CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 1

[Tempatan] Apa salahnya TEGAKKAN Anwar Punya Anu?

[Copy link]
Post time 25-10-2014 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Apa salahnya tegakkan hak Anwar?
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Oktober 2014



HAH ALAM - Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) mengkritik tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) yang didakwa mengugut untuk mengenakan tindakan termasuk menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa (PMUM), Fahmi Zainol.

Pengasas bersama dan penyelaras Ganyang, Adrian Lim Chee En berkata, tindakan tersebut jelas mencerminkan sikap autoritarian pihak pengurusan universiti tersebut.

“PMUM hanya berusaha untuk memulihkan falsafah UM, antaranya kebebasan akademik, autonomi universiti dan urus tadbir pelajar.

“Kami di pihak Ganyang, sebuah gerakan yang merangkumi 20 persatuan mahasiswa daripada 10 buah IPTA dan IPTS, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan media tempatan bakal menerima tindakan disiplin termasuk digantung pengajiannya selepas diberi surat tunjuk sebab oleh HEP UM kerana menganjurkan program ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’ membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Canselor HEP, Prof Datuk Rohana Yusof berkata, pihaknya melarang penganjuran program itu ekoran melanggar peraturan universiti.

Mengulas lanjut, Adrian menyebut bahawa mahasiswa harus diberi kebebasan menganjur program selagi ia tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.

“Ganyang menegaskan keperluan mahasiswa dilayan seperti orang dewasa. Mahasiswa harus diberi kebebasan untuk menganjurkan program tanpa dicengkam oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.

“Penganjuran program ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’ bukan satu jenayah. Anwar merupakan seorang rakyat Malaysia, haknya sama seperti setiap rakyat yang lain.

“Apa yang Fahmi tegakkan cuma hak Anwar sebagai alumni UM. Apa salahnya? Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM?,” katanya.

.............

Ngko tak tau..kalau anuwar punya Tegak mencanak..habis ngko diikkk...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangga kot ex student um gah namanya hingga ke persada penjara :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list