CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 13

[Dunia] Syarat ke sekolah menengah, wajib lulus 
baca al-Quran

[Copy link]
Post time 25-10-2014 08:06 AM | Show all posts |Read mode
BANDA ACEH – Pemerintah Kota Lhokseumawe bercadang menetapkan syarat wajib lulus membaca al-Quran kepada pelajar di bandar ini yang mahu melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Agama (SMA).

Menurut laporan okezone.new, Jabatan Syariat Islam dan Majlis Musyawarah Ulama (MPU) di kota tersebut sedang menyusun draf bagi melaksanakan syarat baharu tersebut yang hanya akan dikenakan kepada pelajar beragama Islam.

Bagaimanapun, usul itu menerima bantahan daripada Lembaga Bantuan Hukum (LBH) Anak Aceh yang menyifatkan peraturan terbabit boleh memberi kesan negatif dan tekanan kepada pelajar yang baru memasuki alam persekolahan peringkat menengah.

Pengurus persatuan itu, Rudy Bastian berkata, konsep pendidikan Islam mengajar cara membina akhlak yang baik sebagai subjek penting kepada pelajar dan syarat wajib membaca al-Quran tidak boleh dijadikan pengukur bagi golongan terbabit meneruskan pengajian.

Jelasnya, pihak berwajib perlu memberi fokus kepada pelajar yang bermasalah dari segi akhlak dan tidak tahu membaca al-Quran dengan memberi pendidikan yang sepatutnya kepada mereka.

“Negara, pihak berkuasa, keluarga dan ibu bapa sepatutnya wajib memberi ruang yang luas kepada anak-anak mendapat pendidikan dengan baik.

“Apa akan jadi jika golongan kurang bernasib baik itu tidak mendapat pendidikan apabila dewasa hanya kerana kita mengekang mereka meneruskan pengajian akibat tidak tahu membaca al-Quran?,” soalnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 08:07 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenala pandai baca..biar merangkak asalkan baca..jgn tak boleh baca langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:32 PM | Show all posts
magnus posted on 25-10-2014 08:09 AM
Kenala pandai baca..biar merangkak asalkan baca..jgn tak boleh baca langsung..

mulai hari ini tiada alasan untuk orang2 Islam tak tau atau merangkak2 membaca al-Quran.  Semua kaedah dan cara ada.  Tak tau baca al-Quran, mcmana nak baca al-Fatihah.  Nikmat hidup semua nak, tapi solat tak nak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:37 PM | Show all posts
nolya posted on 25-10-2014 05:32 PM
mulai hari ini tiada alasan untuk orang2 Islam tak tau atau merangkak2 membaca al-Quran.  Semua ka ...

stakat tau baca tak amal kan pun tak guna...

ni pun nasihat wali..wa ikut aje la..

so sekarang wa baca dan amalkan..

lu nak cari menantu...lu cari pengamal al quran cam wa..

ni pun nasihat wali.



Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 06:10 PM | Show all posts
Harap negara Islam lain pun buat begitu jugaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia ade lagi ke masa nak pmr atau spm kena hafal surah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sekolah rendah juz Amma boleh dah...tak la stress sangat dlm solat pun...takkan hanya baca al asr dan al kauthar je kan dlm 5 waktu solat....tentu surahlain gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 06:17 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-10-2014 06:11 PM
Kat malaysia ade lagi ke masa nak pmr atau spm kena hafal surah?

PBS form 1 mmg dah kena hafal beberapa surah utk lepas Band 1.. baca depan ustazah. mcm oral bahasa.
yang penting boleh membaca surah dgn betul.. bukan berapa byk bilangan surahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 posted on 25-10-2014 06:17 PM
PBS form 1 mmg dah kena hafal beberapa surah utk lepas Band 1.. baca depan ustazah. mcm oral bahas ...

Band 1 ni mcm mana kriteria dia ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 06:24 PM | Show all posts
lavabigbike posted on 25-10-2014 05:37 PM
stakat tau baca tak amal kan pun tak guna...

ni pun nasihat wali..wa ikut aje la..

InsyaAllah.  Yg penting belajar baca dulu, kemudian kaji tafsiran kemudian mengamalinya.  Semua dah ada petunjuknya.  TTng calon menantu, kriteria orang yg beragama memang wajib menjadi syarat.  Wa akan minta petunjuk Allah tolong pilihkan menantu, siapa yg ditunjuk, dialah orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:45 PM | Show all posts
ingat kat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:22 AM | Show all posts
ajaran mahzab mano pulak ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 06:09 AM | Show all posts
bagus jugak buat cam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.075504 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list