CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 4

[Tempatan] MARA buka bazar larut malam aka Downtown MARA

[Copy link]
Post time 24-10-2014 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Bazar larut malam atau downtown sudah menjadi jenama yang dikenali dalam kalangan orang ramai yang pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya di mana sahaja lokasi itu dibuka.

Mengambil konsep pusat perniagaan industri kecil dan sederhana dan juga pasar malam, kewujudan bazar larut malam ini sering mendapat sambutan menggalakkan terutama mereka yang minat membeli-belah di waktu malam.

Menyedari sambutan menggalakan daripada kewujudan downtown, Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuantan mengambil inisiatif untuk turut mewujudkan sebuah bazar larut malam yang dikenali sebagai Downtown Mara Kuantan.

Terletak di Kilometer 10 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di sini, bazar berkenaan sama seperti downtown lain yang menyediakan gerai yang menjual barangan seperti pakaian, beg, kasut, pelbagai aksesori untuk lelaki, wanita, kenderaan serta telefon bimbit.

Selain itu, di Downtown Mara itu terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan antaranya medan selera, taman permainan untuk kanak-kanak, tandas serta turut menyediakan kemudahan WiFi percuma.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, Mara akan menjadi badan induk untuk membuka sekurang-kurangnya sebuah downtown di setiap daerah di negeri ini bagi menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan belia.

Beliau berkata, bazar larut malam menawarkan konsep perniagaan yang murah dan mudah untuk disertai selain digemari golongan muda.

“Saya akan memohon kepada Mara negeri supaya meneliti kawasan berpotensi di setiap daerah untuk dijadikan tapak dan berbincang dengan pejabat tanah bagi memastikan usaha ini menjadi kenyataan.

“Bazar-bazar ini akan mempunyai kemudahan surau, tandas dan tempat meletak kenderaan yang mencukupi bagi menarik minat pengunjung.

“Buat permulaan, kami menyasarkan penyertaan seramai 50 peniaga bagi setiap bazar di semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Downtown Mara Kuantan di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Mara negeri, Salemi Yusoff.

Mengulas lanjut Shahiruddin berkata, bazar tersebut merupakan bazar larut malam anjuran Mara yang pertama di negeri ini.

Setakat ini katanya, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan semua 100 kedai yang ditempatkan di downtown berkenaan telah penuh.

“Kita akan melihat sama ada untuk menambah lagi bilangan kedai di sini kerana permintaannya begitu menggalakkan dan saya harap Mara dapat melihat perkara ini.

“Tambahan kedai ini penting untuk kita menambah lagi jumlah peniaga terutama dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Pejabat Pelancongan negeri supaya bazar larut malam itu dapat dipromosikan menjadi kawasan tarikan pelancong.

“Kerjasama mereka juga diperlukan untuk membawa masuk barangan kraf tangan dan peralatan kesenian untuk ditawarkan kepada pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Salemi berkata, setiap usahawan di Downtown Mara mestilah menjual produk dan perkhidmatan mengikut alternatif tersendiri serta mempunyai produk dan perkhidmatan berlainan dari usahawan-usahawan lain.

Menurutnya, kelayakan untuk berniaga di Downtown Mara adalah terbuka kepada usahawan bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.

“Setiap perniagaan wajib didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mesti dibuka setiap hari. Mereka juga perlu menjaga disiplin dan etika ketika menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, usahawan dilarang menjual produk mentah dan basah seperti ikan, sayur serta barangan larangan mengikut undang-undang negara ini.

Katanya, waktu cuti tidak ditentukan dan bergantung kepada permintaan usahawan dan mereka perlu menghantar notis permohonan untuk bercuti kepada pihak pengurusan tapak kecuali jika berlaku kecemasan.

“Wang penalti RM10 satu malam akan dikenakan jika usahawan tidak menjalankan perniagaan tanpa sebab yang munasabah atau tidak memberi notis secara bertulis terlebih dahulu kepada pihak pengurusan.

“Jika tiga hari berturut-turut peniaga tidak menjalankan perniagaan, pihak pengurusan berhak menarik balik tapak perniagaan,” katanya.

Menurutnya lagi, peniaga di Downtown Mara diwajibkan menjaga kebersihan tapak yang mana mereka tidak dibenarkan meninggalkan sampah dan jika dikesan tindakan akan diambil oleh pihak pengurusan.

Seorang peniaga yang ditemui, Norliana Ali, 29, berkata, pembukaan Dowtown Mara begitu baik dalam membantu para usahawan sepertinya untuk berniaga.

“Sebelum ini saya hanya berniaga di rumah secara kecil-kecilan, apabila mendapat tahu daripada rakan mengenai Downtown Mara ini saya terus membuat permohonan untuk berniaga di sini,” katanya.

Menurutnya, pembukaan bazar larut malam atau downtown di negeri ini perlu diperbanyakkan lagi dalam usaha memberi peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.

Seorang pengunjung, Mohd. Hafizan Azmi, 28, pula berkata, Downtown Mara yang dibuka bertentangan KIPSAS itu perlu dipromosikan bagi menarik kehadiran orang ramai ke situ.

“Ini kerana downtown tersebut kurang diketahui oleh orang ramai mengenai pembukaannya, saya yakin dengan promosi yang lebih hebat lebih ramai pengunjung akan datang ke sini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn bagi anak2 sama sama berlarut malan berpeleseran sudahla..budaya bejaga malam tk elok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki posted on 24-10-2014 09:34 AM
jgn bagi anak2 sama sama berlarut malan berpeleseran sudahla..budaya bejaga malam tk elok.


Betul tu....

Sbb tu byk gejala sosial skrg no...


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:21 PM | Show all posts
rospinki posted on 24-10-2014 09:34 AM
jgn bagi anak2 sama sama berlarut malan berpeleseran sudahla..budaya bejaga malam tk elok.

Pagi2 buta kat downtown ada yg siap bawak baby lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:08 AM | Show all posts
alaPasar Malam...di up grade sikit....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056782 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list