CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 0

Susu kambing sebenarnya tidak sesuai untuk bayi

[Copy link]
Post time 25-10-2014 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Penerangan Terperinci Tentang Kesesuaian Susu Kambing Kepada Bayi



Susu kambing mempunyai kandungan sodium atau garam yang tinggi,dan penyingkiran garam dalam tubuh pula amat bergantung kepada kematangan ginjal untuk menyingkirkan garam ke dalam air kencing.Kematangan ini hanya boleh dicapai apabila bayi mencecah pada umur 2 tahun.Apabila kandungan garam yang menjadi tinggi dan berlebihan ini boleh menjadi merbahaya kepada otak dan sistem saraf pada  bayi kita.

Susu kambing juga mempunyai kandungan folate yang rendah. Ini merupakan kembimbangan yang paling utama selepas yang dinyatakan di atas kepada oleh semua para doktor.Ini adalah kerana folate amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah yang sempurna. Kekurangan folate ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah bayi tidak dibahagi dengan sempurna dan ianya akan menjadi besar.

Saiz yang besar ini sebenarnya tidak efektif bagi mengangkut oksigen didalam keseluruh anggota badan bayi dan ia lebih cenderung kepada pemusnahan oleh organ limpa.Oleh kerana banyak sel-sel darah merah yang telah dimusnahkan,bayi akan mengalami anemia (kurang sel darah merah) yang boleh membantutkan perkembangan fizikal dan otaknya berbanding dengan kadar yang normal.Justeru itu,sekiranya bayi ini hanya mendapatkan susu kambing di awal kelahiran, mereka haruslah diberikan folate sebagai supplemen tambahan.

Juga, bayi yang alah kepada protein susu lembu juga sering alah kepada susu kambing juga.Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan untuk orang-orang dewasa, tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi yang berumur lingkungan setahun hingga 2 tahun (mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).Kajian mendapati juga, kebanyakan bayi yang allergik kepada susu lembu juga mungkin mengalami kesan yang sama terhadap susu kambing.

Kambing-kambing sebenarnya lebih cenderung untuk mendapat jangkitan brucellosis yang boleh dipindahkan kepada bayi melalui pengambilan susu kambing.Penyakit brucellosis amat berbahaya kerana penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan dan kegagalan pelbagai organ dalaman termasuk hati,otak mata dan lain-lain.Tanda-tanda awal penyakit ini ialah:

  • demam panas
  • peluh berlebihan
  • lenguh seluruh badan (myalgia)

Ini bermakna anda tidak digalakkan memberikan susu kambing kepada bayi bayi yang berumur bawah 2 tahun,manakala untuk lebih dari 2 tahun pastikan mereka tidak diberikan susu kambing yang tidak diproses atau dididihkan terlebih dahulu.


Sumber: http://oh-kiji.blogspot.com/2014/10/susu-kambing-untuk-bayi-tidak-sesuai.html




Last edited by Adammansur on 25-10-2014 06:42 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060847 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list