CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2394|Reply: 1

Contoh Soalan PTD Gred M41 Pegawai Tadbir Diplomatik 2014

[Copy link]
Post time 25-10-2014 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Contoh Soalan PTD

Contoh Soalan PTD Gred M41 buat pembaca yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 1 November 2014.


Baru-baru ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan bahawa peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan dijalankan di seluruh negara pada 1 November 2014 ini nanti iaitu pada hari Sabtu.


Anda berjaya jadi calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD Gred M41? Jika ya, tahniah saya ucapkan. Kepada yang tidak berjaya untuk menjadi calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada sesi kali ini, jangan putus asa. InsyaAllah akan ada peluang untuk anda nanti.

Berdasarkan pengalaman lalu dan tinjauan semasa, ramai calon yang masih gagal untuk melepasi peperiksaan SPA yang lalu. Oleh sebab itulah, saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit mengenai peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 ini. Dalam keseluruhan artikel ini nanti, saya juga akan berkongsi sumber dan panduan lengkap beserta Contoh Soalan PTD Gred M41. Jadi, jangan lupa untuk baca satu-persatu sampai habis ya.


Dengan adanya panduan lengkap ini, anda akan lebih yakin dan jelas dengan jenis soalan yang bakal dikemukakan berdasarkan pengalaman calon-calon terdahulu. Tambahan pula, permintaan untuk mendapatkan panduan ini sentiasa meningkat setiap kali peperiksaan menjelang. Oleh sebab itulah pihak InfoKerjaya berbesar hati untuk membantu anda supaya boleh menjawab soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 dengan mudah menggunakan Contoh Soalan PTD Gred M41 berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki Tim InfoKerjaya. Namun diingatkan bahawa Tim Infokerjaya tiada sebarang kaitan dengan pihak SPA. Tiada soalan bocor daripada Tim Infokerjaya. Tak kan dah besar panjang masih nak soalan bocor macam budak-budak sekolah rendah? Hehehe..


Anda nak tahu mengapa ramai calon exam GAGAL?

Kita semua sedia maklum bahawa statistik calon yang gagal dalam peperiksaan ini adalah tinggi kerana tiadanya persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti ini. Mungkin ianya tampak remeh bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya ramai yang sudah bersedia daripada awal untuk mendapatkan jawatan di sektor kerajaan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 ini.


Calon haruslah bersedia daripada segi format dan jenis soalan yang akan dikemukakan nanti. Secara amnya, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 ini terbahagi kepada 3 seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C.

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik



Baca lebih lanjut di bawah untuk Contoh Soalan PTD Gred M41.



===================================================
Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
===================================================

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;

 Tempoh: 40 minit
 Jumlah Soalan: 50 soalan


Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.


Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara. Contoh Soalan PTD Gred M41 untuk Seksyen A memerlukan calon untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa sama tentang jawatan yang dipohon dan juga berita-berita terkini dalam dan luar negara.


Contoh Soalan PTD Gred M41 untuk Seksyen A


1) Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?

A. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.

2) Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Sumber Manusia

3) Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI

A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
C. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
D. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

4) Berikut adalah penyataan yang benar mengenai Bank Negara Malaysia KECUALI

A. Mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan.
B. Mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.
C. Memberikan nasihat berkaitan dengan dasar mikroekonomi dan pengurusan hutang negara.
D. Berperanan untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

5) Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

I. Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.
II. Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
III. Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
IV. Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV



===============================
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
===============================

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Format tahun ini untuk sesi 1 November 2014 adalah;

 Tempoh: 45 minit
 Jumlah Soalan: 40 soalan


Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, saya cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
 Penyelesaian Masalah
 Menginterpretasi Data
 Soalan Matematik
 Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)


Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik



(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.


(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.


(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5. Anda boleh lihat Contoh Soalan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 DI SINI.



Contoh Soalan PTD Gred M41 untuk Seksyen B


1) Hariz menjual sebuah peralatan senaman dengan nilai RM9,750. Komisyen sebanyak RM2.50 diberikan kepada agen yang menjual peralatan tersebut. Kirakan jumlah sebenar yang diterima oleh Hariz.

A. RM2,340.75
B. RM2,500.00
C. RM9,506.25
D. RM9,750.00

2) Faizal mempunyai X unit botol minyak masa tanpa cukai. Separuh daripadanya diserahkan kepada Junaidi untuk dijual. Jumlah botol minyak masak yang masih ada ialah 14 botol. Kirakan berapakan nilai X?

A. 56
B. 28
C. 14
D. 7

3) 4 2/3 jam – 2 jam 55 minit =

A. 2 jam 65 minit
B. 2 jam 45 minit
C. 1 jam 55 minit
D. 1 jam 45 minit




=======================
Seksyen C – Ujian Psikometrik
=======================

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 15 minit, sebanyak 36 soalan. Percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 1 November ini. Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

 Tempoh: 15 minit
 Jumlah Soalan: 36 soalan


Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Soalan peperiksaan pada seksyen ini lebih berkisarkan kepada personaliti seseorang calon. Ianya adalah merupakan satu penilaian baru bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.


Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Penilaian ini adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.


Seksyen ini merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Dengan kata lain, kecenderungan anda akan dinilai melalui set soalan yang diajukan. Format soalan dan jawapan tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU atau TIDAK SETUJU.


Skop soalan yang mungin diajukan kepada calon adalah dengan merangkumi kemahiran berfikir, sikap, perwatakan, emosi dan lain-lain. Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran positif. Pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.



Contoh Soalan PTD Gred M41 untuk Seksyen C - UJIAN PSIKOMETRIK


1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju               B. Tidak setuju


2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya                         B. Tidak


3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya                         B. Tidak


4. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya                         B. Tidak


5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Setuju                   B. Tidak setuju



=======================================================
✔ Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
=======================================================

Untuk menjawab peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 dengan baik, calon disarankan untuk mendapatkan panduan khas yang dikeluarkan dan disediakan oleh pihak InfoKerjaya. Atas permintaan ramai juga, pihak InfoKerjaya bersetuju untuk mengeluarkan panduan ini untuk calon peperiksaan PTD Gred M41.

Segalanya lengkap dari segi cara untuk menjawab soalan dan juga jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti. Ini bertujuan supaya anda dapat membiasakan diri anda dengan skop soalan untuk peperiksaan ini dengan berbekalkan koleksi soalan yang disediakan.


Calon exam PTD Gred M41 haruslah membuat persediaan awal dengan topik soalan dan cara menjawab soalan dengan betul mengikut skema jawapan yang diberikan supaya anda akan lebih mahir dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.


✔ Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Panduan dan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41?

Sepertimana yang dimaklumkan oleh pihak InfoKerjaya, jualan panduan dan rujukan lengkap beserta Contoh Soalan PTD Gred W41 akan dibuka bermula pada 25 Oktober tepat jam 10 pagi hingga 30 Oktober 2014. Kepada calon yang betul-betul berminat untuk mendapatkan panduan ini, sila layari laman web di bawah:


==>         KLIK DI SINI UNTUK TEMPAHAN PANDUAN EXAM PTD GRED M41




✔ Apa Kelebihan dan Manfaat Yang Bakal Anda Dapat Daripada Panduan Tersebut?

Daripada maklum balas yang diterima oleh calon yang terdahulu, ramai yang berpuas hati dengan isi kandungan panduan yang serba lengkap ini. Koleksi soalan dan skema jawapan yang bagus sangat membantu calon untuk menjawab soalan peperiksaan itu nanti. Contoh Soalan PTD Gred M41 akan terus dikongsikan kepada anda nanti. Tak nak ke?


Tiada lagi panduan yang selengkap ini bahkan ini adalah satu-satunya panduan yang saya rasa terbaik buat masa ini. Dengan penjualan yang terkawal dari segi masa dan kualiti panduan tersebut, pihak infoKerjaya sentiasa mengemaskini panduan tersebut dari semasa ke semasa.


Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 1 November 2014 ini nanti, panduan ini pastinya berguna untuk rujukan anda. Selain daripada Contoh Soalan PTD Gred M41, banyak lagi panduan dan tips berguna untuk anda menghadapi peperiksaan tersebut akan dikongsikan nanti. Jadi, pastikan anda menjadi yang terawal dan terbukti sudah ramai yang berjaya dengan panduan yang disediakan.


Contoh Soalan PTD
Last edited by apihase on 25-10-2014 09:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2016 09:32 PM | Show all posts
Dapatkan rujukan terkini exam PTD di SINI
Semoga bermanfaat.
Selamat maju jaya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063529 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list