CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 14

[Jenayah] Kau Ikat Hatiku Hingga Tanganku Terluka Sayang

[Copy link]
Post time 23-10-2014 09:52 PM | Show all posts |Read mode
  • Suspek yang berjaya ditahan penduduk semalam.



KOTA BHARU - Seorang penganggur bukan sahaja gagal mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, malah turut ditangkap penduduk kampung dan diikat di sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 1 petang di Kampung Gua Salor, dekat sini, kelmarin, suspek berusia 40-an berasal dari Pengkalan Chepa sanggup datang ke kampung berkenaan dengan menaiki bas sejauh 25 kilometer.

Suspek pada mulanya membuat 'pemantauan' sebelum melihat sebuah motosikal ditinggalkan bersama kunci di hadapan sebuah kedai runcit.

Suspek kemudiannya melarikan motosikal tersebut tetapi disedari pemiliknya.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, Yaakob Harun, 45, berkata, ketika itu dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas.

“Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dibawa lari oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya.

“Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menunggang motosikal dan mengejar lelaki terbabit sejauh tiga kilometer,” katanya.

Yaakob berkata, suspek bagaimanapun berjaya diberkas apabila motosikal ditunggangnya 'mati' di lokasi kejadian.

"Penduduk segera menghubungi polis dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Sumber:Sinar Harian


Last edited by GhostWalking on 23-10-2014 01:53 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 09:57 PM | Show all posts
Nmpk gaya mcm dah kena lauk jer abe ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:59 PM | Show all posts
wa benci pencuri

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:02 PM | Show all posts
mesti org akan pikir..

"gila ape brader ni datang 25 batu jauh semata nak curi yamaha ego"


ni saya nak bagi tips curik moto...lebih senang dipanggil motorcyle dissapears 101

pertama..tip nak curik muto....kena riki koman2 2 minggu....bawah dua minggu tak jadi..sebab dalam bidang risikan muto seseorang tu yg kerap berada di satu2 tempat lebih dari 2 minggu..dia akan jadi lalai

kedua...selalunye pakar riki muto adalah seseorang yg tak reti pasal bab2 mekanikal muto...selalunya dia riki..kawan dia yang lobos kunci muto itu

ketiga......pastikan kawasan tu selamat dari cctv ....

keempat....pencuri muto selalunya kenal kawasan tu...contoh...pencuri tu kenal tokey kedai tempat muto tu ada...pencuri tu selalu ada dekat kawasan muto yang nak dicurik tu selang 2 hari selang 2 hari...kalau hari2 kantoi la jon...

kelima....pencuri muto akan datang berdua naik muto yang lain sebelum mencuri


renung2 kan..dan selamat beranal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 10:04 PM | Show all posts
Siap naik bas tu semata nak mencurik
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka tt..ko ni dh kenapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2014 10:41 PM | Show all posts
Modngengade posted on 23-10-2014 02:35 PM
Kaka tt..ko ni dh kenapa?

Nape dek??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 23-10-2014 10:41 PM
Nape dek??

Tajuk tered ko ke laut noq..mak konpiyus lalu terkesima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2014 10:48 PM | Show all posts
Modngengade posted on 23-10-2014 02:46 PM
Tajuk tered ko ke laut noq..mak konpiyus lalu terkesima

Ada sikit2 kena tu.tangan terluka gitooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 23-10-2014 10:48 PM
Ada sikit2 kena tu.tangan terluka gitooo

Yg hati tu terikat ko nmpk kat mana dikk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 10:58 PM | Show all posts
Modngengade posted on 23-10-2014 02:50 PM
Yg hati tu terikat ko nmpk kat mana dikk

dada dia kan terikat.Di dada ada hati.hati terluka siapa yang tahu..sia2 perjalanan naik bas untuk mencuri tapi fail.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 23-10-2014 10:58 PM
dada dia kan terikat.Di dada ada hati.hati terluka siapa yang tahu..sia2 perjalanan naik bas untuk ...

Mak aii..jauhnya imaginasi akak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua pon nk mncuri.. ermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:41 AM | Show all posts
cam dah ada thread ni kan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:53 AM | Show all posts
hudud tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.092245 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list