CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1460|Reply: 20

[Tempatan] SPRM: Pembalak haram kaut RM43 juta sejak Januari lalu

[Copy link]
Post time 24-10-2014 09:21 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Ops Tukul yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Oktober lalu berjaya membongkar beberapa aktiviti pembalakan haram yang menyebabkan kerajaan Sarawak kerugian hasil hutan lebih RM43 juta sejak Januari lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdul (gambar kecil) berkata, kegiatan pembalakan haram itu berjaya dipatahkan berikutan penahanan 10 individu termasuk seorang pegawai kanan polis yang disyaki memberi atau menerima rasuah bagi melindungi jenayah itu.

Selain itu, SPRM turut bertindak menyita 30 akaun bernilai lebih RM18 juta milik kira-kira 10 syarikat balak yang disyaki terlibat.

“Bahagian perisikan SPRM membuat pemantauan selama sembilan bulan di 12 lokasi di beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Limbang, Sibu, Ulu Baram, Lundu, Kapit dan Miri.

“Pihak kami terus melancarkan Ops Tukul dan menahan sembilan individu termasuk pemilik, pengurus besar, pengurus kem dan pemegang saham syarikat pembalakan berumur antara 28 hingga 70 tahun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:30 AM | Show all posts
taib mahmud makin tak senang duduk diam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:14 AM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 09:30 AM
taib mahmud makin tak senang duduk diam...

sepupuku aku pernah kena marah org2 tertentu sbb saman lori balak lebih muatan..kebal gitewww....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:28 AM | Show all posts
epysha posted on 24-10-2014 10:14 AM
sepupuku aku pernah kena marah org2 tertentu sbb saman lori balak lebih muatan..kebal gitewww....{ ...

tiba masa konglomerat keluarga taib mahmud didedahkan!!! kekayaan 45bil dibongkarkan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:39 AM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 09:30 AM
taib mahmud makin tak senang duduk diam...

Hahahaha lawak la ko.
Mmg la kena serbu pembalak haram ni sebab menjejaskan pendapatan pembalak "halal".
Pembalak "halal" ini berlesen tau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:48 AM | Show all posts
kluangman posted on 24-10-2014 10:39 AM
Hahahaha lawak la ko.
Mmg la kena serbu pembalak haram ni sebab menjejaskan pendapatan pembalak " ...

statement ko lagi lawak...sebab ko yang tak faham...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 11:04 AM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 10:28 AM
tiba masa konglomerat keluarga taib mahmud didedahkan!!! kekayaan 45bil dibongkarkan....

kannn?? kalo dia nampak lori mcm tu dia akan p ronda tpt lain, bukan taknak saman,tp tak nak org tengok dia tak saman..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:18 AM | Show all posts
epysha posted on 24-10-2014 11:04 AM
kannn?? kalo dia nampak lori mcm tu dia akan p ronda tpt lain, bukan taknak saman,tp tak nak org t ...

terlalu lama sgt business taib mahmud ni hidup..kena hapuskan!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:19 AM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 10:48 AM
statement ko lagi lawak...sebab ko yang tak faham...

Pembalak "halal" ni ko faham-faham jelah connection dia dgn sape.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:22 AM | Show all posts
kluangman posted on 24-10-2014 11:19 AM
Pembalak "halal" ni ko faham-faham jelah connection dia dgn sape.

takpe..kite biar dulu SPRM handle...kalau tak boleh maybe kne wujudkan siasatan diraja
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Awai-awai lg berita tv dah ckp semalam...taib mahmud tak terlibat dlm kes nih...hihi:lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 07:53 PM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 09:30 AM
taib mahmud makin tak senang duduk diam...

tak ade maknanya
tunggu malaikat dalam kubur nanti yg berani

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
alah dah tak lama....kubur dah psnggil tu....tunggu jrr laaa...nak lari kemana.....kumpul laa api neraka tu....so bodoh..kan...harta tak guns pun....di dunia ni...buat bakaran di akhirat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 10:51 PM | Show all posts
Jangan lindungi pembalakkan haram
24 Oktober 2014


SIBU - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengingatkan polis supaya tidak melindungi dan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pembalakan haram di negeri ini.
   
Beliau berkata pihak polis mesti mempertahankan integriti dan nama baik pasukan serta keselamatan diri mereka.
   
Menurutnya, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem amat serius untuk menangani aktiviti pembalakan haram di negeri ini kerana ia telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian ratusan juta ringgit.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang disempurnakan Adenan di sini.
   
Sebanyak 221 bekas polis yang pernah berkhidmat pada tiga era darurat antara tahun 1948 hingga 1990 menerima pingat pingat berkenaan.

Mengetuai senarai penerima ialah bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dr. Yusoff Nook yang kini merupakan Pengarah Unit Keselamatan Negeri, Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
   
Wan Junaidi juga berkata, masyarakat yang menjadi mangsa kegiatan jenayah di negeri ini agar tidak takut untuk membuat laporan polis agar tindakan segera dapat diambil.
   
Menurut Wan Juniadi kerajaan persekutuan akan menganugerahkan PJPN kepada kesemua 168,000 bekas anggota polis seluruh negara yang pernah berkhidmat pada tiga era darurat antara tahun 1948 hingga 1990.
   
Ini sebagai menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara, katanya.
   
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis kini meningkatkan usaha membanteras kegiatan judi siber di bandar ini dan pada tahun ini sahaja, sebanyak 169 serbuan dilakukan dan 74 kes dibawa ke mahkamah.
   
Katanya, jumlah serbuan tahun ini, lima kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun lepas. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:16 AM | Show all posts
“Pihak kami terus melancarkan Ops Tukul dan menahan sembilan individu termasuk pemilik, pengurus besar, pengurus kem dan pemegang saham syarikat pembalakan berumur antara 28 hingga 70 tahun.

yang disebut 70 tahun tu...macang kenal ketu dia....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 07:37 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 25-10-2014 04:16 AM
yang disebut 70 tahun tu...macang kenal ketu dia....

sape lagi kalau bukan yang da tua da bersara tu erk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 07:37 AM | Show all posts
sepiITUindah posted on 24-10-2014 07:53 PM
tak ade maknanya
tunggu malaikat dalam kubur nanti yg berani

yang itu da pasti sis...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:20 AM | Show all posts
kes terpencil....SPRM tak de kuasa meluas....so luaskan kuasamu..cam kat johor sana....hihkhihkhihkhkkhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 05:21 PM | Show all posts
kentel posted on 27-10-2014 07:37 AM
sape lagi kalau bukan yang da tua da bersara tu erk....

                                    
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 07:43 AM | Show all posts
gaara_X posted on 27-10-2014 08:20 AM
kes terpencil....SPRM tak de kuasa meluas....so luaskan kuasamu..cam kat johor sana....hihkhihkhihkh ...

kalau johor kite serahkan dekat @peYno


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.257998 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list