CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 8

[Tempatan] Premis judi haram: Polis, PBT hilang kawalan?

[Copy link]
Post time 25-10-2014 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Polis, PBT hilang kawalan? Sindiket tidak takut biarpun serbuan dilakukan


BEBERAPA lelaki melakukan penyambungan haram bekalan elektrik di salah sebuah premis judi yang diserbu oleh pihak berkuasa di Bukit Katil, Melaka.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Apakah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis sudah hilang kawalan? Atau sindiket sudah hilang rasa gerun terhadap undang-undang?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan kegiatan mesin judi haram yang terus berleluasa biar pun serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Paparan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pihak berkuasa da­lam menyerbu premis-premis kegiat­an haram itu ternyata sama sekali tidak mengentarkan sindiket, malah ada antaranya beroperasi semula hanya be­berapa jam selepas serbuah dilakukan.

Apa yang lebih malang di Me­laka, contohnya, terdapat sindiket melakukan penyambungan haram bagi mendapatkan bekalan elektrik selepas ia dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira 24 jam selepas serbuan dilakukan.

Menurut satu sumber, kegiatan mesin judi haram terus berleluasa di beberapa negeri khususnya di Melaka, Selangor, Sabah dan Kedah yang sekali gus membuktikan sindiket perbuatan jenayah itu masih belum dapat ditumpaskan sehingga ke akar umbi.

Sumber itu menegaskan, salah satu punca utama ialah pihak ber­kuasa tidak menggunakan segala peruntukan dalam undang-undang bagi memastikan pemilik premis yang menjalankan kegiatan ber­kenaan tidak lagi beroperasi.

“Terdapat undang-undang yang jelas, akaun mereka yang terlibat dalam jenayah termasuk mesin judi boleh dibekukan, tetapi malangnya peruntukan ini tidak digunakan sehingga memungkinkan pemilik-pemilik itu beroperasi semula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber tersebut tidak menafikan amalan rasuah terus menjadi ‘tembok penghalang’ terbesar kepada usaha kerajaan bagi menghapuskan kegiatan mesin judi haram apabila ada anggota agensi penguat kuasa menerima habuan daripada sindiket.

“Masalah ini masih belum selesai, sindiket menjalankan kegiatan se­perti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ia seolah-olah menampakkan pihak berkuasa khususnya PBT dan polis seperti hilang kawalan untuk membanteras gejala tersebut.

“Sesuatu perlu dilakukan dengan lebih serius dan tegas bagi mengelakkan kegiatan mesin judi haram dianggap perbuatan jenayah biasa yang tidak mempunyai apa-apa kesan kepada masyarakat,’’ katanya.

Selain itu, sumber tersebut tidak menafikan peranan ahli politik di beberapa buah negeri bersekongkol dengan sindiket menyebabkan ke­giatan haram itu tidak mampu dihapuskan sehingga ke hari ini.

“Pihak berkuasa melakukan tindakan susulan setiap kali serbuan dilakukan bagi memastikan premis yang diserbu tidak beroperasi semula, tetapi malangnya keadaan itu tidak terjadi sehingga menyebabkan sindiket terus bermaharajalela,’’ kata sumber berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 08:14 AM | Show all posts
Bukan cerita baru,
Pihak berkuasa dah kena sogok kaw kaw dek tauke judi.
Gajah depan mata smpi boleh tak nampk la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:19 AM | Show all posts
mungkin tahap hukuman tu terlampau ringan..
mereka mampu bayar kompaun.
alangkan bayar rasuh pun mampu, apa lagi kompaun beberapa ratus
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:27 AM | Show all posts
hukuman lebih keras perlu dilaksanakan kpd premis, komputer, kerusi, meja n wayar penyambungan tnb.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:04 AM | Show all posts
Sembang mcm masing2 maksum sgt.  Mcm aku tak tahu ada babi jenis makan rasuah dalam kalangan penguatkuasa ni semua.  Haram jadah sgt.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:27 AM | Show all posts
Baru tau ka. Bodohnya pekerja utusan spesies pprt semua.

Macam mana nak bekukan akaun kalo tak tau siapa dalangnya. Perkara paling penting ialah sentiasa serbu, tangkap & rampas.

Last edited by BotakChinPeng on 26-10-2014 04:51 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2014 04:05 AM | Show all posts
Sumber tersebut tidak menafikan amalan rasuah terus menjadi ‘tembok penghalang’ terbesar kepada usaha kerajaan bagi menghapuskan kegiatan mesin judi haram apabila ada anggota agensi penguat kuasa menerima habuan daripada sindiket.
satu sumber yang ...interesting.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:32 AM | Show all posts
PBT mereka tak takut, bukan berkuasa pun.. sepatutnya judi2 haram, pusat maksiat nih dibawah KDN yg uruskan dengan banteras secara jujur...  KDN negara yg tak tegas membiarkan sahaja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 05:37 AM | Show all posts
jangan risau ....ado tindakan....

[Tempatan] Mesin judi haram: Ketua Balai sekadar ditukar ke balai lain
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=837631
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.231866 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list