CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

MARDHIYAH MADISON @ SURI HATI ABANG (novel JEMARI SENI Sept 2015)

[Copy link]
 Author| Post time 28-10-2014 08:24 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 08:14 AM
Assalamualaikum & selamat pagi semua... TT... bila nak sambung ni...

Dah... dah sambung tu



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
aylanins posted on 28-10-2014 08:24 AM
Dah... dah sambung tu

secoet jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:41 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 28-10-2014 08:28 AM
secoet jer

Opss... mod dah komplen... makanya saya masukkan entry lagi  

Nah... baru selesai edit
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:45 AM | Show all posts
Permulaan yg bagus....nak n3 lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:52 AM | Show all posts
KESIAN anak makcik tu. Suami dia baru meninggal bulan lepas. Mengajar kat kawasan pedalaman, naik bot, elektrik guna generator. Anak dia kecil lagi. Makcik harap dia dapat pindah dekat dengan makcik,” ujar suara di sebelah sana.

“Nama dia Puan Fazila ke?” Mardhiyah membelek-belek fail yang bertimbun di atas mejanya.

“Ya… ya… Fazila binti Kamarudin.”

“Makcik telefon saya semula lima minit nanti. Lepas tu sebut nombor 4. Saya semak fail dia dulu,” sahut Mardhiyah. Dia menulis angka empat dan nama Fazila di atas Post-It-Note berwarna kuning dan melekatkannya di skrin laptopnya.

“Ok… ok…”

Mardhiyah meletakkan telefon. Tadi ada dia nampak fail Fazila itu di atas mejanya. Ketika sedang mencari-cari itu telefon berdering lagi.

“Puan… anak saya semak dalam Internet, dia dapat transfer balik Johor, tapi surat tak sampai lagi. Kata suruh melapor minggu depan, ni surat takde, Pengetua tak bagi lepas,” selepas memperkenalkan diri, suara di sebelah sana membuat aduan.

“Jap… bagi nama cikgu tu. Nama sekolah dia jugak,” sahut Mardhiyah.
“Azrianna… Azrianna binti Saleh. SMK Sains, Miri. Dia ada kanser, nak buat treatment kat hospital dekat rumah,” masih lagi suara di sebelah sana mengadu.

“Puan telefon saya semula lima minit nanti, lepas itu sebut nombor 5 boleh? Saya cari fail dia dulu,” jawab Mardhiyah.

“Ok… terima kasih Puan.”

Mardhiyah meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya. Dia menulis angka 5 dan nama Azrianna di atas kertas Post-It-Note kuning itu. Kertas itu ditampalnya di skrin laptopnya. Fail Fazila sudah ada di hadapannya.

“Amboi… pakai nombor pulak dah,” sapa Mieza yang tiba-tiba muncul di meja Mardhiyah. Skrin laptop Mardhiyah sudah penuh dengan kertas kuning Post-It-Note yang bertulis angka-angka dan nama-nama.

“Tengah tahun. Semua nak mintak pindah. Kecoh betul hari ni… aku dari tadi nak makan tak sempat. Mieza tolong fax benda ni ke PPD Bintulu boleh? Cikgu Fazila…”

“Tak hantar lagi ke semua ni?” Tanya Mieza sambil meneliti surat yang diberi oleh Mardhiyah.

“Baru buat keputusan dalam mesyuarat dua minggu lepas. Baru setel dengan JPN antara negeri. Ada yang sudah dapat surat, ada yang belum…” jawab Mardhiyah. Telefon berdering lagi. Tangan Mardhiyah cepat mengangkat telefon di atas mejanya.

“Ok… nanti aku fax… PPD Bintulu ya…” sahut Mieza.

“Empat…” suara di sebelah sana menjawab.

“Cikgu Fazila kan?” Mardhiyah mengerling sekilas pada kertas kuning yang ditampal di skrin laptopnya. Empat. Fazila Kamaruddin.

“Surat anak makcik saya baru fax tadi. Dia dapat transfer. Rasanya petang nanti atau esok PPD fax surat tu ke sekolah anak makcik.”

“Terima kasih Puan… terima kasih banyak-banyak…”

Mardhiyah merenung telefon yang baru diletaknya. Terima kasih? Penat bekerja begini, bila dapat ucapan terima kasih, sejuk rasa hatinya.

“Mar...” tiba-tiba Mieza muncul lagi di pintu biliknya. “Ketua Sektor nak jumpa. Sekarang.”

“Cikgu Awang Had? Kenapa ya?” Mardhiyah bangkit dari tempat duduknya.

“Jangan-jangan kau kena ganti dia petang ni tak? Dia ada mesyuarat dengan Pengarah petang ni, baru kena panggil tadi,” ujar Mieza.

“Aku banyak kerja nak buat… ganti dia ke mana petang ni?” dahi Mardhiyah sudah berkerut. Pantas kakinya menuju ke bilik Cikgu Awang Had, Ketua Sektor Unit Kenaikan Pangkat.

Perkhemahan KABORI Pengakap rasanya. Gila. Janganlah dia disuruh turun padang ke perkhemahan itu.
Last edited by aylanins on 28-10-2014 09:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:24 AM | Show all posts
nice one TT... walaupun tak berapa panjang sangat but it's ok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 11:24 AM | Show all posts
nice.. #amikpopcorn

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:04 PM | Show all posts

yeay..ada sambung..



TT ni cikgu ekk??



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 08:04 AM | Show all posts
Assalamualaikum & selamat pagi semua... TT... bila nak sambung lg kisah ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 04:12 PM | Show all posts
Hoyeahhh ada orang baca

@UsuFie errr... sebab saya letak cerita pasal cikgu ke... hahaa...cerita cikgu senang sikit sebab ada pengalaman jadi student sekolah, jadi selalu teropong cikgu-cikgu kat sekolah

Nah... sambungan cerita. Last edited by aylanins on 31-10-2014 04:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 04:25 PM | Show all posts
MARDHIYAH  memandang wajah murid-murid di hadapannya. Nak kata nakal, ikut KABORI Pengakap. Nak kata jenis sopan santun, rambut panjang cecah kolar. Cikgu pengiring tak saring dulu ke murid-murid ni?

“Kena gunting rambut ni. Takut nanti berkawad, Pengarah nampak. Tuan Pengarah tu mata jenis mata helang, pantang nampak silap orang,” ujar Mardhiyah sambil memandang ke arah cikgu perempuan di sebelahnya.  

“Gunting sendiri ke? Tak berani saya Puan. Nanti kena saman. Budak-budak sekarang bukan boleh sentuh sangat, sergah sikit pun nama kita masuk news,” sahut cikgu perempuan itu. Budak lelaki tiga orang dengan rambut mencecah kolar itu sedikit gelisah berdiri di hadapan mereka berdua.

“Gunting kedailah. Tak apalah… saya bawak. Tapi kena ada seorang guru yang temankan saya. Tiga murid, awak, saya. Lima orang, cukuplah. Jam tiga macam ni tak ramai orang kat kedai gunting rambut,” jawab Mardhiyah.

Nak tak nak kena bawa juga murid tiga orang ini gunting rambut kat kedai gunting rambut sebab budak yang seorang ini tugasnya bawa bendera Pengakap masa majlis penutupan nanti. Yang seorang lagi, bakal dapat anugerah pingat Keris Emas. Memang pasti murid itu akan naik ke atas pentas bersebelahan dengan Tuan Pengarah. Masalahnya, rambut budak ni memang cecah kolar. Kalau buka topi pengakap pun, panjang rambut budak itu melebihi genggaman tangannya.

“Cikgu Mar… nak bawa budak ke?” tegur Encik Ismail yang tiba-tiba muncul di situ.

“Rambut panjang sangat. Mati kita nanti, Pengarah datang esok. Budak ni naik pentas terima anugerah,” jawab Mardhiyah.

“Tiga orang kan. Itulah… dah ramai sangat budak kat sini, memang tak perasanlah kes rambut dia ni,” ujar Encik Ismail agak serba-salah. Dia Kem Komandan. Segan juga bila Penolong Pengarah yang detect kes begini. Cikgu pengiring tak pula perasan rambut budak ini. Tadi siapa entah yang maklumkan padanya Cik Mardhiyah si Penolong Pengarah dari Jabatan Pendidikan Negeri itu datang, sebagai wakil Cikgu Awang Had. Datang untuk tengok persiapan mereka meraikan majlis penutupan KABORI Pengakap esok. Dengar khabar, Pengarah Pendidikan Negeri sendiri yang akan datang esok.  

“Nanti jam 5 gitu kami balik sini semula ya…” Mardhiyah sudah menggenggam kunci kereta.

“Takpe ke?” Tanya Encik Ismail masih serba-salah.

“Takpe… takpe… kejap je. Nak suruh cikgu lain, semua terlibat aktiviti kan…” sahut Mardhiyah seraya senyum nipis.  

Kedai gunting rambut. Sebetulnya boleh saja dia arahkan guru yang bertugas untuk pergi hantar murid-murid ini, tapi entah kenapa dia tiba-tiba saja tawarkan diri. Mungkin sebab ada kedai gunting rambut tertentu yang dia mahu pergi, kan Mar?
Last edited by aylanins on 31-10-2014 04:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:03 PM | Show all posts
aylanins posted on 24-10-2014 12:04 PM
Okay... esok sambung lagi. Jangan marah ya saya buka cerita baru...

Bergilir-gilir, kejap yang ...

sinopsis???????
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:04 AM | Show all posts

jgnlah apa2 terjadi time bawak budak2 tu ya...


sila sambung TT...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aylanins posted on 31-10-2014 04:25 PM
MARDHIYAH  memandang wajah murid-murid di hadapannya. Nak kata nakal, ikut KABORI Pengakap. Nak kata ...

sbb dia nk g kedai gunting Agus
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:24 AM | Show all posts
cik @aylanins... bila nak sambung lagi ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 01:51 PM | Show all posts
bila nak sambung ni
popcorn dah berganti mangkuk baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 02:33 PM | Show all posts

yelah TT bila nak sambung neh..

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:46 AM | Show all posts
Salam. Masuk sini sbb nak membebel kat tuan rumah...

Dah byk rumah tt bina tapi dibiarkan bersawang terlalu lama. Dah lah menjengah sebentar cuma. Tak sempat nak panas bontot, dah belah... Tak elok biar rumah kosong, nnti didiami jin.


Nasihat iols, siapkan rumah satu2 dulu. Kalau rasa tak berkemampuan, bina rumah kos rendah sajork. Jangan berangan bina kondo lepas tu terbengkalai. Then ada hati bina kondo lain?

Kan tak pasal2 iols disampuk jin?


Pefeeling momod lagiiii..... Ahhhhh!




Last edited by ladyFinger12 on 11-11-2014 10:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:06 AM | Show all posts
Salam....

Wah ada cerita baru ....... rajin2 update ek

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:47 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-11-2014 10:46 AM
Salam. Masuk sini sbb nak membebel kat tuan rumah...

Dah byk rumah tt bina tapi dibiarkan  ...



lady dah kenapa ni..hangen sajork...  

dah TT jutawan..mmglah rumah beliau di sana sini sinun & merata tempat lain lagi..








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.082455 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list