View: 5094|Reply: 29
|
[Tempatan]
MH370: Serpihan dipercayai bangkai pesawat ditemui di pantai Indonesia - ATSB
[Copy link]
|
|
Serpihan yang dipercayai bangkai pesawat dilaporkan ditemui di pantai Indonesia, namun pihak berkuasa setakat ini belum mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
Menurut laporan agensi berita Xinhua itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini berkata, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.
" ATSB terus menerima maklumat daripada orang awam yang menemui material yang dibawa arus ke pantai Australia dan mereka beranggapan ia datang daripada pesawat MH370.
“Pihak ATSB meneliti semua maklumat itu dengan berhati-hati. Namun berdasarkan model arus yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, jika ada serpihan yang terapung, ia berkemungkinan besar sudah dibawa arus ke barat, menjauhi garis pantai Australia.”
ATSB yang mengetuai misi pencarian pesawat yang hilang itu di perairan Barat Australia sudahpun menghubungi pihak berkuasa Indonesia.
"Ada kemungkinan serpihan itu dihanyutkan ke perairan Indonesia, dan pemberitahuan sudah disampaikan ke perhatian pihak berkuasa negara itu bagi memeriksa jika benar ada serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat tersebut,” kata kenyataan daripada operasi pencarian ATSB.
Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang membawa sejumlah 227 penumpang dan 12 kru kabin meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan kemudian hilang dari radar sejam kemudian ketika melintasi ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat berkenaan dipercayai tersasar laluan lalu berakhir di selatan Lautan Hindi. Operasi pencarian dasar laut kini sedang dijalankan di sebalah barat perairan Australia, iaitu zon yang dikenal pasti oleh pasukan penganalisis.
Menurut ATSB, ketika pesawat MH370 melalui zon tersebut, ia dipercayai telah kehabisan bahan api dan mula terbang rendah.
Fasa baharu pencarian dasar laut telah dimulakan bulan ini dan setakat ini melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi .
Kapal GO Phoenix yang disewa Malaysia dalam misi tersebut kini meneruskan operasi selepas ia singgah di Pelabuhan Fremantle Port di Perth untuk mengisi minyak Selasa lalu.
Kapal tersebut dilengkapi jentera pengesan dasar laut cangggih iaitu 'ProSAS' yang mampu menjalankan pencarian sehingga kedalaman 6,000 meter dan meliputi kawasan seluas 194 kilometer persegi sehari.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-serpihan-dipercayai-bangkai-pesawat-ditemui-di-pantai-indonesia-atsb-46838?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
CEO emirates dah questioned....tenth akan keluar sikit sikit habuan nak tutupmulut |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 23-10-2014 03:17 PM
CEO emirates dah questioned....tenth akan keluar sikit sikit habuan nak tutupmulut
habuan dari sapa uols?
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 23-10-2014 11:19 PM
habuan dari sapa uols?
Hem...philosophical meaning seolah nak tutup mulut org yg fikir ia bukan accident tp dirancang boleh seseorang atau organisasi |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon raja bomoh nujum vvip buat kerja lagi. Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 23-10-2014 03:22 PM
Hem...philosophical meaning seolah nak tutup mulut org yg fikir ia bukan accident tp dirancang bol ...
Kenapalah aku masih rasa its the other way around
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahli keluarga MH370 mahu senarai lengkap kargoAstro Awani |Kemas kini:Oktober 23, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 23, 2014 14:25 MYT)
'Cargo manifest' yang dikeluarkan pada 1 Mei tidak lengkap, dakwa ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370 hari ini menuntut pihak kerajaan mengeluarkan senarai barangan (cargo manifest) yang dibawa dalam ruang kargo pesawat malang itu.
Voice370, yang mewakili ahli keluarga penumpang dan anak kapal, dalam satu kenyataan yang diletakkan di laman Facebooknya berkata senarai berkenaan dikeluarkan pada 1 Mei walaupun pesawat MH370 hilang pada 8 Mac.
"Walaupun kita perlu menunggu selama dua bulan, senarai kargo yang dikeluarkan tidak lengkap," katanya.
"Satu contoh adalalah maklumat dikeluarkan pihak INMARSAT dalam satu acara UK Royal Society baru-baru ini. Mereka telah memberikan log data yang lengkap kepada pihak berkuasa, namun pihak berkuasa mendedahkan beberapa maklumat sahaja dan yang lain dirahsiakan,” kata Voice370.
Kumpulan berkenaan menuntut agar pihak kerajaan dapat mendedahkan maklumat yang lengkap.
"Kita hanya tahu bahawa terdapat 4,566kg manggis dihantar oleh Poh Seng Kian dan bateri lithium."
Tambah mereka, barang-barang milik NNR Logistic seberat 2,453kg termasuk 221kg bateri lithium-ion.
Baki 2,232kg itu hanya dinyatakan sebagai aksesori radio dan pengecas. Menurut laporan berita, ia mungkin barangan milik Motorola.
Dari laporan siasatan awal MH370, Voice370 berkata ia boleh disimpulkan bahawa penghantar lain turut mempunyai konsainan udara: Kerry Logistics (2,250kg), Kintetsu Express (646kg), Panalpina (26 + 6 kg) dan Malaysia Express (6kg).
Voice370 menuntut kerajaan untuk menyediakan kandungan dan kuantiti yang terperinci dalam setiap konsainan udara di dalam kargo itu.
Kumpulan itu juga mahu maklumat bagaimana barang-barang di ruang kargo dibawa masuk.
"Pada ketika ini, kami percaya maklumat ini tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi dan mengubah nasib pesawat ini dan mengembalikan orang yang kita sayangi.
“Oleh itu kami percaya tindakan pihak berkuasa tidak menyiarkan maklumat adalah tidak berasas kecuali ia adalah satu konspirasi untuk menyembunyikan maklumat daripada orang ramai,” tambah kumpulan itu.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/ahli-keluarga-mh370-mahu-senarai-lengkap-kargo-46794?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
last week naik flight, dah ada notifikasi khas tentang larangan membawa muatan bateri jenis Lithium berlebihan (kargo atau hand carry)
erk.. rasanya sebelum MH370 takde pun larangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
berita paling menarik malam ni..
harap2 betul la kali ni...kesian sangat dengan keluarga mangsa dan mangsa2 semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
xabis2 lg...mana gmbr nye |
|
|
|
|
|
|
|
baca berita org putih faham lain..baru dipercayai akan hanyut ke indonesia..bukan dah jumpe kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah jumpa mana gambarnya |
|
|
|
|
|
|
|
melayu bangsa celaka
jumpa melayu dan babi, bunuh melayu dulu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ninanoni posted on 23-10-2014 11:57 PM
baca berita org putih faham lain..baru dipercayai akan hanyut ke indonesia..bukan dah jumpe kat situ
itu la.. pemahaman aku dr berita omputih pon sama.. ke orang2 awani ni fail omputih? |
|
|
|
|
|
|
|
The ATSB continues to receive messages from members of the public who have found material washed up on the Australian coastline and think it may be wreckage or debris from MH370. The ATSB reviews all of this correspondence carefully, but drift modelling undertaken by the Australian Maritime Safety Authority has suggested that if there were any floating debris, it is far more likely to have travelled west, away from the coastline of Australia. It is possible that some materials may have drifted to the coastline of Indonesia, and an alert has been issued in that country, requesting that the authorities be alerted to any possible debris from the aircraft.
If there were any floating debris... bukan dah jumpa... |
|
|
|
|
|
|
|
hanya najib dan obama shj tahu kmana hilangnya pesawat ni |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 24-10-2014 04:57 AM
hanya najib dan obama shj tahu kmana hilangnya pesawat ni
And The SuperBomoh |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 24-10-2014 04:14 AM
The ATSB continues to receive messages from members of the public who have found material washed up ...
Dlm kes MH 370 ni, tak ada ke org yg ada extra sense yg boleh tahu apa yg berlaku pada plane ni...hrp org yg boleh scan d mana adik Nalini berada tolong scan utk MH 370 juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 24-10-2014 04:57 AM
hanya najib dan obama shj tahu kmana hilangnya pesawat ni
kannn???semoga najib membuat rundingan/kerja senyap2..mcm yg dia slalu sebut2kan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
epysha posted on 24-10-2014 04:02 AM
kannn???semoga najib membuat rundingan/kerja senyap2..mcm yg dia slalu sebut2kan tu...
bukan dah buat ker, masa obama datang ke malaysia ari tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|