CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2291|Reply: 2

Cerita

[Copy link]
Post time 24-10-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Okay. Ni bukan cerpenla..tapi cerita. Hanya untuk renungan bersama. Bukan saya taip cerita ni tahu.



Kongsi je.





Saya ada sebuah kisah yang mahu
dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru.

Sepanjang perjalanan, saya  memandu sendiri dan berhenti hampir tujuh kali kerana mengantuk. Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil perlu diketepikan.Saya perlu siapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari.

Ia bukan kerja yang mudah. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang..

Saya  pernah mengiluti satu operasi bersama sahabat baik saya. Ia di cawangan trafik Johor Bahru Selatan. Ada kegiatan lumba haram diadakan.


Salah satu pelumba haram yang kami dapat tahan ialah seorang remaja lelaki yang berumur 13 tahun. Setelah soal siasat, ibu bapanya dipanggil selepas menanti dua jam ketibaan mereka.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk
tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah
pula berjalan
lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.
Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si
ibu bagai
melepas geram terus mencubit dan menampar
badan
anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan
situasi itu lantas
beberapa anggota polis trafik meredakan
keadaan.
Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-
iya mendakwa
ibubapanya sudah memberi keizinan untuk
dia menunggang
motosikal milik bapanya dan turut dibonceng
rakan
sekampung berusia 16 tahun.
Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari
sekatan
jalanraya dan turut menendang motosikal
anggota
penguatkuasa yang mengejar mereka!
"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat
Henry Gurney.
Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan
hati si ibu
sebaik diredakan.
"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah
kau anak murid
aku, kat luar aku tak boleh kawal kau
seorang. Selama ini
kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok
semua polis ni,
tengok.
"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah
jadinya,"
berterusan si ibu melepaskan geram bagai
sebuah drama
realiti di depan hampir 50 pegawai dan
anggota polis serta
anggota Rela yang turut bersama-sama
dalam operasi itu.
Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran
suara si ibu.
Semua memerhati. Semua bagai menyokong
tindakan si ibu.
Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini
sibuk berbual
sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu.
Mungkin
timbul keinsafan dalam diri mereka?
"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam
minggu jangan
keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV
(orang kena
tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring
nada
kekesalan.
"Bila kita marah, dia cakap nak rompak
rumah orang. Tak
kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi
anak macam
ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah,"
kata si ibu lagi
dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.
Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si
ibu. Si anak
hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas
ditahan dua jam
sebelum itu, ceria, beriya iya.
Si ayah tak mampu nak berkata kata.
Mungkin sudah puas
dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering
airmata si ayah
memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar
mencari rezeki
buat kesemua anaknya.
Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai
polis, Inspektor
(kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.
"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari
sekatan jalan,"
kata Mohd Lail tegas.
Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd
Lail itu,
tercetus luahan si ibu lagi.
"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya.
Sekarang ni
apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya
Allah
jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik.
Tapi kau apa?
Ibu mampus, ibu mampus."
Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si
anak. Hilang segala
kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga
yang datang. Biar
marah, kesemua yang menyaksikan bagai
mengerti, dia
tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya.
Mungkin sudah
kemuncak kemarahan si ibu.
"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin
anak
makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si
ibu dengan
cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak
akan jamin
kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas,
biar malam itu
menjadi pengajaran buat si anak yang degil
itu.

Si ibu berlalu pergi.
Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak
buahnya untuk
membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat
dibawa, pelajar
itu meraung raung menangis mengejar
ibunya.
Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak
memperdulikan. Kami yang
melihat bagai menyokong tindakan si ibu.
Biarkan dia rasa.
Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami.
Kami pun
marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si
ibu di pagi
yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada
ibunya. Semakin
jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan
anaknya
menangis, meraung di depannya. Direnungnya
anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu
yang baik.

Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat
penyayang tinggi
dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si
ibu sudah
bertukar menjadi simpati dan penuh kasih
sayang, tatkala si
anak menarik narik tangan yang sama
mengendong dia
ketika kecil, memimpinnya ketika melintas
jalan, menepuk
nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan
anaknya ke
kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si
anaknya di
bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya
terserempak dengan si

ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan
bapa pelajar

itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan
dipimpin erat,

kuat kuat bagai tak mahu melepaskan
anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika
tak kesian

pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah.
Kesian mereka

berhempas pulas membesarkan awak. Esok
awak dah kahwin,

awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk

bahunya beberapa
kali dan sempat berkata padanya, awak mesti
anak yang

baik sebab tu awak menangis minta maaf
pada mak tadi.

Dan sempat saya mengucapkan terima kasih
kepada si ibu

dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih
sayang pada si
anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai
mereda hati si
ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu
saya jadikan

iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan

sesiapa, pada

anak anak, pada anak saudara atau mungkin
pada diri
sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap
bersengkang
mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar
membuai diri
dek tak lena tidur, demi anak! Last edited by Esmiria on 24-10-2014 03:40 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:11 AM | Show all posts
Esmiria, tolong edit bagi cantik susunannya ya sayang.
Peninglah nak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 11:14 AM | Show all posts
wipers81 posted on 24-10-2014 03:11 AM
Esmiria, tolong edit bagi cantik susunannya ya sayang.
Peninglah nak baca

k. Saya edit..hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.112506 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list