CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1477|Reply: 9

[Tempatan] 30,000 murid dah khatam al-Quran

[Copy link]
Post time 24-10-2014 09:25 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU 22 Okt. – Jabatan Pelajaran negeri berjaya mencapai sasaran memastikan kira-kira 30,000 murid di negeri ini khatam al-Quran dalam tempoh sembilan tahun.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Aziz Abdullah berkata, program khatam al-Quran tersebut bermula sejak 2005 menerusi subjek subjek Jawi, al- Quran, Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf).

“Pengajaran tersusun menerusi j-Qaf memudahkan murid menimba ilmu sekali gus membolehkan mereka khatam al-Quran selewat-lewatnya ketika berada dalam darjah enam.

“Menjelang hujung tahun ini, bilangan mereka yang khatam al-Quran dijangka bertambah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Mahrajan j-Qaf dan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran negeri, Ahmad Sulaiman.

Seramai 450 murid daripada 417 sekolah di seluruh negeri menyertai program tersebut.

Dalam majlis sama, sebanyak 10 pasukan dari setiap jajahan mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Kalam Jamae’ iaitu program bercerita dan memper­sembahkan dikir barat dalam ba­hasa Arab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:40 AM | Show all posts
STONER posted on 24-10-2014 11:37 AM
trid camni mana langau nk masuk dik.. cuba kes rogol ke hisap dada di serambi mekah ke.... abg pas ...

tu la...cuba thread laki bini bini main...

habis bini bini orang pakat tengok sampai perut laki orang tu mnegeleber ke tak dorang focus..

pastu bangga post online...

apa giler la manusia sekarang.




Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:47 AM | Show all posts
Nak sasarkan jumlah tertentu utk khatam qoran tp pahamnya tidak buat apa. Ntah apa2 melesis ni gegeh nak jadi ereb blh baca ereb biar sepatah habuk pun tak paham. Aku ada anak nanti taknak hantar g ngaji qoran, besar nanti baca translation jah! Baru blh paham butir2 kandongan lps tu nilai sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:50 AM | Show all posts
elok je dibuat program bacaan al-quran dan fahami al-quran...al-quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi di fahami dan diamalkan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:18 PM | Show all posts
baik la khatam dari tak khatam langsung. paham tuh bonus. insyallah. tapi baik lah amik kelas bahasa arab sekali so paham bacaan solat tuh. tuh sbb pada apa yg paham bahasa aram, menangis time solat. ada yg menggigil takut masa solat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:39 PM | Show all posts
khatam je tak guna...kena ajar anak2 ni untuk pahamkan apa isi2 kandungan quran tu...aku je dah 2 kali khatam pahamnya tak jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 01:03 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 24-10-2014 12:39 PM
khatam je tak guna...kena ajar anak2 ni untuk pahamkan apa isi2 kandungan quran tu...aku je dah 2 ka ...

samalah kita  tadabbur  ayat lazim  jelah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lavabigbike posted on 24-10-2014 11:40 AM
tu la...cuba thread laki bini bini main...

habis bini bini orang pakat tengok sampai perut laki ...

Ko ngata sapa?...

Aku masuk je thread mcm ni.

P/s: tak tentu kau blh baca posting aku ni...ntah-ntah id ko dah padammm..
.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 06:35 PM | Show all posts
kalau dah khatam, lepas tu pandai lah mereka nak cari ilmu fahamkan al quran sebab alquran dah dekat dengan hati.  Kalau tak di dedahkan Al-quran dari kecik, jangan harap la dah besar tetiba rajin  nak baca translation.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:04 AM | Show all posts
Tapi aku rasa kesian kat budak2, schedule dorg tight sgt. Lepas penat balik sekolah biasa kena g kelas mengaji qoran sekolah agama bagai. Budak2 penat, bila dorg nak berehat n bermain? Dorg pun perlu ada masa juga utk jadi budak2 n enjoy their childhood bukannya dibebani dgn mcm2 'kelas wajib' lps waktu sekolah. Kan kat sekolah dah ada kelas agama, tak cukup lagikah kelas agama kat sekolah tu? Masyarakat pun bukannya bertambah baik tetap pincang jugak. Kementerian pendidikan patutnya 'kemaskini kelas agama' kat sekolah supaya budak2 tak dibebani dgn kelas agama di luar waktu sekolah pulak, lainlah klu atas pilihan sendiri nak g tuition kelas agama n bukannya ala2 compulsory utk anak2 ummah suci melayu. Penat seharian takde masa rehat sgt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.238520 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list