker niger klu tak silap

haaa...tu la ..aku rasa aku pernah tgok dulu gambor ni...org kata dekat sudan...kes syiah vs sunni.....nak soh pdrm siasat jadah nye....muahahahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:07 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 23-10-2014 10:21 PM
haaa...tu la ..aku rasa aku pernah tgok dulu gambor ni...org kata dekat sudan...kes syiah vs sunni ...

Tu yang kelako tgk perangai kaki share gmbr kat Medos ni.
Tak tau hujung pangkal apa cerita, terus tepek. Pastu tmbh la caption suka hati dia jer.
Serupa mcm buat fitnah je yer tak.

Say, mcm gmbr anjing tu,
Yang tak tau? mesti dia ingat asal pki serban jer mesti hina islam.
Padahal gmbr tu dulu, pasal ada somebody yg diaorng bodoh etc etc yg naik jadi leader.
So diaorng nak perli, tu buat gitu
Sekali gmbr tu smpi sini? heheheh
lain dah maksudnya.
Pasal tu klu dpt gmbr apa apa, pliz check dulu sjk bila.gmbr tu dah ada.
Trend org kita ni, suka tempek bnda bnda lama n sebarkan jadi bnda baru.
Pastu nak rasa gah, tmbh lah apa apa caption bodo.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:10 PM | Show all posts
Eric.n9 posted on 23-10-2014 11:07 PM
Tu yang kelako tgk perangai kaki share gmbr kat Medos ni.
Tak tau hujung pangkal apa cerita, teru ...

biasala ummah melayu pemalas guna otak ...haram guna logik...berdosa guna logik mmg gitu bang...bila melayu main fb..otomatik melayu jadi sgt bodoh..dulu bodoh..bila pandai main fb ..lagi bodoh jadinye

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:00 AM | Show all posts
pakaian je pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:13 AM | Show all posts
tak terasa poong....benda nak pobia ni...


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 cerita anjing
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:06 AM | Show all posts
Org yg jahil je x akan faham walau diberi 1000x penerangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.264402 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list