CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5045|Reply: 47

[Tempatan] Kerana biskut habis, 2 anak jadi mangsa dera

[Copy link]
Post time 24-10-2014 10:39 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara lapan bulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan mendera dua anaknya berumur lapan dan lima tahun minggu lepas, gara-gara berang biskut habis.

Majistret Nor Azura Murah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan RM4,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Suhaimie Ahmad Tahir, 36, dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat di Pantai Dalam pada 2.35 petang, 19 Oktober lepas.

Mohd Suhaimie yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, ketika kedua-dua mangsa berada di rumah pada hari kejadian, tertuduh bertanya kepada mereka: "Siapa yang habiskan biskut?"

Apabila anak-anaknya saling menyalahi antara satu sama lain, tertuduh berang dan mengambil air panas di dalam periuk lalu meletakkannya di hadapan mereka sambil mengulangi soalan mengenai biskut itu.

Setelah kedua-dua beradik itu masih tidak mengaku, Mohd Suhaimie menarik tangan kiri anak lelakinya yang berusia lima tahun lalu mencelupnya ke dalam air panas selain menampar muka mangsa.

Mohd Suhaimie mengulangi perbuatan itu terhadap anak perempuannya yang berusia lapan tahun serta menampar muka mangsa beberapa kali.

Pegawai Pendakwa, ASP Nom Phot Prakdit memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh kerana hukuman denda tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami mangsa dan mendera kanak-kanak adalah kesalahan serius.

Sebelum itu ketika rayuan, Mohd Suhaimie memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan turut meminta maaf atas perbuatannya kerana dia dalam keadaan marah ketika itu.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 10:42 PM | Show all posts
giler bangang kerana biskut tergamak dera anak..

bodoh nak mampos..tau ada anak bagi la makan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleis ni suka gaduh ngan anak la..gaduh ngan kucing la..gaduh ngan anjing la..bila dengan ostad maksum dibela2..nak backup ostad salahkan Yahudi.

Melayu..melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:51 PM | Show all posts
bodhnye sbb biskut je ko nak dera anak smpai cntu sekali
ko yg bodh bngang xnk beli biskut byk2 tu kenapa???
owh lupe pnganggur
mkn hasil bini la ni
pastu dok rumh dera anak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:51 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 24-10-2014 10:42 PM
giler bangang kerana biskut tergamak dera anak..

bodoh nak mampos..tau ada anak bagi la makan..

hilang mood i terus bila baca kisah ni...sedih gila..sakit hati sangat2



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:53 PM | Show all posts
bangsat punya bapa ...
jatey cam ni mohon kasi mandul jer ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa stress sbb x kerje tu....bukn pasal biskut

Lelaki klu dah stress x kerja...baran jg
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Prmpuan pla, klu somi nak kawin baru, anak pon sanggup bunuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:06 PM | Show all posts
duduk je dalam sana nun, makan tanggung berak cangkung...apa pulak nak minta hukum ringan lagi, bukannya ada kerja pun kat luat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:14 PM | Show all posts
Ada sesuatu yg tak kena dlm budaya melayu psl ibubapa ni. Ye memang kita kena hormatkan ibubapa tp ibubapa juga kena hormatkan anak2. Hormat works both ways tak kira tua muda pangkat bagai, benda basic dlm hubungan sesama manusia.

Aku tak suka watak ibu dlm cerita batu belah batu bertangkup. Bagi aku dia seorang ibu yang tak bertanggungjawab, pentingkan diri sendiri n jahat. Hanya kerana anak makan telur tembakul sampai habis terus dia pegi bunuh diri, gila punya ibu psl makanan dgn anak sendiri yg masih kecil pun sampai ke thp mcm tu, sepatutnya tak payah beranak klu tak blh jadi ibu yg baik n bertanggungjwb.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:15 PM | Show all posts
noor2 posted on 24-10-2014 10:51 PM
hilang mood i terus bila baca kisah ni...sedih gila..sakit hati sangat2

anak makan pun sanggup dera..anak tu mesti lapar sangat2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:17 PM | Show all posts
Orange1 posted on 24-10-2014 11:14 PM
Ada sesuatu yg tak kena dlm budaya melayu psl ibubapa ni. Ye memang kita kena hormatkan ibubapa tp i ...

ehhh..pendapat kita sama...i selalu kata kat anak2...cer tgk cerita batu belah batu bertangkup tu...sebab tak dapat makan telur ikan mak dia sanggup merajuk marahkan anak dan bunuh diri...bodoh sangat mak dia...ni i kata kat anak..banyak kali sejak depa kecik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:19 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 24-10-2014 11:15 PM
anak makan pun sanggup dera..anak tu mesti lapar sangat2..

berebut biskut sebab biskut tu tak cukup...kesian sangat...dah lapar tu berebut...kalau kenyang tak de makna depa nak makan biskut..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:19 PM | Show all posts
Konon2 nak bagi mesej kat ummah melayu betapa tingginya derjat ibu, yess mmg tinggi tp utk ibu yg baik dan penyayang sahaja. Yg sampai pergi bunuh diri sbb anak makan telur ikan sampai habis bukan termasuk dlm golongan ibu yg baik ye, ibu yg hanya psl makanan saja pun sampai balas dendam ke apa sanggup biarkan anak2 hidup terbiar dia pegi bunoh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:20 PM | Show all posts
noor2 posted on 24-10-2014 11:19 PM
berebut biskut sebab biskut tu tak cukup...kesian sangat...dah lapar tu berebut...kalau kenyang ta ...

betul tu,sedih sangat dengar
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok hukum rendam dia dlm air panas. Lpstu tempeleng bnyk kali jugak. Anak2 tu kecik lg. Bodoh! :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 11:23 PM | Show all posts
noor2 posted on 24-10-2014 11:17 PM
ehhh..pendapat kita sama...i selalu kata kat anak2...cer tgk cerita batu belah batu bertangkup tu. ...

Kan noor bukan bodoh saja tp jenis tergamak tu buat anak yg masih kecil sampai mcm tu sekali. Apalah yg budak tu tahu dia lapar dia makanlah. Itu pun tak boleh berkorban untuk anak. Gila punya mak!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:27 PM | Show all posts
Orange1 posted on 24-10-2014 11:23 PM
Kan noor bukan bodoh saja tp jenis tergamak tu buat anak yg masih kecil sampai mcm tu sekali. Apal ...

memang cerita tu tak berapa betul mesej nak disampaikan...siapala pengarah dan penulis skrip..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:32 PM | Show all posts
Nama lagi cerita rakyat panglipur lara, utk hiburan semata
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Org susah mcm tu la... Kalau org kaya biskut pun ikut Standard... Biskut cap pingpong pun dorg x layan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.089252 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list